Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2026

Abe Aulia' Pilih Belajar Di KPTM

Alhamdulillah semalam abe Aulia' selamat lapor diri di KPTM Alor Setar Kedah Darul Aman. Semoga baik-baik sahaja abe berada di tempat orang demi menimba ilmu dan pengalaman. Terima kasih daun keladi buat Kak Mie atas semua kebaikan. Tak lupa juga abe chik dan Che Wan. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik kalian.

Cerita Singgang Tulang

"Bang, wat singge pulok esok." "Nok pulok?" Merata cari orang jual daging hari ni. Nasib baik ada lagi rezeki pagi tadi. Ketung ketang ketung ketang tok laki campak-campak segala 'kakah' singgang dalam periuk besi. Puas rasa hirup kuah cukup rasa masam masin, tak pedas walaupun ada cili. Masa jamuan tak sempat nak makan sebab kenyang tengok tetamu makan sampai habis licin 8 kg. Sedang molek masak, langkah kanan seorang kawan lama suami singgah ke teratak kami. Nak balik ke Perak katanya tadi. Kadang kadang kita masak ni rupanya terselit juga rezeki tetamu yang tak di sangka sama sekali. Saja tepek sini sementara aidilfitri masih ada lagi.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026

Selamat hari raya aidilfitri. Ucapan maaf zahir dan batin hanya tradisi. Hanya kita sahaja yang tahu apa yang ada dalam isi hati.  Sambutan hari raya berbeza dulu dan kini. Sambutlah ia dengan seadanya mengikut keupayaan sendiri. Dulu masuk kampung ke kampung berhari raya dan dapat duit dua puluh sen pun seronok namati. Sekarang banyak makan jem tanpa roti. Kereta banyak daripada manusiawi😆. Alang-alang perantau balik ke kampung pasti ada kenduri kendara dan rumah terbuka semasa cuti.  Termasuk la kami laki bini teringin nak buat jamuan raya bagi meraikan ahli keluarga kami. Tak lupa juga rakan taulan sahabat handai dan jiran tetangga termasuk tok ngulu kampung sendiri. Senang nak cop borang pengesahan anak mukim nanti.🤪 (Gurauan aidilfitri) Menu seadanya kerana kami bukan chef kenduri. Sekadar juadah yang kami masak hari-hari.  Maaf atas kekurangan layanan mahupun hidangan juadah dan kami sangat hargai atas pujian yang diberi. Sekurangnya dapat memberi semangat kepada ...

Aku Hanya Ingin Tenang Bukan Menang

Aku hanya ingin tenang Bukan menang Rajukku panjang Kerana penat berjuang Luka hati dihiris pedang Terjahit tanpa benang Aku jahat dalam cerita orang Tiada ruang dan peluang Gelap walau langit siang Kabus walau cahaya terang Pasrah palsu kasih sayang Allah jua ku berserah sekarang

Jambatan Viral Kuala Krai

Hari ini (20.3.2026) tok laki bawa ke tempat viral dan masih dalam tanda tanya. Penat puasa membuatkan otak loading mana tempat viral di Kuala Cry kampung mentua. Ooo jambatan runtuh hari tu dah siap dan dah boleh lalu rupanya. Che kak pernah ikut suami nak gi cocok lembu tapi gayat dan sanggup tunggu dalam kereta. Ada hikmah juga la runtuh sebab dapat jambatan baru yang lebih selesa. Berulang kali lalu sebab nak rakam video dan gambar walaupun tak macam profesional punya kerja. Tok laki kata, dia boleh bawa tempat macam ni je untuk cuci mata. Tenang je tengok air sungai mengalir jernih bagaikan kaca. Alang-alang datang sini beli sebotol air tuak kelapa. Tok laki belanja. Oh ya murtabak isteri En. Din pun sedap juga.

Kenapa Tiba Pada Jam 7.00 Pagi Di Pejabat

Hari ini (18.3.2026) pergi kerja macam biasa. Tapi jadi luar biasa sebab sampai pejabat tadi hampir jam 7.00 pagi. Nahhhhh tudiooo gelap gelemak sambil mencari thumbfinger sebab nak tepek jari. Teraba-raba cari suis lampu dan harap-harap la takde hantu di siang hari. Baru berangan nak dapat anugerah pekerja paling awal datang kerja sebab sebelum ini disandang oleh si Hafezi. Rupa-rupanya beliau cuti hari ini.  Pagi tadi lampu isyarat dah mula berkelip-kelip petanda perantau dah mula bercuti. Pandai-pandai la nak keluar simpang dan yang penting sentiasa berhati-hati.  Nasib baik esok hari cuti kelepasan am sempena Aidilfitri sebagaimana pengisytiharan oleh MB. Bolehlah ambil peluang kemas rumah sebelum balik kampung suami. Lagu raya chek duk terngiang-ngiang dalam telinga sebab dengar Rismauly menyanyi. Sentiasa bersyukur dan bersederhanalah dalam meraikan hari yang mulia ini.

