Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Jangan Serah Pada Takdir, Kalau Usaha Pun Tak Ada

"Anak Ramai Bukan Alasan Abaikan Tanggungjawab" Tengok gambar tu rasa lucu, tapi sebenarnya pedih. Pedih sebab ia mencerminkan realiti yang makin lama makin menghimpit kehidupan kita. Harga barang keperluan asas terus naik, tak tunggu kita bersedia pun. Sama ada kita mampu atau tidak, hakikatnya kita kena hadap. Hakikatnya, kita lebih tahu duit kita. Kita lebih kenal antara keperluan dan kehendak. Bukan soal siapa lebih kaya, tapi siapa lebih bijak urus belanja. Ramai kata, “Setiap anak ada rezekinya.” Ya, betul. Tapi itu bukan lesen untuk lepas tangan. Sebagai ibu bapa, kita wajib berusaha sediakan keperluan asas — makan minum yang cukup, pakaian yang bersih, tempat tinggal yang selesa. Itu tanggungjawab, bukan pilihan. Kadang rasa sebak tengok anak-anak kecil yang hidup serba kekurangan. Baju koyak, makan pun kadang-kadang tak cukup, ke sekolah pun tak bawa bekal. Bila ditanya, mak ayah jawab, “Tak mampu.” Tapi... kalau dah tahu tak mampu, kenapa tak rancang? Rancang kehami...

JUMPA LEMBU PUN JANGOK?

 Suami ajak gi kat lembu plok pete ni.  Nok cocok gonamo tau. Che kak pun bersiap-siap la. Sapu sunscreen dan siap tepek bedak jenama alia. "Nok g kat lembu jah nyo. Jangok pun." 🤣🤣🤣

Anugerah, Komitmen & Kenangan: Cerita Che Kak & APC

Assalamualaikum semua, Bila CC minta maklumat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk dikemaskini dalam HRMIS, Che Kak pun teruslah godek fail lama. Cari punya cari,  eh takde tarikh pula kat sijil!  😅 Akhirnya godek-godek Facebook sendiri. Nasib baik jumpa.  Alhamdulillah, ada juga simpan dalam album gambar.  Walaupun sekadar “set to only me”, Che Kak tetap abadikan momen tu dalam media sosial. Gambar selipar jepun pun Che Kak pernah post, inikan pula APC, ya tak?  😝 🏆 Dua Kali Rasa Rezeki APC Che Kak tak sangka pun dapat APC.  Tak pernah mengharap pun, sebab tahu diri sendiri bukan jenis pekerja ‘top performer’ sangat. Tapi syukur, Allah bagi rezeki tu dua kali. 📌  Pertama kali  – masa bertugas di  PKMJ Pasir Mas , tahun  2010 . 📆 Majlis berlangsung  19 Julai 2011 . 👶 Masa tu tengah mengandung abang Afnan –  rezeki anak sulung . Paling ingat, masa tu Che Kak pakai baju yang suami belikan masa ke Laos. Nostalgia betu...

Healing Cara Che Kak

" Healing Cara Che Kak: Duduk Celah Ketiak Suami Pun Ubat Juga!" "Awok tok sir masuk wad ko kot-kot nok healing." "Eh tok sir eh. Takut." (Kebetulan masa tu tengah baca cerita horror kat hospital pulak. Tambah cuak! 😅) Tapi betullah kan... Kadang-kadang, orang nampak kita macam takde masalah. Gelak tawa kita nampak kuat, nampak tenang. Tapi sebenarnya, dalam hati Tuhan je tahu. Penat fizikal boleh nampak, tapi penat mental dan emosi? Kadang kita sendiri pun susah nak faham. Che kak percaya setiap orang ada cara healing yang tersendiri. Isteri yang bekerja ke, suri rumah ke, dua-dua ada penatnya. Jangan pandang enteng. Dua-dua tetap perlukan ruang untuk diri sendiri. Perlukan me time.  Tak semestinya pergi bercuti jauh-jauh. Kadang duduk sorang-sorang, cuci mata kat kedai Eco atau Watson pun dah cukup bahagia. Haa, siapa boleh relate? 🙋‍♀️ Tapi apa pun bentuk healing kita, jaga hati sendiri tu paling penting. Sebab emosi kita bukan tanggungjawab orang l...

