Renungan: Kita Takkan Pernah Baik Dalam Semua Cerita

Hari ni cuti che kak ambil peluang untuk kemas rumah. Dari pagi lagi sapu, mop, cuci peti ais. Stok lauk pun dah siap siang dan cuci simpan elok dalam freezer. Freezer pun dah dibersihkan salji-salji pun hilang.


Hari ni juga perap dan bakar daging. Sebenarnya daging ni stok yang ditempah masa cuti Hari Malaysia dulu. Niat asal nak buat jamuan, tapi apa kan daya… MasterChef tak sihat.



Bukan tak boleh nak upah orang masak, tapi bila dah biasa serasi dengan Kak Long, rasa tak jeliro dengan air tangan orang lain. Bila dah janji walaupun tak jadi, daging tetap perlu dibayar. Kesian pula kat orang. Jangan sampai orang hilang percaya pada kita. 


Lagipun, daging tu boleh je dimasak dan makan dengan ahli keluarga. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan peluang lain, kita boleh buat jamuan ringkas. Doakanlah MasterChef sihat selalu dan murah rezeki sokmo.


Rehat kejap untuk solat Zohor. Sempat lagi menulis cerita ni.  


Tadi pun sempat juga memenuhi request Abang Afnan nak makan rendang ayam.


Haa… bersilat la kita di dapur lepas kerja cuci-cuci. Alhamdulillah ada daun kunyit pemberian staf PPDK. 


Abang Nan memang suka rendang, makan dengan nasi pun sudah cukup menggembirakannya. 


Petang nanti kalau rajin, nak kemas bahagian luar rumah pula. Tapi bab ni ikut mood juga. Kalau penat sangat, malas nak buat. Cuma bila rumah bersepah, sakit juga mata memandang.


Hidup ni sebenarnya penuh dengan kesibukan kalau kita fokus pada diri sendiri. Cuma masalahnya, kita selalu terbeban dengan pandangan orang.


Kita sentiasa jahat dalam cerita menantu dan mentua.


Kita sentiasa jahat dalam cerita boss dan anak buah.


Kita sentiasa jahat dalam cerita bekas pasangan, malah pasangan sendiri.


Kita sentiasa jahat dalam cerita ibu dan anak tiri.


Kita sentiasa jahat dalam cerita rakan sepejabat.


Sebab itu, jangan terlalu risau nak jadi baik dalam mata semua orang. Mustahil. Cukuplah kalau kita sentiasa berusaha jadi baik untuk diri sendiri.


Kalau kita sibukkan diri dengan kerja harian, aktiviti yang kita suka dan fokus pada keluarga, kita takkan sempat fikir sangat tentang orang yang tak suka kita.


Hidup ini singkat. Sibukkanlah dengan perkara yang mendatangkan bahagia dan pahala. Yang penting hati tenang, rumah beres, keluarga kenyang, jiwa pun lapang.



Comments