Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Puisi: Demi Berkat Berjasa

Sempena Majlis Sayembara Apresiasi Disember 2014  JKMN Kelantan .. Tiada siapa yang suka ujian Tuhan Tidakku suka bencana melanda Namun apa daya sudah suratan Harus diterima dengan hati redha Musibah ini harus direnungi Penuh rasa hamba dalam sanubari Mencari cinta kasih Illahi Agar kita menjadi insan sejati Kita JKM warga pelaksana Terpikul amanah dibahumu Tekadkan dalam hatimu Demi berkat berjasa ** Demi BERKAT BERJASA tinggalkan anak isteri, Demi BERKAT BERJASA tinggalkan kekasih hati, Demi BERKAT BERJASA tinggalkan tugas hakiki, Demi BERKAT BERJASA mangsa kau dilindungi. ** Susah senang tetap dirasa, Ada suka ada duka, Lumrah alam adat biasa, Bukan semua hati dapat dijaga. Maaf bermaafan sesama kita, Lapang dada hati pun suka, Pakar motivasi kata, Ambil yang jernih macam kaca. Wahai insan yang diuji Marilah kita kembali Kepada Pencipta Abadi Agar hidup kita diberkati Bersatu padu bercerai roboh Jurang kita harus diroboh Muafakat membaw...

Puisi: Lilin Putih Itu

Lilin putih itu, membakar diri, kerna seseorang yang membakarnya. Setia membakar diri... hingga datang angin  terpadamlah ia. Cairan lilin menitis, panas di hujung jari. Tapi cepat sejuk, lalu membeku. Cahayanya suram, tidak sehebat cahaya neon. Namun cukup... cukup jadi pedoman suluhan, agar tidak teraba-raba mencari arah. Dia diperlukan seketika, bukan setiap masa. Sekecil api lilin itu masih menjadi kawan. Tapi bila ia jatuh... apinya mampu membaham apa sahaja di sekelilingnya. Akhirnya, api lilin itu tidak terlawan. Ia meranapkan apa sahaja hartamu. Lilin putih itu perlu ditatang, sayang. Lilin putih itu murah harga  tapi bisa bernilai pabila menjadi rebutan akibat pupusnya lilin. *serikandi tercipta*

Puisi: Sekeping Hati Yang Cekal

Dedikasi untuk petugas dan penyelia PDK terutama PDK Selising, PDK Gaal-Jeram, PDK Semerak dan PDK Limbongan.. Dengan sekeping hati yang cekal Kau ikhlas dalam kerjamu Dengan sekeping hati yang cekal Kau sabar dengan insan istimewa Dengan sekeping hati yang cekal Kau redha imbuhan tidak setimpal Dengan sekeping hati yang cekal Impianmu murni untuk anak syurga Sijil berframe bukan ukuran Untuk kau tabur bakti Kau 'guru' tidak diiktiraf Tapi itu kerjaya murni Anak didikmu tidak sempurna Air liurnya menjijikkan Muntahnya memualkan Najisnya tidak sanggup dilihat Amukan dia menakutkan Dia terlantar dibaringan Jalannya tidak sempurna Akalnya tiada kewarasan Tapi itu bukan nanah bagimu Kerana dijiwamu tersemat Sekeping hati yang cekal Untuk insan istimewa Disaat manusia tidak pandang Disaat manusia berpura-pura Dengan nama insan istimewa Kau insan terpilih untuk mereka Dengan sekeping hati yang cekal Setitis ilmu yang dibekalkan Kau ajar dengan ...

PUISI: DIA HANYA BUDAK

Hancur luluh, Remuk redam, Sendu pilu Mencengkam jiwa. Menahan air jernih Berkaca di kelopak mata, Bertakung, menanti gugur Bersama keluhan Nafas sesak di dada. Hayunan jari jemari, Tatapan demi tatapan, Mata terpaku Pada skrin gajet itu. Laman sosial pantas berbicara  Dia hanya insan tanpa dosa, Sejernih permata, Sewangi kasih tanpa noda. Tanpa dia, Sunyi dunia dewasa. Dia amanah. Dia ahli syurga. Dunianya hanya kasih sayang. Tidak mengerti Dunia fatamorgana. Kau bukan manusia, Kau juga bukan binatang. Kerana tiada kasih Dalam hatimu, Tiada naluri cinta, Tiada belas ihsan. Kau syaitan bertopeng manusia. Hatimu disaluti titik hitam, Tiada iman, Bertatah nama Tuhan. Tubuh kerdil itu... Jiwa kecil itu... Tak tertanggung Luka-luka yang berbirat. Darah merah suci mengalir, Biru lebam tak terbilang. Tiada lagi tangisan  Air jernih sudah kering. Hatinya hilang Rasa percaya pada duniamu. Dia hanya budak, Terkandung sebutir permata, Pewaris dunia dan akhirat. Dia hanya budak, Anugerah...