Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN DAN KURSUS KESUKARELAAN JKM 2022

 Antara tugas-tugas unit Komuniti yang sempat che kak faham la hasil dari kursus ni. Kalau salah harap maaf. Kalau salah tulis atau tak tertulis tu maksudnya che kak duk dalam alam kayangan👻😆. 1. Sistem MyCorporate Care. PSK kena guna sistem ni untuk permohonan geran, bagi sumbangan dan perlu key in maklumat sukarelawan JKM nanti selepas sistem dikemaskini. 2. Bantuan khas perbendaharaan (BKP). Bantuan ni khusus untuk PSK yang berdaftar untuk mohon geran untuk jalankan program khusus berkaitan kebajikan. Kena hantar 4 bulan awal sebelum laksanakan program. 3. Bantuan kewangan kerajaan kepada PSK yang memenuhi syarat permohonan geran. Geran pula banyak jenis. Antara yang che kak ingat geran rangsum, pentadbiran, elaun khas murid oku, bengkel terlindung dan lain-lain.  4. Khidmat bantu di rumah (KBDR) atau homehelp. Pantau rekod dan ada lebih 12 lampiran berkaitan.  5. Projek Organisasi Komuniti (POK)   Projek ni khusus untuk memperkasakan  komuniti setempa...

LAWATAN KE BANDAR HILIR MELAKA

 Alhamdulillah. Fuh penat. Tapi best dan rasa sangat enjoy hari ini. Mata mengantuk badan pun penat.  Tapi rasa tak lengkap kalau tak tulis walaupun syok sendiri je menulis ni.😆 Siang tadi kursus tentang pemerkasaan komuniti. Alahai banyaknya kerja unit ni. Kalau tak buat, kita tak tahu pun cabaran tugas setiap unit.  Lepas solat zohor, peserta kursus telah di bawa ke tempat projek komuniti di Paya Lebar.  Projek Jabatan Perikanan untuk memperkasakan komuniti nelayan. Di samping kerja hakiki tangkap ikan di laut, depa juga dibantu buat projek macam-macam la berasaskan makanan laut. Sama macam JKM pun ada projek untuk komuniti. Eh malas la nak citer😅.  Kena tulis lain hari. Hari ni nak citer pasal jalan-jalan je. Next... Lepas tu kitorang di bawa ke bandar Hilir Melaka. Singgah solat di Masjid Selat Melaka. Tandasnya sangat bersih. 👍👍 Lepas tu gi jalan-jalan kat tempat bersejarah. Macam biasa la bergambar yang penting. Pada awalnya kitorang nak ber river crui...

KISAH BINTANG DI BALAI CERAP AL KAWARIZMI

 Macam biasa la teruskan kursus hari ketiga. Dengar dan cuba faham walaupun otak tak berapa nak serap. Tapi sebab keinginan nak tahu tugas hakiki unit baru yang che kak pegang ni, cuba juga kuat semangat. pergh ayat pujuk hati kalah budak nak ambil peksa spm🤣. Bila rasa mengantuk, sapu kat mata dengan tisu yang dah dibasahkan dengan air mineral free. Malas nak gi toilet basuh muka sebab sayang krim pelembap kat muka😴. Lepas tu hilang rasa mengantuk sebab urusetia suruh taip list PSK dari tahun 2010 lagi. Sorang taip sorang baca. Pinjam laptop urusetia. Maklum la team Kelantan tak bawa laptop😅. Lepas tu ada rezeki dapat makan durian. Ya Allah, rezeki durian runtuh sungguh. Nampak tak, walaupun kita tak mampu beli, kalau dah rezeki, Insya Allah dapat juga makan. Terima kasih Ya Allah. Masuk bilik, cepat-cepat mandi sebab takut roomate pengsan bau durian.😅 Bila perasan ada gambar che kak, Ya Allah buruknya perangai che kak😆. Rasa dah control ayu nak makan durian😅.  Malam ni...

PANTAI TANJUNG BIDARA

 Sakit kepala la pula. Tak tau la kenapa sakit ni. Diet tak makan nasi kot malam ni👻. Tapi kalau tak tulis cerita hari ini rasa tak lengkap pula.😅 Kompleks ni ada sekolah tahfiz. Under JAIM. Pagi tadi masa nak gi dewan, ternampak anak-anak tahfiz duk hafal quran. Ya Allah sayu je dengar suara depa.  Berbalik pada kursus hari ini, best juga la dengar sharing dari Puan Tooty Jamaludin. Rasa cerah biji mata. Seronok pula dapat hadiah apron bila dapat jawab kuiz😆. Syukur alhamdulillah sebab suami dan boss bagi keizinan join kursus ni.  Tapi che kak malas nak citer pasal input  kursus hari ni😂.  Petang tadi che kak berkesempatan singgah kat rumah lama suami kat sini. Lebih kurang 5,6 km je. Nasib baik roomate che kak sudi bawa sebab dia ada kereta. Pada awalnya nak tempah grab car je tapi tak pandai nak guna aplikasi depa. Kang salah tekan mau kena tinggal tepi jalan pula nanti😅😆😂.