Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Misi Sotong Sekilo: Gagal Sebab Muka Masam 14 Inci

Pada suatu hari, che kak keluar rumah dengan satu misi penting  nak beli sotong . Bukan sebarang sotong, tapi sotong yang fresh sebab ada orang mengidam. Gigihlah che kak ke sebuah kedai ikan yang agak terkenal dekat Dataran Kok Lanas . Orang kata, pilihan makanan laut kat situ banyak dan segar-segar belaka. Sampai je kat sana, che kak nampak ada budak muda tengah angkat ikan dari tong kayu ke tempat jualan. Che kak pun meninjau-ninjau dalam tong, dan ternampaklah si sotong yang dicari. Maka, che kak sabar menunggu, sebab sotong tu masih belum dipamer atas para. 15 minit berlalu... Che kak pun sampaikan hajat: “Pakcik, nak sotong sekilo ya.” Tiga kali che kak ulang. Tiga kali jugalah pakcik kopiah tu tak layan. Macam bercakap dengan batu. Nasib baik ada budak muda tadi, dia jawab: “Nanti saya susun atas para.” Lega sekejap. Hati dah sejuk. Tiba-tiba... eh, budak tu naik motor terus berlalu , dengan sotong masih dalam tong kayu. Hilang bersama harapan. Che kak fikir ...

RESEPI MADU HALIA LEMON

Che kak suka sangat minum ni tau. Nah che kak tepek resepi. Rasa sedap tau. Anak2 pun suka minum ni.  cara2nya mcm ni - amik lemon, amik halia. hiris nipis.. pastu susun layer by layer dlm botol kaca.. pastu curah madu smpai penuh botol tu...  pastu simpan dlm fridge.. Kalau simpan tak sure bape hari,  nanti mixture tu akan jd mcm softjelly. bulih mkn gitu ja. Kalau nak buat air.. amik 2-3sudu cmpuran td.. buh dlm gelas. buh air panas.. ..biar 2-3min. minum...  Nak sejuk boh ais. Syokkkk. Tapi che kak campur ngan aloe vera gel atau aloe berry nectar. YA Tuhannn sedap sangat.. #diarychekakhasliza

Belum Mula Dah Rasa Susah

Anak request spageti. 🍜Dulu rasa macam susah je masak menu ni. Rasa macam komplikated sangat. Apabila tgk che ina merangkap officemate roomate unitmate masak spageti, oooo senang jugak masaknya. Takde la susah pun.🍜 Nampak tak? Belum apa2 dah mikir susahnyaaa. Berserabut duk mikir susahnyaaa. πŸ’†‍♂️ Macam tu la hidup kita baik nak bisnes atau keje hakiki atau apa2 urusan la, kita dah mindset susahnyaaa. Belum tekan butang START dah nampak susahnya. 🎒 Sepatutnya kita permudahkan dengan doa Ya Allah mudahkan urusanku. Lapangkanlah urusanku. 

Jangan Pandang Sebelah Mata Kerja Belakang Tabir

Diari Che Kak Hasliza: 13 Tahun Menyelaras, Tak Pernah Luntur Semangat Sakit leher hadap komputer dah biasa, yang luar biasa tu bila rasa puas tengok duit klien masuk ikut masa. Sudah 13 tahun che kak berada dalam dunia kebajikan. Walaupun nama unit dah bertukar entah berapa kali, che kak tetap di sini, setia sebagai penyelaras unit bantuan. Tempat che kak belajar sabar, belajar sistem, belajar tentang manusia dan tentang diri sendiri juga. πŸ’» Duduk Tak Semestinya Senang Ramai fikir kerja duduk depan komputer ni relaks. Hakikatnya, leher belakang pun boleh rasa macam nak tercabut. Daripada hadap sistem, semak fail, baucer, sediakan penyata, peraku bayaran semua tu perlu fokus dan ketelitian. Kadang rasa bercinta dengan komputer lebih rumit dari bercinta dengan pasangan. Tapi itulah rutin kami setiap bulan. Selesai kes baru, masuk kaji semula. Belum kira kerja-kerja "dari masa ke semasa", laporan itu ini, ISO pun datang jenguk sekali-sekala. Kami jalankan semua dengan tenang… ...

PERKONGSIAN ILMU DARI WEBINAR PERCUMA IRFAN KHAIRI

Ni ada sedikit nota yang sempat che kak catat. Masa dengar perkongsian percuma Irfan Khairi ni che kak tengah buat kerja.  Seronok dengar sebab mudah faham apa yang IK nak sampaikan.  3 strategi perniagaan 1. Reach more people. -multi marketing - fb reach -google ads-search engine -iklan utube ads 2. Sesuatu yang percuma ttp bernilai -convert pengguna atas pagar -free sample -free consultant 3. Retain more -costumer beli ulang2 -create royalty programme cth kad diskaun MINAT BERNIAGA TAPI TAK TAHU NAK MULA?  LANGKAH 1. -Kenapa nak mula -menjana minda bukan menjana income -ciri2 introvet  takut nak jumpa orang Mana nak mula Overthinking Terlalu banyak mikir langkah2 Perfectonist Nak sempurna -bagaimana nak jual produk tanpa bersua muka?  -buat sikit2 next step akan lebih jelas -tak perlu nampak masa akan datang 2. START BISNES YANG TAHU -cth masak -IK - 1st bisnes ebook melawat malaysia        - design service sbb belajar -mulakan satu dulu -b...

