Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2022

💍 Abe Long vs Kak Long: 19 Tahun, Macam Baru Semalam

💍 Abe Long vs Kak Long: 19 Tahun, Macam Baru Semalam 14 Julai 2025. Genap 19 tahun umi & abi melayari rumahtangga. Hakikatnya, kami bukan pasangan yang sempurna. Kami pun macam pasangan lain. Tetap diuji, tetap merasa pasang surut, ombak badai, hujan taufan, panas kemarau. Tapi Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan jodoh kami hingga hari ini. Walaupun sudah 19 tahun, kadang terasa macam baru semalam je diakad nikahkan . Masih segar lagi perasaan waktu itu. Debar, syukur, dan rasa tak percaya — akhirnya aku jadi milik dia. 🥰 Suami Kiriman Tuhan Syukur Ya Allah, kerana menghadirkan lelaki ini dalam hidupku. Sungguh, dia kiriman Tuhan. Semalam dah dapat hadiah anniversary 😍. Terima kasih daun keladi. 😘 Orang selalu kata, “jangan pandang pada rupa.” Tapi waktu pertama kali terpandang dia, hati ini terus berdoa dalam diam: “Ya Allah, jadikanlah dia jodohku.” 😆 💌 Cerita Kami Bermula Waktu tu, che kak tak kenal pun siapa Fazdrul Arman. Tapi Allah gerakkan hati seorang sahabat – ...

Pergeseran Rock Legend — Suara Tetap Di Hati, Nama Jangan Dibeli

🎸 Pergeseran Rock Legend — Suara Tetap Di Hati, Nama Jangan Dibeli 🎤 Sebagai peminat lagu-lagu rock, che kak pun rasa nak komen sikit pasal drama antara anggota kumpulan rock ikonik yang nampaknya makin panjang episod dia. Che kak nak habaq ni bukan dari segi teknikal muzik, bukan dari segi undang-undang siapa pegang nama, tapi dari sudut mata dan telinga peminat setia —yang dari dulu sampai sekarang tahu dan jatuh cinta dengan suara legend Amy Search . 🎤 Suara dia yang mahal. Kalau tanya che kak siapa pemain gitar, dram, bass, atau keyboard... memang terus fail. Semua bunyi bagi che kak “sama je” kalau takde suara Amy. Maaflah, che kak ni jenis tak reti beza bunyi gitar siapa, rebana siapa, walaupun pemain tu power. Tapi bila Amy buka mulut je— bergetar jiwa, terus tahu “haaa ni la dia!” . Kalau Amy pakai nama kumpulan lain sekalipun, aura dia tetap terserlah . Bila orang lain nyanyi lagu Search, contohnya Aweera (bukan nak kata tak sedap), tetap tak sama . Serius, rasa macam maka...

RENDANG DAGING

 Pagi tadi masak rendang daging. Perabis daging dalam peti ais , rasanya setengah kilo je ada tu. Abang Nan la suruh masak, tak sabar-sabar katanya nak makan. Nasib baik cukup bahan. Daun kunyit je konpius. Kotnya tertukar dengan daun temu yang bertemu lawak, maka jadi la temulawak. Ngantuk, so tido dulu. Bila bangun, tengok dah licin.  Goreng ikan kering je la. Wakaka. Sekadar nak senyapkan perut berkeroncong je dulu. Biskut raya pun dah habis. Nampaknya kena pi mydin ni beli biskut raya. Nak tempah tapi tauke biskut raya balik Mekasar dulu. Rasa macam tak puas raya lagi🤣. Jamuan raya semalam pun banyak yang tak sempat nak makan sebab banyak sangat menu. 🤤 Kena ejah 1 hari raya 1 menu sampai abes raya sebulan😬.