CLOTH DIAPERS

Awaatif si bongsu che kak dah berusia 8 tahun. Maknanya dah 6 tahun che kak tak beli susu baby dan pampers. Dulu mencecah RM400 sebulan juga untuk kos pampers dan susu baby. Masa abang Afnan masih baby lagi dan Kak Aqi lah sempat pakai cloth diapers (CD). Kalau ikutkan jimat je sebenarnya sebab beli 10 keping boleh pakai sampai anak dah boleh berdikari ke tandas. 10 keping x RM20 =RM200 sekali modal je. Berbanding dengan  Disposable Diapers (DD).  kos RM25x4x24=RM2,400. Cara pakai pun mudah je sebenarnya dan boleh dipakai walau kita travel. Dari newborn hingga umur 3, 4 tahun pun boleh pakai lagi sebab one size. CD ni ada butang boleh diselaraskan ikut saiz. Selepas beli dan sebelum guna tu kena basuh dulu tanpa sabun untuk kadar serapan yang lebih baik. Sebaiknya 3 kali. Basuh dan jemur 3 kali. Masa ke taska che kak bekalkan 5 keping CD. Pengasuh taska tak perlu basuh. Hanya masukkan dalam wet bag. Wet bag ni kalis bau dan tak bocor. Masa nak pakaikan baby tu, masuk...

Lipatan Kasih: Dari Tangan Nang Buat Umi Senang

 "Umi, Nang lipat deh baju umi." Allah, mujur banyok la kalu anok nok tolong lipat kain baju gak.  Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal lembut gebu gebas cap Leiyna gittew. Petang tadi beli jiwa dia dengan kuih cakoi. Tu yang happy sangat tu kot.  Dah beberapa hari Nang nok makan kuih cakoi tapi tak berkesempatan nak buat. So, petang tadi singgah beli cakoi panas-panas.  Pening dah beberapa hari tak hilang-hilang lagi. Tak tau la sebab apa.

E-BOOK DAY TRIP PULAU PERHENTIAN

First time try buat e-book. Jemput tengok la deh e-book che kak. Try buat tajuk Day Trip Pulau Perhentian https://anyflip.com/vuixy/abhx/

Tahniah Bell Ngasri atas kemenangan Anugerah Bintang Popular!

Hala hala hala hala hala Kot mung la nok mati sebab mogok lapar gak. TAHNIAH BELL NGASRI 🎉 Akhirnya… Allah bayar segala penat lelah, kesetiaan, dan keikhlasan Bell Ngasri dengan satu pengiktirafan besar. Tahniah Bell Ngasri atas kemenangan Anugerah Bintang Popular! Orang lama, tapi tetap merendah diri. Tak pernah muncul dengan gosip. Tak pernah mengeluh, tak pernah menonjol. Tapi tetap konsisten memberi yang terbaik dalam kerja. Ramai yang rasa puas dan gembira bila Bell menang, sebab kita semua tahu – dia memang layak. 💬 Pengajaran untuk kita? Kadang-kadang kita rasa, “Aku ni kerja siang malam, tapi orang lain pula yang naik.” “Kenapa aku tak dipilih?” “Usaha aku macam tak dihargai…” Tapi sebenarnya, manusia mungkin tak nampak. Allah tetap nampak. Kerja ikhlas ni tak pernah sia-sia. 🌟 Sama macam dalam dunia kerja kita... Tak semua dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), tak semua dipilih sebagai staf terbaik, tak semua dipuji depan khalayak. Tapi Allah tahu siapa yang datang...