REVIEW WARUNG RAISYA KETEREH KELANTAN

Sekali sekala suami bawa g makan kat luar syok juga. Tak jauh pun. Dekat je dengan rumah. Rasa seronok tu penuh di jiwa. 😍😍 Kedai makan warung Raisya ni sohor juga la. Terletak kat Kg Hutan Pasir Ketereh. Walaupun dekat dgn rumah, ni 1st time g makan. Mula2 tu mak ai ramainya. Rasa cam nak balik je. Takut lambat order sampai.  Tapi rupanya sekejap je wakkk. Terus ambil order dan zup zass sepantas kilat dah sampai order. Tak dan nak panas jiwa pun wakkk.  Mmg terbaik la. 😲😲 Kedai tepi jalan je. Mudah pulak tu kalau nak parking kete. Ada tempat parking yang disediakan. 😍😍 Menu pun okey la. Macam2 ada. Rambang mata nak pilih. Cuma che kak nak makan roti john sebagaimana yang ada kat menu tu takde. πŸ˜”πŸ˜” Kalau che kak nak cakap sedap ke tidak tu terpulang pada tekak masing2. Rasa sedap ni subjektif. Kalau makan tgh lapar semua sedap. Kalau makan tengah kenyang lagi, mmg la rasa macam biasa je kan. 😁😁 Harga pun tak de la mahal sangat. Harga mampu milik lagi. πŸ’΅πŸ’΅ Sejuk juga ...

RESEPI SUP SERAI BANTU BUANG ANGIN DALAM BADAN

Sup ayam serai ni memang kesukaan anak2.  Che kak pun suka sebab simple je menu tetapi berkhasiat. πŸ” Meh che kak share resepi campak2 je. Sukatan memang che kak tak pandai. Main agak2 je la ye. πŸ˜‚πŸ˜‚ Rebus ayam bersama halia, serai,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang.  Halia dan serai diketuk manja aje. Rebus hingga masak.. Masukkan garam, gula, kiub pati ayam secukup rasa.  Kemudian toskan ayam dan perap bersama kicap manis, sos tiram dan lada sulah selama setengah jam. Tapi che kak tambah juga madu dan serbuk rempah. Kalau takde pun takpe.  Goreng sekadar utk menggelapkan warna ayam sahaja. Sebab ayam dah masak masa rebus tadi.  Air rebusan  jadikan sup kosong. Yummyyy.  Kalau tak nak goreng ayam pun takpe. Kalau nak makan ayam sup macam tu je pun takpe.  #diarichekakhasliza

SERONOK DENGAR PERKONGSIAN WEBINAR PERCUMA IRFAN KHAIRI

Sejak menjak ni che kak rasa teringin sangat nak follow pakar motivasi dalam bisnes. Tercari2 la dlm fesbuk, sape la yg che kak rasa nak sedut ilmu. Masya Allah, tingggg bagaikan org bukak suis lampu mentol, maka ternampaklah webinar percuma IK. Nama yg sangat popular yg tak perlu nak diperkenalkan lagi. Mmm apa salahnya dengarkan. Dah la percuma. Ada data free 1gb sempena covid19. Ni lah masa nak manfaatkan kemudahan yang ada. Ilmu IK percuma, data percuma, masa yg blh diatursusun.  Sambil buat kelulusan kajisemula dlm sistem, biasanya duk layan lagu rock, apa salahnya che kak dengar tips2 motivasi juga kan. Alhamdulillah, syukur sgt bagaikan baru lepas masuk spa. Segar minda dan otak yang duk berkarat lagi ni. Dah dgr, follow dulu step by step perkongsian IK ni. Kita tak terlewat pun untuk bermula, tapi kita sangat rugi kalau kita tak tekan butang START.  -chekak-

KENAPA MADU ASLI DIHURUNG SEMUT

Kenapa semut hurung madu?  Yang ni ke? πŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ Sebab manis. Semut akan pergi bila madu rosak akibat aktiviti mikrob yg menyebabkan asid terbentuk. Kehadiran semut bukan bermakna ia bukan madu asli.  Madu asli yg mempunyai kandungan air lebih dari 17% (biasanya dari kawasan hutan hujan - spt madu Tualang) mudah rosak akibat aktiviti mikrob. Mikrob hinggap - membiak dsb. Jika kandungan air dlm madu tu tidak lebih dari 17%, mikrob yg hinggap akan mati kerana air dari dalam selnya ditarik keluar oleh madu tersebut secara osmosis melalui membran sel mikrob tersebut.   Madu Forever pun tidak boleh terdedah sgt kpd persekitaran yg akan meningkatkan kandungan airnya. Sebab tu lah botol madu Forever kecil bukaannya Semut akan kerumun mana2 madu pun.. semut akan kerumun madu forever apabila madu forever terdedah kpd udara dan mandi menjadi lebih lembab kerana kandungan air udara masuk ke dlm madu dan menjadikan madu forever  cair.... Kalau madu forever yg baru letak,...