SUKA TENGOK RANCANGAN MASAK-MASAK

Malas pula nak buat kerja. Kerja banyak tapi che kak pilih layan kemalasan dulu. 🤭. Perut lapar terpaksa la masak. Sambal ikan sardin je bohhh. Untuk wat hilang gastrik 'bertempik' je boh. Duk layan Star vs food ni haaa. Haha lucu gak. 1st time tengok rancangan ni. Anil Kapoor masak sambil dipantau oleh chef.  Semua rancangan masakan che kak layan. Time che kak seorang diri kat rumah, che kak boleh layan channel AFN dari pagi ke malam. Kalau nak layan movie seram kena ada peneman dulu.  Apasal haa kalau tengok rancangan masakan tak kiralah apa rancangan sekalipun, depa steady je cantik jelita comel walaupun tengah masak.  Kalau che kak masak, mau satu badan bau segala bawang, rempah, sambal bla bla bla. Pakaian tak usah cakap la. Lepas masak kena tukar baju sebab habis lencun😂😂. Muka lagi la, tertukar dengan minyak masak cap buruh🤪. Kadang-kadang che kak tak paham juga camne depa boleh masak dengan rambut panjang mengurai tanpa diikat terlebih dahulu.🤔 Lagi satu yang...

ABANG AIMAN FISIOTERAPI

Hari ni bawa abang Aiman fisioterapi. Abi depa pula bawa Awaatif gi cocok vaksin.  Rancangan asal lepas habis exam SPM, abang Aiman nak kerja. Tapi jauh di sudut hati che kak nak dia ada depan mata dulu sementara result keluar. Bantu adik-adik dalam pelajaran dulu.  Nanti dapat sambung belajar kat mana-mana IPTA, pergilah terbang mencari ilmu dan pengalaman. Cuma buat masa ini, nak pastikan dia kuat jati diri. Dunia luar banyak cabaran dan pancaroba.  Tapi hari ini, siapa sangka abang Aiman berada di sini. Semoga abang Aiman cepat pulih seperti biasa.  Sempena Hari Ibu, sejujurnya che kak tak pernah mengharapkan balasan material atau penghormatan dari anak-anak. Cukuplah anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah, pandai jaga diri dan maruah serta dapat doa masa che kak dan suami di alam kubur nanti.  Tanggungjawab kita sebagai ibubapa memastikan keperluan asas, pendidikan, kesihatan anak-anak dipenuhi. Jangan sesekali letak syarat anak wajib balas jasa kita....

Balik Rumah, Dapat Kejutan!

Alhamdulillah, home sweet home. Fuyyoo… ada kotak ajaib pulak kat beranda rumah che kak ni. Untuk siapa agaknya tu, ye? 🤔 Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada si pemberi kotak ajaib ni. 🥰 Sebelum sampai rumah tadi, sempat singgah beli nasi bungkus Kak Chik. Kalau orang tanya yang mana lebih sedap antara nasi Kak Chik dan nasi Air Dingin, che kak pilih nasi Kak Chik! Sebenarnya dulu takut juga nak cuba – risau tak kena dengan selera. Tapi ada staf JKM pernah kata, “Nasi Kak Chik lagi sedap!” Lepas cuba... eh, memang betul! Sejak tu terus jatuh cinta dengan nasi Kak Chik. Tadi pun sempat tukar syiling sebab penjual nampak beg syiling che kak 😂. Pagi tadi, lepas makan bihun goreng, che kak terus layan mata... Zzzzzzz. Petang pula, rezeki makan maggi hasil air tangan Dr. PhD, walaupun dia sedang berpuasa. Baiknya hati, tetap sudi masakkan untuk anak-anak buah 😋. Eh, baru perasan... harini belum makan nasi pun! 😂😂 Sebab tu la singgah beli nasi bungkus tadi. Oh ya, jalan ke KL ma...