Baju Pun Ada Cerita

Ada satu baju ni… dah lama tergantung dalam almari. Bukan tak cantik, bukan tak suka  tapi dulu besar gedabak, langsung tak muat, jadi tersimpanlah ia dalam diam. Baju ni bukan beli sendiri. Tok laki yang tolong tempahkan dulu.  Pagi tadi nak pergi kursus, tok laki suruh bawa baju tu. Katanya takut sejuk dalam bas. Ikutkan hati, nak pakai baju lain. Tapi ikut juga cakap dia. Mujur jugak… Bukan setakat dalam bas, dalam kelas pun sejuk semacam. Rasa macam duduk dalam peti sejuk, bukan bilik seminar. Baju itulah penyelamat bukan sekadar penghangat badan, tapi jadi peneman yang bawa rasa sayang & rindu. Dalam Pening Pun, Kursus Tetap Dengar Hari ni kepala agak pening, rasa macam nak mabuk. Entah sebab penat, entah sebab perubahan cuaca. Tapi Alhamdulillah, kursus tetap dapat hadam walau otak ligat nak tido. Baju tu pun jadi comfort zone  sedap diselubung bila nak pejam kejap waktu rehat 😅 Baju Pun Ada Cerita Kadang-kadang, benda kecil pun ada nilai besar. Sehelai baju la...

MABUK DALAM BAS?

Dah lama tak pi kursus naik bas. Pening juga la tak leh nok celik mato.  Masa berhenti kat rnr, terus pi beli panadol dan minyak cap kapak. Last beli minyak ni rasanya 20 tahun dulu🤣. Nasib baik kursus start petang, so boleh la rehat dulu.  #kursusasaspegawaidiberikuasapusatjagaan

MENGUNDI KAT MANA?

Bab mengundi ni, che kak lebih suka mengundi kat tempat tinggal terkini.  Alang-alang takde kampung nak balik😂. Dilahirkan di Kuala Besut. Sejak kecil berpindah randah ikut ayah kerja askar. Sejak arwah nenek meninggal, langsung dah tak balik Besut.  Pertama kali daftar mengundi kat Kajang. Sebab masa tu kerja kat Bandar Baru Bangi. Eh ke sebab belajar kat UPM?🤔 Kali pertama mengundi masa tengah pantang anak sulung 40 hari di Kuala Krai rumah mentua. Nasib baik dah tukar tempat mengundi. Kenapa tak ikut alamat rumah mak ayah? Panjang cerita. Malas nak citer dalam ni. Lepas tu pindah rumah kat Ketereh.  Tukar alamat rumah. Sampai sekarang mengundi di Ketereh je.  Walaupun bukan kampung asal tapi che kak dah 12 tahun tinggal kat sini. Anak-anak pun membesar dan bersekolah di sini. Che kak memang malas nak berenyah hadap jem berjam-jam semata-mata nak balik mengundi.  Tapi demi kelangsungan hidup kita sebagai rakyat, kita wajib kena tunaikan walau apa jua alasan....

Asrama: Dari Kenangan Manis ke Kebimbangan Seorang Ibu

Che kak juga pernah tinggal di asrama. Tingkatan peralihan. Setahun lepas tu pindah sekolah tinggal di pondok yang berdekatan dengan sekolah.  Lepas tu duk rumah sewa selepas kecil hati dengan nenek sebab perli bil letrik mahal. Haha. Sanggup che kak basuh baju tak perah jemur cam tu je sebab tak mau kedut. Tak tahan pakai baju sekolah kedut bagitau kat ayah terus cari rumah sewa.  Lepas tu pindah sekolah tinggal di asrama lagi sebab sekolah jauh dari rumah. Masa belajar kat UPM pun duk asrama sampai grad.  Alhamdulillah sepanjang duk asrama dan rumah sewa takde kejadian buli. Rezeki dapat kawan² asrama, senior, junior baik² belaka.  Ada juga la stress tu sebab time nak mandi air takde. Terpaksa bangun 4 pagi untuk mandi semata². Lepas tu sambung tidur. Haha. Rimas juga mandi awal sangat sebelum pergi kelas. Tapi entah kenapa bila giliran anak², che kak rasa seriau nak bagi anak² tinggal di asrama. Sanggup lepaskan peluang abang Aiman ke sekolah sains lepas upsr dulu...

