💍 Abe Long vs Kak Long: 19 Tahun, Macam Baru Semalam

💍 Abe Long vs Kak Long: 19 Tahun, Macam Baru Semalam

14 Julai 2025. Genap 19 tahun umi & abi melayari rumahtangga.

Hakikatnya, kami bukan pasangan yang sempurna. Kami pun macam pasangan lain. Tetap diuji, tetap merasa pasang surut, ombak badai, hujan taufan, panas kemarau. Tapi Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan jodoh kami hingga hari ini.

Walaupun sudah 19 tahun, kadang terasa macam baru semalam je diakad nikahkan. Masih segar lagi perasaan waktu itu. Debar, syukur, dan rasa tak percaya — akhirnya aku jadi milik dia.

🥰 Suami Kiriman Tuhan

Syukur Ya Allah, kerana menghadirkan lelaki ini dalam hidupku. Sungguh, dia kiriman Tuhan.

Semalam dah dapat hadiah anniversary 😍. Terima kasih daun keladi. 😘

Orang selalu kata, “jangan pandang pada rupa.” Tapi waktu pertama kali terpandang dia, hati ini terus berdoa dalam diam:
“Ya Allah, jadikanlah dia jodohku.”
😆

💌 Cerita Kami Bermula

Waktu tu, che kak tak kenal pun siapa Fazdrul Arman. Tapi Allah gerakkan hati seorang sahabat – cikgu Hasmadi Nordin, yang jadi orang tengah. Terima kasih cikgu!

Che kak tak terus setuju. Solat hajat, istikharah jadi teman malamku. Dan dalam mimpi, aku terlihat seseorang…
Pakai sweater KMR, naik motor Honda Cup, lampu bulat.

Esok paginya, tunggu kawan depan BSN. Pukul 7 pagi. Tiba-tiba…
Ya Allah! Terkejut. Sama sebijik macam dalam mimpi.

Tapi belum nampak muka. Masih tertanya-tanya. Dalam satu kelas, entah kelas apa, ternampak sorang lelaki — seluar jeans hitam, t-shirt hitam, jam hitam, rambut panjang, muka ala-ala Chinese look. Fuyoo… 😬

Masa tu teringat doa:

“Ya Allah, jodohkan aku dengan yang tinggi, muka cina, jaga solat, tak merokok…”

Tapi malu nak minta banyak sangat.
"Takpelah, Ya Allah. Rock pun tak apa." 😅
Dan… Allah bagi semua tu.

💔 Fitnah Itu Ujian Cinta

Ada juga mulut-mulut tak manis yang berkata:
“Che kak nak ke Abe Long sebab dia ada harta.”

Masa tu kami belum kerja pun. Masih pelajar. Masa depan pun tak pasti. Tapi…
bila hati dah yakin dengan petunjuk istikharah, che kak yakin dia adalah jodohku.

📖 19 Tahun, Penuh Cerita

Dalam 19 tahun ini, terlalu banyak kisah untuk ditulis. Dari susah ke senang. Dari pelajar jadi ibu ayah. Dari tinggal berasingan (PJJ) ke tinggal serumah penuh doa dan tawa anak-anak.

Kami tak sempurna. Tapi kami belajar untuk saling menerima, saling menyayangi.

🕌 Doa Seorang Isteri

Semoga Allah terus pelihara rumahtangga ini dalam rahmat-Nya.
Semoga cinta kami menjadi saksi syurga.
Semoga anak-anak kami membesar dalam kasih dan reda Allah.

Dan semoga 19 tahun ini hanyalah permulaan untuk bertahun-tahun lagi hingga ke jannah.

Terima kasih 'Abe Long'.
Untuk sabar, untuk sayang, untuk cinta yang tak pernah surut.

“Kau hadir bukan hanya dari doa yang aku bisik,
Tapi dari takdir yang Allah sendiri tulis.”

– Kak Long vs Abe Long, 14 Julai 2025







Comments