Bila Jiwa Terluka, Bunuh Diri Bukan Jalan Keluar

Bunuh Diri Bukan Jalan Keluar – Mereka Perlu Dipulihkan, Bukan Dihukum Beberapa bulan lepas, Che Kak ada tengok satu cerita kat Astro. Kisah remaja yang mati bunuh diri dan jadi hantu sebab nak balas dendam. Walaupun hanya cerita, tapi kesannya... berderet soalan dari Awaatif. “Kenapa dia bunuh diri?” “Bunuh diri dosa ke?” “Boleh ke jadi hantu kalau bunuh diri?” “Kawan dia tak tolong ke?” “Kalau nak bunuh diri kena terjun bangunan ke?” Jenuh Che Kak nak perah otak jawab. Tapi Che Kak tetap cuba jawab sejujur mungkin, ikut kemampuan dan ilmu. Tak mahu bagi jawapan yang sekadar lepas tangan. Cerita Dalam Filem, Tapi Realiti Memang Berlaku Dalam cerita tu, budak asrama dibuli dan didera mental serta fizikal. Kawan baik pun takut nak tolong. Lagi sedih, keluarga dia pun jenis “broken”. Tak ada tempat bergantung. Maka jalan terakhir bunuh diri. Jadi hantu? Itu skrip filem. Tapi realitinya, ramai yang terjun bangunan, gantung diri, telan racun  semua sebab tekanan yang tak tertanggung....

Coretan 5 Syawal: Rezeki, Rasa & Renungan

 Coretan 5 Syawal 1443H / 6.5.2022 Sementara menanti mata “jenero”, che kak tulis dulu kisah hari ini. Rasa rugi pula kalau tak tulis. Tapi pelik juga kan, kalau Arman Rider nak baca masa che kak tengah menulis (menulis ke menaip? 🤔), rasa malu ya amat! Kalau nak baca, nanti baca je kat wall che kak 😂. Nak komen ke, tegur ke, atau suruh delete ke, baca je kat situ. Jangan kacau che kak masa menulis ni 🤭. Pagi di Pasar Tani Laloh Pagi tadi che kak ke pasar tani di Laloh. Awal sangat kot sampai, sebab ramai peniaga pun belum mula jualan lagi 🤭. Tak ada apa yang nak dibeli, sekadar cuci mata je. Lagipun boleh juga “hancurkan” lemak-lemak menu raya tu, jalan-jalan pusing pasar tani 🤪. Tengah nak balik, che kak ternampak orang jual radio klasik. Radio tu baru, tapi reka bentuk dia retro/vintage  terus jatuh hati! Ada seorang pelanggan beli terus sebuah. Harga seratus lebih. Katanya dia memang minat barang lama. Nak pergi pasar karat, tak tahu bila, jadi beli dulu buat sedap ma...

Coretan Syawal: Dari Beranda ke Stesen Keretapi

 4 Syawal 1443H | 5 Mei 2022 Sedap betul tidur kat beranda rumah semalam. Angin dari bukit tu sejuknya sampai ke tulang. Aircond semula jadi, tak payah bayar bil TNB. Rasa tenang, rasa damai. Lebih manis lagi, semalam mak mentua masak nasi dagang, menu raya sambungan. Anak-anak dan menantu ramai yang turun bantu. Che kak? Hehe, che kak tolong tengok je lah. 😅 Dah 19 tahun bergelar menantu sulung, tapi masih fail bab dapur mentua. Segan nak hulur tangan kupas bawang pun 🤦. Kagum sungguh tengok biras che kak walaupun ada anak kecil, tetap lincah dan laju je kat dapur. Macam ada tenaga extra. Multitasker betul! Dalam sibuk makan dan bergelak ketawa, hati che kak tetap terselit rindu untuk kak long dan kak ngah, adik-beradik suami. Tahun ni tak sempat beraya bersama. Kak long diuji  suami dia kurang sihat, semoga cepat sembuh, ya bak. Kak long ni kalau ada, memang dapur hidup dialah masterchef kami. Kak ngah pula beraya di Johor, giliran tahun ni katanya. Adik-beradik che kak pu...