Penat Itu Biasa, Minta Kuat Itu Perlu

Jenero: Campuran Letih, Kenyang, Mengantuk dan Sunyi Pernah tak rasa satu hari tu macam segalanya bercampur? Letih, kenyang, mengantuk, roomate pun tak ada, suasana sunyi… maka jadilah satu perasaan yang che kak namakan “jenero”. Lepas solat Zohor tadi, che kak terlelap sekejap dekat bucu meja. Bukan sengaja, tapi badan sendiri macam shutdown. Kadang tu, satu-satunya cara nak recharge hanyalah dengan pejam mata sekejap walau dalam keadaan duduk tak selesa. Ada hari memang rasa malas yak amat. Ada hari pulak, kerja datang bertimpa-timpa rasa macam nak sangat ada tangan sotong, boleh buat semua serentak. Ada hari rasa ringan, tenang, sebab jaga kaunter dan jumpa klien yang positif, yang senyum dan beri aura baik. Tapi ada juga hari yang buat geram… dan kena sabar. Sebab “klien sentiasa betul”, walau hati kata sebaliknya. Ada hari hati tiba-tiba rasa kecil. Tanpa sebab. Tanpa punca. Tapi rasa tu tetap ada. Gitulah realiti hidup bekerja. Pergi kerja, buat kerja, balik kerja. Esok ulan...

15 Oktober 1990: Tarikh Saya Takkan Lupa

Setiap kali ada temujanji hospital, Che Kak akan pulang awal dari sekolah. Balik rumah, bersiap-siap elok-elok, pakai baju lawa sikit kemain rasa macam nak berjalan raya pun ada. Tunggu Ayah balik, kemudian kami akan bertolak ke Hospital Kuantan. Sekali-sekala, kami akan ke Hospital Kuala Lumpur. Sampailah satu masa, Che Kak perlu jalani pembedahan. Masa tu darjah lima. Kami bertiga Che Kak, Ayah dan arwah Mok (nenek) bertolak ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Naik bas. Jauh. Penat. Tapi Che Kak tak rasa takut pun… mungkin sebab masih kecil, masih tak faham betul-betul apa itu pembedahan. Tiga minggu Che Kak duduk di hospital tu. Ingat lagi, nurse dan doktor semua sangat baik. Ramah, lembut, pandai layan budak-budak senasib. Che Kak paling suka tengok nurse Cina pakai uniform skirt siap ada topi putih kecil atas kepala. Nampak macam dalam drama TV. Kadang-kadang Che Kak lepak kat bilik pesakit remaja lelaki Cina. Dia selalu ditemani ayah dia. Kami suka berbual. Che Kak pangg...

PELANGGAN BODOH?

Sebagai peminat coffee, dah tentu che kak teringin nak merasa kopi mahal. Setakat nak order secawan kopi bukannya tak mampu nak bayar. Tapi sedar diri tak reti. Kalau orang tak bawa memang che kak tak masuk la. Bila terbaca berita macam ni, fuhhh nasib baik che kak tak masuk beli kopi. Biarlah kita bodoh tak masuk daripada dibodohkan oleh jurujual macam tu. Order nescafe panas pagi-pagi kat kedai roti canai pohon ceri pun dah buatkan kita happy.

IPTA dan Impian: Perjalanan Baru Bermula

P ertama sekali alhamdulillah syukur kepada Allah jua. Bakal melangkah menjadi mahasiswa di salah satu IPTA yang ada di Malaysia ni. Bertuah anakanda sebab course yang dapat tu, ibu dan bapa saudara anakanda dah tempuhi dan lalui suatu ketika dulu. Sekarang ni masing-masing dah berjaya menjawat jawatan yang bukan calang-calang juga. Namun sebagai ibu, che kak tak nak paksa anak sambung belajar apa yang dia tidak minat. Lagipun kita dah tahu anak kita ni belajarnya macamana. Hero tak ggaduh tu tak boleh nak diamalkan di universiti. Semoga Allah melapangkan dan memudahkan urusan anak-anak kita semua.

