Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

NASI KERABU EXPRESS VS KETAM

Aloh lah. Wat terliur jah. Peminat nasi kerabu express no 1 nyo wasap gambar nke ni. #NasiKerabuExpressKeterehTiadaBerpisahDariMukaBukuKu

TAUKE BINTANG KECIL

Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Sejak lahirnya, Nur Asmaa' Awaatif, rezeki bertambah melalui bisnes. Walaupun secara kecil-kecilan, namun  rezeki tetap masuk. Baru sahaja selesai bayar balik gaji kat kerajaan sebab cuti bersalin tanpa gaji selama 47 hari. Tapi Allah tetap ganti. Anak adalah rezeki. Dah tertulis rezeki untuk mereka. Walaupun rasa macam takde duit je nak bayar balik, tapi Allah tetap permudahkan untuk selesaikan bayaran balik gaji tu. Tak sangka pula dah terjebak secara serius wat bisnes ni. Nasi Kerabu Express, Gum Arabic dan E-Man Coco. Untuk tempahan dan pertanyaan boleh je hubungi 0133703161. Boleh COD di Ketereh, Melor dan Pasir Puteh. Penghantaran melalui pos pun boleh via Skynet dan Pos Laju.

INSYA ALLAH NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE LONDON

Ya Allah, tak tergambar perasaan teruja apabila seseorang wasap katanya berminat dengan nasi kerabu express. Bukan calang-calang tempat.  London! Berminat nak jual nasi kerabu express kat sana dalam bulan puasa ni.  Mudah-mudahan orang Malaysia yang bermastautin di London dapat menghilangkan kerinduan pada nasi kerabu. Dapat customer dari negara jiran iaitu Brunei pun dah rasa macam berada di taman syurga. Inikan pula London. Namun yang menjadi halangannya, ialah postage. Huwaaaa nak menangis apabila tengok kos postage. Katànya pernah pos baràng seberat 2 kg pun dah mencecah RM200.00. Inikan pula berpuluh puluh kg. Kos pos melalui laut murah sikit. Tapi yang menjadi masalahnya, 3@4 bulan baru sampai.  Alahai kempunan nak tengok orang London makan nasi kerabu express Ketereh. Nanti ada kelapangan yang tidak mengganggu waktu kerja, nak pergi ke pejabat pos dan lain-lain perkhidmatan pos. Nak survey dulu kata orang. Sekarang ni tanya pakcik google je dulu.  ...

ORANG BRUNEI RESTOK NASI KERABU EXPRESS

Baru jah odar 20 pek NKE. Hari ni booking pulok 30 pek NKE. Sedap le tu. Kali ni odar nasi kerabu tumis express.  Rasa macam nak tampar jah wajahku ini. Macam tak percaya nasi kerabu express nok sampai ke Brunei pulok.  Syukur alhamdulillah. Suka rasa jiwa raga makanan kesukaanku dah menjejak ke Oversea.  Ada yang nak selit order #NasiKerabuExpress? 0133703161 #NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu #Brunei

NASI KERABU EXPRESS KETEREH BAKAL KE BRUNEI

Lepas Isyak tadi, punye la mengantuk yang teramat.  Sebelum nak tidur, tengok wasap jap. Eh! Ada wasap bukan nombor telefon Malaysia.  Jawab salam lah dulu.  Ya Allah, rupanya dapat order nasi kerabu express dari BRUNEI. Syukur Ya Allah.  Rasa nak tampar je muka ni. Betul ke ni? Hilang rasa mengantuk. Penangan nasi kerabu express. Mudah-mudahan Nasi Kerabu Express selamat sampai ke Brunei.  Katanya lagi, nak masak dan dijual yang dah siap masak.   Terlampau suka, kite kasi diskaun kaw2. Sebab yang paling utama, orang Brunei dapat makan nasi kerabu express Ketereh.  Kalau dapat sambutan, dia nak jadi agen BRUNEI. Mudah-mudahan murah rezekinya. 'Orang Ketereh ter, bilo nok try NKE Ketereh. Kito gantung bunting doh kat depe rumoh'. 0133703161 #NasiKerabuExpressTiadaBerpisahDariMukaBukuKu