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASJID MUKIM LATA REK

 Ralit nau raya, lupa  hari ni orang dah mula bekerja. Che kak masih bercuti. Sebab utama bercuti, malas nak hadap jem gi kerja. Encik suami ajak gi beraya kat rumah Pok Mudo Ghoni. Bff Abi Tok ni dah macam family sendiri.   Pok Mudo bagitau ada majlis hari raya kat Masjid Lata Rek. Apa lagi jommm. Sampai kat masjid, wah meriahnya. Macam-macam menu ada. Che kak sempat berseloroh dengan  tok imam macam pengantin sebab lengkap berbaju melayu pink dan bersampin.🤭 Che kak ambil sikit je nasi dan gulai kawah. Takut gulai tu rasa manis. Standard masakan Kelantan mesti manis-manis. Kalau ambil banyak takut  tak habis pula.  Nanti jadi saudara syaitan pula. Tapi kan sedap la pulakkk gulai kawah. Nyesal ambik sikit🤪😍😂.  Memang kena dengan selera che kak. Tapi segan la pula nak pi tambah🤪. Kalau ada hidangan ala bufet macam ni,, jangan tamak. Ambil ikut kemampuan boleh habiskan ke tak. Ambil banyak-banyak lepas tu jadi saudara syaitonnirojim🙄. Lepas t...

Che Kak Drive Esok Sampai: Kisah Raya Jalan Alternatif

Coretan Raya ke-3 – 3 Syawal 1443H (4 Mei 2022) Semalam nak tulis, tapi tak sempat... banyak sangat serangan kelkatu. Pantang nampak cahaya, semua terbang serbu — termasuklah cahaya henpon. Jadi kita sambung hari ni ya. Alang-alang balik lalu jalan Dabong, kami singgah kejap di Gunung Stong dan Gua Ikan. Ada hikmah juga cuba elak jalan jem, walaupun laluan tu jauh sikit. Tapi takpelah, dapat cuci mata tengok alam, tenangkan fikiran. Kalau tak, entah bila pulak nak sampai tempat-tempat menarik macam ni. Sejujurnya, jalan memang ok sangat. Tak jem langsung. Boleh masuk senarai jalan alternatif kalau nak balik ke Lata Rek nanti. Anggaran jarak dari Batu Gajah, Tanah Merah ke Lata Rek, Kuala Krai lebih kurang 90km. Tapi disebabkan jalan bengkang-bengkok, ditambah singgah sana sini, makan masa lebih kurang 3 jam setengah jugaklah. Kalau Che Kak yang drive, mungkin esok baru sampai 🤪🤭 Sepanjang jalan, ada jugak nampak budak-budak rempit bawa motor secara berbahaya. Geram juga tengok. Bahay...

Syawal di Jalan Raya – Dari Rumah Ma ke Tanah Merah

Betul-Betul Raya Kali Ni! (3 Syawal 1443H | 4 Mei 2022) Hari ni masih mood bercuti, dan dapat pula cuti free dari kerajaan negeri. Best tu! Pagi-pagi dah isi perut dengan nasi berlauk ikan kerisi goreng sambal dan ayam goreng celup tepung. Lepas tu, suami ajak ke rumah mentua Abe Teh di Tanah Merah. Dah boleh agak jem mesti panjang berjela, tapi suami kata kita ikut jalan kampung. Sebelum keluar rumah, macam biasa la — cabut semua plug kecuali peti ais, tutup tingkap, buang sampah, kunci pintu, kemas rumah sikit. Checklist wajib bila nak keluar lama. Singgah dulu rumah kawan abang Ahyad. Walaupun che kak tak kenal mak ayah kawan dia, tapi syok juga berborak. Banyak modal. Che kak ni memang jenis suka jadi pendengar, tapi enjoy tengok orang sembang. Lepas kenyang makan ketupat, kek, biskut raya, dan anak-anak dapat duit raya lagi, terus ke rumah ma pula. Dapat jumpa adik-adik sebelum mereka balik KL. Gomol anak-anak saudara, snap gambar untuk kenangan walaupun tak cukup korum. Takpe lah...