Jangan Pandang Sebelah Mata Kerja Belakang Tabir

Diari Che Kak Hasliza: 13 Tahun Menyelaras, Tak Pernah Luntur Semangat

Sakit leher hadap komputer dah biasa, yang luar biasa tu bila rasa puas tengok duit klien masuk ikut masa.


Sudah 13 tahun che kak berada dalam dunia kebajikan. Walaupun nama unit dah bertukar entah berapa kali, che kak tetap di sini, setia sebagai penyelaras unit bantuan. Tempat che kak belajar sabar, belajar sistem, belajar tentang manusia dan tentang diri sendiri juga.



💻 Duduk Tak Semestinya Senang

Ramai fikir kerja duduk depan komputer ni relaks. Hakikatnya, leher belakang pun boleh rasa macam nak tercabut. Daripada hadap sistem, semak fail, baucer, sediakan penyata, peraku bayaran semua tu perlu fokus dan ketelitian. Kadang rasa bercinta dengan komputer lebih rumit dari bercinta dengan pasangan.

Tapi itulah rutin kami setiap bulan. Selesai kes baru, masuk kaji semula. Belum kira kerja-kerja "dari masa ke semasa", laporan itu ini, ISO pun datang jenguk sekali-sekala. Kami jalankan semua dengan tenang… tapi dalam hati siapa tahu. 😅


💪 Teamwork Yang Padu

Kerja ni tak akan jalan tanpa rakan sepejabat yang sangat supportive  termasuk bos. Kami dah faham peranan masing-masing. Time kerja, kita fokus. Tapi time makan, kita makan. Time nak lepak, kita lepak.
Tak overthinking. Hidup kena balance.


❤️ Kenapa Masih Di Sini?

Mungkin sebab puas hati bila tengok duit klien masuk tepat pada masanya. Mungkin sebab dah jatuh cinta dengan rutin kerja. Atau mungkin sebab semangat tu datang bila tengok orang lain boleh hidup lebih baik hasil usaha kita walaupun kecil.

Che kak dah tak minat nak tumbuh taring, tanduk, jadi rimau segala. Nak marah pun dah malas. Sekarang ni che kak lebih rela simpan tenaga… nak bawa balik rumah. Nak sambung bercinta pula dengan suami dan anak-anak.

Terima kasih kepada semua rakan seperjuangan. Tanpa kalian, kerja ni takkan semeriah dan sesempoi sekarang. Kita mungkin tak sempurna, tapi kita ikhlas.

“Satu jabatan, satu semangat, satu tanggungjawab. Kita bantu masyarakat bukan sebab nama, tapi sebab jiwa.”


💸 Bonus Forever Masuk Dah!

Alhamdulillah, rezeki masih mengalir. Bonus pun dah masuk. Cukuplah jadi motivasi untuk terus bekerja dengan ikhlas, walaupun kadang naik turun semangat tu memang adat. Bonus santai-santai sahaja sambil beli produk untuk kegunaan sendiri.






Comments