Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

EDIE: Gunung Kita Masih Jauh, Tapi Boleh Sampai

Duk tengah tekan-tekan remote sebab tak tahu nak tengok cerita apa… tiba-tiba tersangkut kat satu cerita pasal seorang wanita warga emas. Nampak dia tengah berjalan sorang-sorang. Tertarik hati. Namanya Edie. Umur 83 tahun. Impian dia? Nak daki gunung di Scotland. Tapi bukan semata-mata sebab suka hiking, ini impian lama mendiang ayahnya yang tak sempat ditunaikan. Sebab apa? Sebab Edie habiskan 30 tahun hidupnya jaga suami yang sakit. Suami meninggal, ayah pun dah lama pergi… tapi impian tu masih hidup. Bayangkan, 83 tahun… nak daki gunung. Kalau ikut logik, memang nampak mustahil. Tapi itu la magiknya bila seseorang tu ada impian yang kuat dan ‘big why’. Che kak ni pulak nak daki gunung? Panjat tangga cuci kipas pun gayat giler tahap gaban. Inikan nak panjat Bukit Keluang. Tapi layan jugak cerita ni sampai habis. Terberangan juga nak merantau lepas bersara. Tapi kena la simpan duit dulu ye dak?" 😜 Apa yang buat cerita Edie ni lain macam best? 1. Impian Tak Ada Tarikh Luput Tak ...

CERITA TAYAR BOCOR DI TENGAH JALAN

 Tengah syok layan tazkirah ustaz Manis FM, tiba2 dengar bunyi gegar. Eh bunyi apa tu.  Berhentikan kete tepi jalan. Sebelum tu bagi signal dulu. Kan marah orang belakang pulak. Alamak tayar kete kempis daaa. Masuk dalam kete, kunci pintu, duk diam2 dulu. Tarik nafas dulu. Bukak tepon, bukak cimbclick. Transfer duit kutu dulu. Lepas tu wasap kat grup opis maklum lewat masuk opis.  Nak call pomen tayar, duit cash dalam beg langsung takde. Che kak tak sampai hati nak cakap "saya hutang dulu ye" kalau pomen datang tukar tayar.  Nak bawa kete ke kedai yang berdekatan, tayar dah kempis sangat. Nak tukar sendiri, memang tak laaa. Alhamdulillah, opismate datang tolong tukar tayar spare. Elok je siap tukar tayar, hujan pun turun dengan lebatnya. Sampai kat opis 8.32 pagi. Sekian cerita hari ini. Jap agi kita g kedai tayar lepas settle laporan yang hq nak semalam. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.

Nikmat yang Tak Terhitung – Menghayati Erti Syukur dalam Kehidupan Harian

Dalam kesibukan hidup yang serba pantas ini, kita sering terlupa untuk berhenti sejenak dan menghargai apa yang kita miliki. Kita terlalu fokus mengejar apa yang belum ada sehingga lupa untuk mensyukuri apa yang sudah di genggaman. Namun, penghayatan terhadap erti bersyukur adalah salah satu kunci ketenangan dan kebahagiaan sebenar dalam hidup. Apa Itu Bersyukur? Bersyukur bukan sekadar menyebut "Alhamdulillah" selepas menerima sesuatu. Ia adalah satu bentuk kesedaran jiwa bahawa segala nikmat – kecil atau besar – datang daripada Allah SWT. Ia juga bermaksud menerima dan redha dengan ketentuan hidup, sambil terus berusaha memperbaiki diri dan kehidupan. Mengapa Bersyukur Penting? Ketenangan Jiwa Bila kita bersyukur, kita kurang mengeluh. Jiwa menjadi lebih damai kerana kita sedar bahawa kita telah pun memiliki banyak perkara yang orang lain mungkin masih impikan. Menarik Lebih Banyak Kebaikan Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 7: "Sesungguhnya jika kamu ...

KUIH APAM BALIK SEDAP, LEMBUT DAN KURANG MANIS

 Kuih apam balik antara feveret che kak. Biasanya abang Aiman yang tolong gi beli apam balik sebab dekat dengan sekolah dia.  1st makan tu, sedapnya. Lembut, sedap, manis sederhana yang paling penting takde rasa macam kapur tu. Apa dah nama alaaa lupa la. Baking soda ke apa nama.  Tak pernah lagi setakat ni che kak makan sesedap rasa apam balik che adik ni. Eh tak tau la dia ni kakak ke adik🤣🤣.  Tadi balik keje, che kak singgah beli. Sambil tu che kak berbual dengan dia. Sambil puji apam balik dia sedap. Dia senyum je la. Eh che kak ikhlas tau puji.  Che kak tanya nama sebab teringat ustaz kata kalau tak tanya nama kita tergolong dalam golongan orang yang zalim. 😅 Che kak tanya juga, jual kat pasar malam juga ke? Katanya dulu jual nasi. Tapi sejak PKP dia tak jual dah sebab susah dengan anak kecik.  Mungkin tak leh bawa baby dan takde orang jaga masa dia nak keluar berniaga.  Eh 'lapar bual' la pulak. 🤣🤣 Tapi bagusnya dia jual depan rumah. Walaupu...

