Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

Dari 50 Sen ke 10 Ringgit

Petang semalam ngam ngam ada sepuluh ringgit dalam beg. Wat bayar saman parking MDPP.  Walhal dah bayar 50 sen dalam sistem online parking. Tak perasan rupanya 'terklik' no plat kereta orang lain yang che kak tolong bayarkan beberapa minggu lepas. Tak tahu nak lepaskan geram kat sape atas kecuaian sendiri. Sudahnya 'berduet' dengan Amy Search dalam kereta. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Healing Versi Mak-Mak: Tak Tidur Tapi Bersyukur

  Cuti Rehat Kononnya, Tapi Hakikatnya… Hari ni, 2 Jun 2024. Che kak ambil cuti rehat. Cuti masih banyak. Konon nak healing la sangat. Bangun pagi rasa tenang... tapi itu semua sementara. ๐Ÿ˜… ๐Ÿ“จ Tugas Awal Sebelum tarik selimut semula, sempat minta tolong jiran bilik tolong email kehadiran kursus minggu depan. Satu kerja selesai. Lepas tu, plan nak tidur kejap. Tapi biasalah… hidup umi tak pernah ikut jadual. ๐Ÿ› Soalan Paling Susah: “Umi Nak Masak Apa?” Belum sempat pejam mata, anak tanya, “Umi, hari ni nak masak lauk apa?” Terus otak jadi blank. Mujur Afnan bagi idea — gulai kurma ayam. Sekali masak terus dua lauk, tambah dengan ikan singgang. Umi multitasking gittew. ๐Ÿงบ Jimat Elektrik, Keringkan Peluh Lepas memasak, sidai kain kat ampaian. Alasan: jimat letrik dryer. Realiti: rumah makin bersepah kalau tak buat sekarang. Nampak habuk kat beranda? Terus menyapu. Sapu, cuci longkang, dan ‘berperang’ dengan tahi burung depan pintu rumah. Kadang tahi kucing pun ada. Nota kaki: Kerja k...

Bila Anak Dah Jumpa Rentak: Cita-Cita Tak Perlu Cepat, Asal Tak Berhenti Melangkah

Semalam Abang Ahyad tunjuk keputusan peperiksaan semester kedua. Alhamdulillah. Tak sangka juga, dia mampu capai keputusan cemerlang. Betullah orang tua-tua kata: “hero tok ggaduh.” Diam tak diam, mungkin dia dah mula jumpa rentak dan minatnya. Abang Aiman pula macam biasa, konsisten sapu bersih Anugerah Dekan setiap semester. Tapi che kak bukan nak riak ya. Jangan salah sangka. Che kak cuma kongsi rasa syukur sebagai mak yang tengok anak-anak bertatih membina masa depan. Anak-Anak Tak Sama, Rezeki Pun Tak Serupa Che kak ada tujuh orang anak, dan semuanya lain-lain perangai, cara belajar, dan pencapaian. Ada yang laju, ada yang steady, ada yang masih mencari arah. Tapi itulah kan... kita sebagai ibu, tak boleh nak banding-bandingkan.   Zaman sekarang ni, makin ramai anak muda yang terpengaruh dengan ayat macam: "Gagal SPM pun boleh jadi kaya." Ya, mungkin ada benarnya. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk tak mahu belajar. Ilmu bukan semata-mata untuk gaji. Ilmu tu lampu...