Bila Anak Dah Jumpa Rentak: Cita-Cita Tak Perlu Cepat, Asal Tak Berhenti Melangkah

Semalam Abang Ahyad tunjuk keputusan peperiksaan semester kedua.

Alhamdulillah. Tak sangka juga, dia mampu capai keputusan cemerlang.

Betullah orang tua-tua kata: “hero tok ggaduh.”

Diam tak diam, mungkin dia dah mula jumpa rentak dan minatnya.


Abang Aiman pula macam biasa, konsisten sapu bersih Anugerah Dekan setiap semester. Tapi che kak bukan nak riak ya. Jangan salah sangka. Che kak cuma kongsi rasa syukur sebagai mak yang tengok anak-anak bertatih membina masa depan.


Anak-Anak Tak Sama, Rezeki Pun Tak Serupa


Che kak ada tujuh orang anak, dan semuanya lain-lain perangai, cara belajar, dan pencapaian. Ada yang laju, ada yang steady, ada yang masih mencari arah.

Tapi itulah kan... kita sebagai ibu, tak boleh nak banding-bandingkan.

 


Zaman sekarang ni, makin ramai anak muda yang terpengaruh dengan ayat macam:

"Gagal SPM pun boleh jadi kaya."

Ya, mungkin ada benarnya. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk tak mahu belajar.

Ilmu bukan semata-mata untuk gaji. Ilmu tu lampu hidup. Bila kita ada ilmu, kita boleh kenal betul dan salah. Kita tahu hak dan tanggungjawab.

Ilmu itu tak pernah rugi.


Belajar Sampai Jumpa Diri Sendiri


Bila che kak tanya anak-anak yang sedang belajar di IPT ni:

 “Apa cita-cita kamu ni?”

Jawapan mereka jujur dan polos:

“Tak nampak bayang lagi, Umi.”


Tak apa.

Cita-cita tak semestinya kena nampak masa umur 18. Ada orang umur 30 pun masih mencari, tapi yang penting terus belajar dan terus berjalan.

Tak semua orang perlu belajar sampai PhD.

Kalau tak minat ke IPT, TVET pun ada, pusat kemahiran pun banyak.

Jangan malu belajar kemahiran.  Sekarang ni tukang paip pun boleh ada syarikat sendiri.

Janji buat kerja dengan amanah dan sungguh-sungguh.


"Kalau Tak Kerja Pun, Ilmu Tetap Bernilai"

Kadang-kadang orang tanya:

“Belajar tinggi-tinggi, kalau jadi suri rumah je, buat apa?”


Che kak jawab:

“Kalau kita jadi suri rumah pun, kita jadi ibu yang berilmu. Isteri yang faham hak. Pengurus rumah tangga yang tahu mengurus.”

Belajar bukan hanya untuk dapat kerja gaji besar. Tapi untuk jadi manusia berguna dalam apa jua keadaan.

Akhir Kata: Allah Dah Tulis Rezeki Kita, Tapi Kita Kena Usaha

Sekarang ni, che kak dah  bekerja.

Kerja ‘jaga manusia’ dari janin hingga jadi arwah.

Ya, nanti insyaAllah che kak cerita pekerjaan tu.


Yang penting, buat masa sekarang che kak harap:

Anak-anak terus belajar

Tak mudah putus asa

Tak mudah terpengaruh dengan ‘shortcut’

Sentiasa berusaha, berdoa dan bersyukur

Cita-cita boleh datang lambat. Tapi jangan berhenti melangkah.


#DidikanAnak #KisahCheKak #IlmuItuCahaya #PendidikanUntukSemua #CitaCitaBerbeza

Comments