AIB DIRI SENDIRI

 Hari ni tazkirah tajuk "Aib Diri Sendiri"  Ustaz Manis fm bagitau aib ni maksudnya kekurangan. Bukan malu. Kita cek aib kita sendiri bukan aib orang.  Bagaimana cara kita nak tahu aib kita dan cara nak baiki aib kita.  Che kak tak ingat nama kitab yang ustaz sebut tadi. Tapi sempat la ingat apa yang Imam Ghazali ada mengatakan cara-cara nak tahu aib kita.  Ada 4 cara kita nak tahu aib kita.  Kita kena bersama tok guru. Tok guru lebih tahu tentang kekurangan kita. Maka tok guru akan tegur kekurangan kita.  Tapi apabila tok guru tegur aib kita, jangan la pula kita lawan balik. Dengar la apa kata tok guru. Tok guru tegur kita sebab sayang kat kita.  Allah bagi kelebihan tok guru tengok kekurangan dan kelebihan anak muridnya.  Selain tok guru, sahabat soleh juga memainkan peranan penting melihat aib kita. Sahabat soleh akan tegur sebab sayang kat kita dunia akhirat.  Sahabat soleh akan tegur aib kita depan-depan kita bukan dengan cara post ...

Punca dan Penyelesaian Stress

Stress Memanjang? Cek Balik Solat & Dosa Kita Tadi che kak sempat dengar satu perkongsian daripada Ustaz di Manis FM. Tajuknya ringkas tapi ‘kena batang hidung’ — Punca dan Penyelesaian Stress. Iyalah… Stress ni memang dah jadi lauk harian kita. Pagi-pagi stress hadap jem. Sampai tempat kerja, stress dengan rakan sepejabat, bos pula semacam. Balik rumah, stress pula dengan pasangan, anak-anak, tugas rumah tak habis-habis. Kadang stress pun tak tahu dari mana datang. Dan ya, ramai yang luah stress kat media sosial. Tapi lepas luah, kadang bukan tenang — bertambah stress sebab ada pula yang mengecam, buat lawak tak kena tempat, atau bagi nasihat yang tak diminta. 🤣🤣 Punca Stress: Bukan Sekadar Dunia Luar Ustaz sebut, stress ni bukan datang dari persekitaran semata-mata. Kadang kita sendiri penyebab utama. Contohnya? Kita ni terlalu mengejar kesempurnaan. Nak anak dapat 100%. Nak rumah sentiasa kemas. Nak suami layan macam dalam drama. Nak isteri masak, layan anak, kerja, semua 5 bi...

Bantuan Kerajaan: Ringan Tapi Bukan Solusi Sepenuhnya

💸 Bantuan Kerajaan Tak Cukup, Tapi Ringan Beban Sebanyak mana pun bantuan kerajaan diberi, ia memang takkan cukup untuk tampung kos sara hidup sepenuhnya. Tapi... ia tetap boleh meringankan sedikit beban , terutama bagi mereka yang hilang punca pendapatan akibat polemik COVID-19 . Ramai yang diberhentikan kerja. Yang berhenti kerja sendiri sebelum COVID, maaf cakap , memang tak diambil kira sebab berhenti tanpa perancangan kewangan bukan langkah bijak. Rezeki memang Allah tentukan, tapi usaha dan strategi tetap kena ada. 💡 Jadikan Bantuan sebagai Modal, Bukan Semata Bantuan Gunakan bantuan itu sebagai modal berniaga. Sekarang ini,  trend berniaga memang ‘jalan keluar’ yang ramai ambil . Tak kisah berniaga apa pun – ikut  minat dan peluang . Yang penting jangan terus masuk bisnes modal besar sampai sanggup  berhutang dengan orang . Mulakan kecil-kecilan. RM500-RM2000 pun dah cukup , macam yang Puan Ainon selalu pesan. 🤦‍♀️ Che Kak Dah Kena Dah… Che Kak dulu pernah...

Tayang Kebaikan: Dapat Pahala atau Riak?

Tadi che kak dengar perkongsian tentang topik riak kat medsoc.  🌟 Hukum Menunjuk Kebaikan di Media Sosial: Hukumnya: HARUS, bergantung kepada niat. Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) ✅ Bila boleh tunjuk kebaikan? ✔️ Tujuan untuk memberi inspirasi dan galakan. Contoh: Tunjuk video beli makanan dan sedekah pada orang susah – supaya followers terinspirasi dan buat sama. ✔️ Dengan syarat: 1. Niat ikhlas kerana Allah, bukan untuk dapat pujian. 2. Lepas buat, 'lupakan' amalan tu jangan simpan dalam hati atau jadikan ia modal untuk rasa hebat. 3. Jangan anggap diri lebih baik dari orang lain yang tak tunjuk kebaikan mereka. ❌ Bila jadi berdosa atau riak? 🚫 Bila niat mula berubah kepada: Nak orang puji kita. Rasa diri lebih baik dari orang lain. Komen-komen pujian mula buat kita seronok dan bangga diri. Riak itu termasuk dalam syirik kecil. ⚖️ Amalan yang lebih baik disembunyikan: Ada juga amalan ...