Majlis Perpisahan Kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Kota Bharu

Pertemuan dan perpisahan itu pasti. Tujuh orang staf KB akan meninggalkan kami demi tuntutan kerja hakiki. Banyak kenangan manis yang tercipta dan simpan ianya sebagai memori.



Orangnya sentiasa ceria, murah dengan senyuman dan lawaknya sentiasa mencuit hati. Orang lama di sini tapi tak sempat ambil 'SPM' di KB. Itulah gerangan si Abe Pi (En Hanafi).


Di panggil Wan Husin (En Redzuan) pakej nama bapa sekali. Bakal bertugas di RKK Mini. Lepas Subuh, 'papa' jangan lupa bagi duit belanja anak-anak nak pergi sekolah nanti. 


Orangnya sangat tinggi. Tapau habis pakej lelaki Melayu terakhir di KB. Buat kerja betul-betul ikut SOP. Boleh dah tu nak jadi Pengawal Dokumen ISO di Pasir Mas nanti. Itulah dia si Azuali. 


Panggilan mesra abe Ail atau 'ayoh'  yang kini bertugas di Rumah Seri Kenangan dan tugasnya sesuai dengan kudratnya terkini. Kadang kala memberi nasihat pada kami  persis si bapa pada anak si dara sunti. 


Lepas ni tak tahu la nak beli kerepek dengan siapa lagi. Si kecil molek ni namanya Tuan Hasma yang juga akan bertugas di RKK Mini. Semoga Hasma dapat menyesuaikan diri dengan masa syif pukul 6.00 pagi. 


Intan payungku si Mahsuri. Ku rela kau pergi kerana cinta hatimu di Tanah Merah dan nasib baik tak ke Jeli. Tiada ungkapan yang dapat kuluahkan melainkan i love u, Mahsuri. 


Si Azeran ni, che kak kenal lama dah sebab kami pernah 'jaga' Dun Meranti masa zaman muda mudi. Semoga baik-baik sahaja di tempat baru si kesayangan Puan Marlini ini. 


Selamat bertugas di tempat baharu buat kalian semua dan anggaplah semuanya ada hikmah yang tersembunyi. Ada program jabatan lain hari kita boleh jumpa lagi.


Comments