Artis Sensitif, Netizen Kena Hati-Hati?



Taip, padam. Taip, padam.
Bukan apa… takut kena saman je. Tapi che kak rasa nak tulis juga.

Untung jadi artis.
Depa boleh tulis, cakap, sindir  sampai buat orang rasa panas pedal pun takpe. Tapi bila netizen komen balik sikit, aikk… boleh pula nak saman orang?
Katanya public figure, tapi tak boleh ditegur? Pelik.

Sebenarnya, artis pun macam bisnes juga.
Kalau orang lain jual produk dan perkhidmatan, artis ni jual bakat.
Itupun kalau ada bakatlah.
Masalahnya, ramai yang ‘femes’ sekarang bukan sebab bakat  tapi sebab kisah tunang, putus tunang, kahwin, cerai, curang, pakai tudung, buka tudung.
Yang betul-betul ‘naik’ sebab karya? Jujur, boleh kira dengan jari.

Nasib baik ada artis otai.
Yang nyanyi memang sedap, berlakon memang hidup. Lagu-lagu lama, filem zaman dulu-dulu masih boleh layan sampai sekarang. Contoh? Naqiu. Tu baru suara penghibur.

Nak kata hiburan sekarang best?
Lakonan? Ramai kayu.
Cerita drama? Pusing-pusing pasal anak Dato’ jatuh cinta dengan anak orang miskin. Plot lama, tapi tetap ulang tayang.

Lawak? Kadang buat-buat lawak, kita pun kena buat-buat gelak.
Nasib baik filem Polis Evo dan beberapa yang lain masih boleh dibanggakan.

Tapi rakyat tetap layan je.
Nanti kalau kita kritik, kata kita tak sokong industri seni tempatan.
Padahal, yang bagi ‘laku’ tu siapa? Rakyat jugak.
Jadi, tolonglah jangan sombong sangat bila dah naik.
Kalau bakat pun makin sendu, tapi attitude tinggi ke langit… tak lama tu bertahan.

Dunia ni macam roda.
Hari ni nama kau di puncak, esok mungkin tak dipandang.
Sementara masih ada sinar, buatlah duit elok-elok. Simpan untuk hari tua, untuk waktu tak dijangka.

Sebab bila dah tak ada kamera depan muka, yang tinggal cuma kenangan  dan mungkin, penyesalan.


layan Rambo lagi best. gambar ihsan google

Comments