Bukan Tahniah yang Kami Tuntut, Tapi Syukur yang Kami Luahkan

Bukan ucapan tahniah yang kita dambakan. Kita bagitau berita gembira sebab kita rasa syukur dengan rezeki Allah. Kalau nak bagi cadangan nak kena belajar kat mana, masa nak isi upu tu lagi. Kalau dah keluar result, hanya setuju atau tak sahaja. Rezeki sungguh sebab che kak sedar anak che kak tak cemerlang. Dapat belajar di uitm pun satu rahmat dah. Dapat pula di Machang pun laaaaagiiii syukur tak terhingga. Abang Ahyad pun dah semangat nak berulang alik dari rumah. Bukan semua impian yang kita nak, Allah akan makbulkan. Ada hikmah la tu kalau Allah tak bagi apa yang kita nak. Macam che kak juga la. Nak sambung belajar yang lain dapat yang lain. Che kak hanya ikut jalan yang Allah dah aturkan. Semalam memang la dilema. Tapi che kak yakin anak bukan tak pandai. Cuma dia mewarisi malas che kak. Haha. Kalau dia tak pandai takkan la dengan study 4 minggu je dia dapat 4A tanpa sebarang G. Bila kita bagitau dapat sambung course apa dan kat mana, eh eh kan main lagi duk quiry. Berdesing juga ...

Dunia Kawan: Tak Perlu Ramai, Cukup Yang Faham

Suatu hari Aatif bagitau dia sedih sebab kawan baik dia tak nak kawan dengan dia secara tiba-tiba. Hmmmm camne nak selesai masalah ni ye "Aatif ada wat salah kat kawan ko?" "Takde pun." "Macam ni la Aatif. Kalau Aatif rasa ada wat salah, Aatif minta maaf. Kalau Aatif rasa kawan Aatif yang tak nak kawan, biar je la. Ramai lagi boleh buat kawan." Seboleh-bolehnya kita memang nak berkawan yang ngam dengan kita. Masa kecil ni memang rasa nak kawan yang ramai. Bestfriend forever ever. Tapi bila dah menuju alam remaja purba ni, che kak tak rasa pun kita perlu kawan yang ramai. Berkawan ni tak semestinya kena ngam sekepala. Cukuplah amalkan raikan persamaan dan hormati perbezaan. Jaga maruah kawan. Jangan kita pula yang pi jaja aib kawan. Kalau nak nasihat janganlah malukan dia depan orang. Tegur elok-elok. Kalau kawan berbeza pendapat, hormati sahaja pendapatnya. Tak yah la nak debat kecuali masuk pertandingan debat. Kalau kawan nak me time tapi tak ajak, jangan...

PROGRAM MINI KARNIVAL PDK TAHUN 2023 SEMPENA SAMBUTAN HARI OKU - 11.7.2023

Tak tau nak start kat mana nak tulis citer hari ini. Tapi nak tulis juga untuk memori tahun-tahun hadapan. Habis program masuk dalam kereta, buka lagu keluar lagu sufi kau hilang....... Amboi laguuu. Saja hang naaaaa. Awat dengan lagu pula. Haaaa jeng jeng jeng. Enjoy sangat program hari ini. Terhibur sangat tengok persembahan anak-anak syurga ni. Masa tengok persembahan tadi, terdetik di hati che kak mesti budak ni menang. Eh betul la menang. Hairan juga che kak dibuatnya. Walau kekurangan, namun anak-anak PPDK ini sangat berbakat. Kalau ada kekurangan, maafkanlah. Program ni sekadar nak raikan anak-anak syurga supaya mereka rasa dekat dengan masyarakat. Majlis perasmian hari ni dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan. Anugerah-anugerah yang diberikan dapat memberi lebih semangat kepada warga PPDK untuk terus mencurahkan bakti. Che kak dan Jamilah merangkap roomate di opis masih setia jaga teka kacang dan gula-gula. Sambil-sambil tu join juga teka. Seronok te...