Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

RESEPI CORNFLAKES MADU FOREVER

Amboi sakan depa share resepi kat grup eksklesip forever #teammommycery. Grup telegram yang tak tahu masa mana depa tido. 😆😆 Belum raya dah buat kuih raya. Che kak share copi paste sini dulu. Kot2 mai kerajinan tahap gaban, boleh che kak buat juga. Maklum la tauke sekut raya terkandas kat kampung, tak leh nak order sekut raya.😂😂 Bahan-Bahan ✅Butter 250g ✅3 sudu brown sugar ✅3 sudu susu pekat ✅7 sudu madu (Saya guna Forever Bee Honey, sebab madu tulen & berkhasiat) ✅Cornflakes 500g Cara2 dia :- ✅Masukkan butter, brown sugar, susu pekat, madu. Gaulkan sebati. Dah sebati semua tutup api. Tunggu dalam 5 minit baru gaulkan cornflakes tu. Dah siap! Jangan lupa tau sebelum makan ambil gambar dulu😁 Kalau tak habis semua🤣😂 kreditflpteammummisyahmi

HARGA SERUNDING KAMPUNG LAUT, KELANTAN

Harga Serunding ayam rm65/kg 500gram rm33 250gram rm17 Serunding daging import rm65/kg 500gram rm33 250gram rm17 Serunding ikan rm58/kg 500gram rm30 250gram rm15 Serunding daging tempatan rm75/kg 500gram rm38 250gram rm19

Santai di Rumah Pun Rezeki Masuk

Duk rumah pun, Order Masuk Bertalu! Hari ni che kak tak pi opis. Santai-santai je kat rumah sambil layan  Rocky  (bukan Rocky Balboa eh 😆) dan masak  pulut kuning . Sambil-sambil tergolek, scroll phone, main Facebook, tiba-tiba masuk  order susu kambing Mikkae ,  serunding Kampung Laut , dan  produk Forever . Alhamdulillah… duduk rumah pun rezeki tetap mengalir. Tapi susu kambing dah  habis stok . Ramai rupanya duk cari buat  bekal puasa . Biasalah, bila puasa, ramai suka bawa susu kambing sebab tenaga tahan lama dan elok untuk perut. Che kak pun tengah tunggu stok baru masuk. InsyaAllah bila ada, che kak maklum semula ya. gambar ehsan google Serunding Kampung Laut pun hot item sekarang ni. Ada yang buat stok nak makan sahur, ada yang suka buat bekal gi kerja. Che kak cuma tolong promote , sebab kenal pengusaha dia dan tahu kualiti produk dia memang tiptop. Sambal pun mantap. Makan dengan pulut kuning, fuhh sedap sampai jilat jari. Produ...

Pejabat Pos Penuh Usahawan Dari Rumah!

📮 Che Kak Singgah Pejabat Pos Tadi... 📮 Nak beli setem je sebenarnya. Tapi lama juga tunggu giliran.  Bukan sebab staf pos lambat. Mereka cekap dan pantas, alhamdulillah! Rupanya... Ramai yang pos barang niaga. Sorang-sorang bawa plastik besar, penuh barang untuk dihantar. ➡️ Ada yang bisnes makanan ➡️ Ada yang jual barang keperluan ➡️ Semua pos dari rumah je! Che kak kagum. Walaupun hanya di rumah, mereka tetap berusaha cari rezeki. Dengan syarat: ✅ Jaga SOP ✅ Jaga kebersihan ✅ Jaga jarak ✅ Ikut saranan KKM gambar ehsan google ✨ Che Kak Nak Pesan... Ambillah peluang buat bisnes santai-santai. 🌸 Tak perlu modal besar 🌸 Jual barang keperluan atau makanan yang mudah dipos 🌸 Yang penting usaha & sabar 📌 Jangan asyik merungut... 📌 Jangan asyik dengki tengok rezeki orang lain... Rezeki ni luas. Allah bagi ikut usaha kita. Kalau orang lain boleh berniaga dari rumah, kita pun boleh. Mulakan dengan apa yang ada. Biar kecil asal berkat.

