Ada satu baju ni… dah lama tergantung dalam almari.
Bukan tak cantik, bukan tak suka tapi dulu besar gedabak, langsung tak muat, jadi tersimpanlah ia dalam diam.
Baju ni bukan beli sendiri.
Tok laki yang tolong tempahkan dulu.
Pagi tadi nak pergi kursus, tok laki suruh bawa baju tu.
Katanya takut sejuk dalam bas.
Ikutkan hati, nak pakai baju lain. Tapi ikut juga cakap dia.
Mujur jugak…
Bukan setakat dalam bas, dalam kelas pun sejuk semacam.
Rasa macam duduk dalam peti sejuk, bukan bilik seminar.
Baju itulah penyelamat bukan sekadar penghangat badan, tapi jadi peneman yang bawa rasa sayang & rindu.
Dalam Pening Pun, Kursus Tetap Dengar
Hari ni kepala agak pening, rasa macam nak mabuk.
Entah sebab penat, entah sebab perubahan cuaca.
Tapi Alhamdulillah, kursus tetap dapat hadam walau otak ligat nak tido.
Baju tu pun jadi comfort zone sedap diselubung bila nak pejam kejap waktu rehat 😅
Baju Pun Ada Cerita
Kadang-kadang, benda kecil pun ada nilai besar.
Sehelai baju lama rupa-rupanya hari ini bawa nostalgia dan rasa dihargai.
#olohbajupunnokcrito
Comments
Post a Comment