Hari ini (18.3.2026) pergi kerja macam biasa. Tapi jadi luar biasa sebab sampai pejabat tadi hampir jam 7.00 pagi.
Nahhhhh tudiooo gelap gelemak sambil mencari thumbfinger sebab nak tepek jari.
Teraba-raba cari suis lampu dan harap-harap la takde hantu di siang hari.
Baru berangan nak dapat anugerah pekerja paling awal datang kerja sebab sebelum ini disandang oleh si Hafezi. Rupa-rupanya beliau cuti hari ini.
Pagi tadi lampu isyarat dah mula berkelip-kelip petanda perantau dah mula bercuti.
Pandai-pandai la nak keluar simpang dan yang penting sentiasa berhati-hati.
Nasib baik esok hari cuti kelepasan am sempena Aidilfitri sebagaimana pengisytiharan oleh MB.
Bolehlah ambil peluang kemas rumah sebelum balik kampung suami.
Lagu raya chek duk terngiang-ngiang dalam telinga sebab dengar Rismauly menyanyi.
Sentiasa bersyukur dan bersederhanalah dalam meraikan hari yang mulia ini.

Comments
Post a Comment