Masakan Tradisi vs Olah Ikut Suka Hati

Che kak suka google resepi yang mudah.  Bahan-bahan pun tak complicated sangat dan tak renyah. Peduli apa dengan seni masakan warisan turun-temurun mak nenek moyang kau nyah. Yang penting makanan sedap dan kena dengan selera tekak kita je lah. Memasak ni bukan pertandingan siapa paling asli atau paling ikut tradisi asalkan halal dan berkah. Resepi memang sentiasa berubah. Ikut tempat, citarasa, kreativiti masing-masing dan bajet kitalah. Lagipun resepi dan masakan memang tak sama setiap tempat walaupun jarak dua marhalah. Contohnya ketupat sotong pun dah berbeza antara Kelantan dan Terengganu, walhal negeri sebelah. Kalau ada video resepi yang tak sama dengan ilmu kita, tak payahlah gigih nak komen sampai memperlekehkan usaha orang kerana nanti kena sumpah. Kalau rasa cara sendiri lebih baik, buatlah video dan share di media sosial sendiri lagi berfaedah. Itu belum lagi bab mentua komen menantu masak tak sedap padahal tak sedar diri kena penyakit diabetes dan tinggi punya darah.

Bayar Parking Yang Mana Lebih Mudah?

Che kak memang suka bayar parking guna aplikasi. Sejak kerja di KB, lagi lah che kak terus ambil bayaran sebulan. Senang dan jimat. Anggap saja tambahan COLA RM100 tu untuk cover bayaran parking. 🤪 Bila dah biasa guna aplikasi parking di bandar besar macam Kota Bharu, tiba-tiba kena balik ke sistem kupon manual memang terasa leceh. Che kak jadi stress bila kena menapak jauh ke mesin parking, lepas tu patah balik ke kereta semata-mata nak letak tiket atas dashboard. Parking di Ketereh masih guna kupon yang kena beli daripada ejen. Kali pertama che kak beli di kedai emas yang jadi ejen. Kerek betul dia ajar cara nak gores kupon. 😤 Kitonyo malah bbaco. Kali kedua nak beli, kedai ejen berdekatan tutup pula. Che kak ni jenis tak suka parking tanpa bayar walaupun urusan cuma 3 minit.  Sakit hati kalau tengok kertas saman parking tak bayar. Mahal pula tu. 😂 Petang semalam, kali kedua che kak beli kupon parking ni. Che kak faham juga kenapa sesetengah tempat belum guna sistem aplikasi. ...

POV: Raya Mana Dulu?

POV: Raya Mana Tu?  Rumah keluarga vs rumah mentua dulu? Pandai-pandai la kome bincang laki bini rumah keluargaku atau keluargamu? Che kak dah 23 tahun beraya rumah mentua kecuali masa PKP dulu. Sayang punya pasal kat laki sebab tu ikut je, lagipun tok laki selalu bagi bunga kuning dalam kotak baldu.  Sebagai ibubapa hargailah anak menantu. Jangan dipilih bulu.  Mereka balik kampung sebab nak rai hari bahagia bersama keluarga sambil makan-makan lemang buluh perindu. Sampai-sampai kat kampung muka mentua masam mencuka sebab anak menantu gaji kecil yang sampai dulu. Raya sehari dua aje tapi modal habis beribu-ribu. Duit minyak kereta, tol, belanja makan minum, servis kereta, hadiah ibubapa, makan jem dan dugaan jalan berliku liku.  Duit habis lepas raya makan kena catu. Itu pun mujur ada budu.  Hari raya dirai seadanya mengikut poket kita dulu. Usah ditukar langsir baru. Masak ala kadar asalkan kenyang perut tetamu.  Jaga tutur kata sesama ahli keluarga demi ...

Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Ugama 2025

Hari ini (17.3.2026) keluar result SMU . Pagi-pagi lagi isi kebenaran keluar pejabat dalam hrmis dulu.  Tahniah anakanda Aqilah atas kejayaan  yang diperolehi dan debaran pun dah berlalu.  Nasib baik subjek Al Quran dapat mumtaz sebab bila panggil tolong wat kerja mesti dia jawab "Ilah nok ngapa Quran ni dulu." Tahniah kepada semua pelajar dan guru. Mereka berusaha tanpa jemu dan komitmen sangat jitu. Okeylah dah boleh tutup buku. Fokus pada SPM pula sebab exam itu juga penentu hala tuju.

Majlis Perpisahan Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu

Pertemuan dan perpisahan itu pasti. Tujuh orang staf KB akan meninggalkan kami demi tuntutan kerja hakiki. Banyak kenangan manis yang tercipta dan simpan ianya sebagai memori. Orangnya sentiasa ceria, murah dengan senyuman dan lawaknya sentiasa mencuit hati. Orang lama di sini tapi tak sempat ambil 'SPM' di KB. Itulah gerangan si Abe Pi (En Hanafi). Di panggil Wan Husin (En Redzuan) pakej nama bapa sekali. Bakal bertugas di RKK Mini. Lepas Subuh, 'papa' jangan lupa bagi duit belanja anak-anak nak pergi sekolah nanti.  Orangnya sangat tinggi. Tapau habis pakej lelaki Melayu terakhir di KB. Buat kerja betul-betul ikut SOP. Boleh dah tu nak jadi Pengawal Dokumen ISO di Pasir Mas nanti. Itulah dia si Azuali.  Panggilan mesra abe Ail atau 'ayoh'  yang kini bertugas di Rumah Seri Kenangan dan tugasnya sesuai dengan kudratnya terkini. Kadang kala memberi nasihat pada kami  persis si bapa pada anak si dara sunti.  Lepas ni tak tahu la nak beli kerepek dengan siapa lagi....