Selamat hari raya aidilfitri. Ucapan maaf zahir dan batin hanya tradisi. Hanya kita sahaja yang tahu apa yang ada dalam isi hati.
Sambutan hari raya berbeza dulu dan kini. Sambutlah ia dengan seadanya mengikut keupayaan sendiri.
Dulu masuk kampung ke kampung berhari raya dan dapat duit dua puluh sen pun seronok namati.
Sekarang banyak makan jem tanpa roti. Kereta banyak daripada manusiawi😆.
Alang-alang perantau balik ke kampung pasti ada kenduri kendara dan rumah terbuka semasa cuti.
Termasuk la kami laki bini teringin nak buat jamuan raya bagi meraikan ahli keluarga kami.
Tak lupa juga rakan taulan sahabat handai dan jiran tetangga termasuk tok ngulu kampung sendiri. Senang nak cop borang pengesahan anak mukim nanti.🤪 (Gurauan aidilfitri)
Menu seadanya kerana kami bukan chef kenduri. Sekadar juadah yang kami masak hari-hari.
Maaf atas kekurangan layanan mahupun hidangan juadah dan kami sangat hargai atas pujian yang diberi.
Sekurangnya dapat memberi semangat kepada kami untuk tambah baik masakan di kemudian hari.
Terima kasih semua kerana sudi hadir memeriahkan suasana aidilfitri kami.
Kami faham kalau tak dapat hadir kerana ucapan maaf itu dah cukup dekat di hati.
Insya Allah ada rezeki boleh kita jumpa lagi.

Comments
Post a Comment