Luahan Hati Seorang Petugas: Menjawab Tuduhan Datuk Seri

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya menulis sebagai seorang warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berpegang teguh kepada prinsip kerja dan amanah yang dipegang saban hari.  Tulisan ini bukan mewakili jabatan secara rasmi, tetapi lahir daripada keikhlasan dan tanggungjawab peribadi terhadap maruah kerja kami. Datuk Seri, Kami amat tersentuh dan terkilan dengan kenyataan Datuk Seri yang mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengagihan bantuan makanan dan kononnya bekalan itu diambil untuk kegunaan sendiri.  Ini adalah satu pertuduhan yang amat berat. Sebagai figura yang dihormati dan membawa gelaran "Datuk Seri", kenyataan Datuk Seri membawa pengaruh besar kepada pandangan masyarakat terhadap JKM. Kami ingin bertanya secara ikhlas dan terbuka: Apakah bukti yang Datuk Seri miliki bagi menyokong dakwaan tersebut? Siapakah individu atau kes yang dirujuk? Mohon perincian agar siasatan boleh dibuat. Apakah sumber maklumat atau siasatan lapangan yang diguna...

Bila Kebaikan Dibayar Dengan Ujub

Jangan Merasa Diri Paling Suci Kadang-kadang dalam usaha kita membantu orang susah, kita lupa satu perkara paling penting — niat. Kita ke hulu ke hilir mencari mereka yang memerlukan. Kita hulurkan bantuan, sekampit beras, sedikit wang, atau mungkin sekadar kata semangat. Kita korbankan masa, tenaga, dan wang ringgit. Poket sendiri pun makin menipis. Dan akhirnya kita rasa... "Akulah pejuang rakyat sebenar." "Akulah yang paling banyak berbuat untuk orang susah." "Akulah yang paling layak bercakap tentang nasib marhaen." Hati-hati. Di sinilah syaitan menyelit. Bila kita mula merasakan hanya kita yang berbuat baik, hanya kita yang ikhlas, hanya kita yang bersusah payah — itu tandanya riak sedang mula bersarang. Tanpa sedar, kita mula pandang rendah pada usaha orang lain. Kita mula menyebar sangka buruk. Kita mula mencetus fitnah. Fitnah itu lebih bahaya dari COVID-19. Ia menjangkiti hati, merebak dalam komuniti, dan sukar disembuhkan walau oleh masa. Amal ya...

Artis Sensitif, Netizen Kena Hati-Hati?

Taip, padam. Taip, padam. Bukan apa… takut kena saman je. Tapi che kak rasa nak tulis juga. Untung jadi artis. Depa boleh tulis, cakap, sindir  sampai buat orang rasa panas pedal pun takpe. Tapi bila netizen komen balik sikit, aikk… boleh pula nak saman orang? Katanya public figure, tapi tak boleh ditegur? Pelik. Sebenarnya, artis pun macam bisnes juga. Kalau orang lain jual produk dan perkhidmatan, artis ni jual bakat. Itupun kalau ada bakatlah. Masalahnya, ramai yang ‘femes’ sekarang bukan sebab bakat  tapi sebab kisah tunang, putus tunang, kahwin, cerai, curang, pakai tudung, buka tudung. Yang betul-betul ‘naik’ sebab karya? Jujur, boleh kira dengan jari. Nasib baik ada artis otai. Yang nyanyi memang sedap, berlakon memang hidup. Lagu-lagu lama, filem zaman dulu-dulu masih boleh layan sampai sekarang. Contoh? Naqiu. Tu baru suara penghibur. Nak kata hiburan sekarang best? Lakonan? Ramai kayu. Cerita drama? Pusing-pusing pasal anak Dato’ jatuh cinta dengan anak orang miskin....

Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain

Dapat je gaji masuk, benda pertama che kak buat — terus transfer duit yuran taska dan transit anak-anak. RM500 sebulan, untuk seorang anak tadika dan tiga orang anak transit. Murah sangat sebenarnya. Ada orang mungkin rasa, "Alaa… anak sekolah dua minggu je bulan ni, minta la diskaun." Tapi bagi che kak — kerajaan tak potong gaji che kak pun. Kenapa che kak nak berkira dengan taska? 💸 Jangan Berkira Rezeki Anak Che kak percaya, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Dan orang lain tu termasuklah pengasuh anak-anak kita, yang jaga mereka bila kita keluar mencari nafkah. Bayangkan masa PKP hari tu. Kita jaga sendiri anak-anak kat rumah. Cuba kira kos sebenar: Makan minum 3 kali sehari Bil elektrik & air melambung Mainan, gajet, barang dapur bertambah Belum masuk stress dan letih urus budak 24/7 😵 Kalau jaga anak sendiri pun penat, apatah lagi pengusaha taska yang jaga anak orang lain berderet-deret. Mereka pun manusia. 🍱 RM5 Sehari Jaga Anak? Cukup Ke? Che kak pe...