EDIE: Gunung Kita Masih Jauh, Tapi Boleh Sampai

Duk tengah tekan-tekan remote sebab tak tahu nak tengok cerita apa… tiba-tiba tersangkut kat satu cerita pasal seorang wanita warga emas. Nampak dia tengah berjalan sorang-sorang. Tertarik hati.

Namanya Edie. Umur 83 tahun.

Impian dia? Nak daki gunung di Scotland. Tapi bukan semata-mata sebab suka hiking, ini impian lama mendiang ayahnya yang tak sempat ditunaikan. Sebab apa? Sebab Edie habiskan 30 tahun hidupnya jaga suami yang sakit. Suami meninggal, ayah pun dah lama pergi… tapi impian tu masih hidup.

Bayangkan, 83 tahun… nak daki gunung.



Kalau ikut logik, memang nampak mustahil. Tapi itu la magiknya bila seseorang tu ada impian yang kuat dan ‘big why’.

Che kak ni pulak nak daki gunung? Panjat tangga cuci kipas pun gayat giler tahap gaban. Inikan nak panjat Bukit Keluang. Tapi layan jugak cerita ni sampai habis. Terberangan juga nak merantau lepas bersara. Tapi kena la simpan duit dulu ye dak?" 😜

Apa yang buat cerita Edie ni lain macam best?

1. Impian Tak Ada Tarikh Luput

Tak kira umur berapa pun, selagi hidup, impian masih sah untuk dicapai. Kadang kita sendiri simpan impian, tapi peram dalam hati sebab fikir “dah terlambat”. Belajar dari Edie, umur bukan penghalang. Jiwa yang putus asa tu baru penghalang sebenar.

2. Mentor & Support System

Dalam perjalanan dia, Edie terserempak dengan seorang pemuda. Muda baya cucu. Tapi dia la yang jadi mentor Edie: ajar cara berkhemah, bina stamina, sediakan gear mendaki.

Kita pun sama. Nak capai impian, cari mentor. Tak kira muda ke tua, ilmu dia yang penting.

3. Kena Hati Kering Kalau Nak Berjaya

Ramai pandang rendah pada Edie. Tapi dia tak peduli. Sebab impian tu milik dia, bukan milik orang. Kalau ikut cakap orang, memang tak ke mana. Jadi hati kena kental. Jangan biar semangat kita terkulai di tasik daun teratai.

4. Tahu Bila Nak Buang Beban

Sikit lagi nak sampai puncak, Edie lepaskan beg galas dia. Terlalu berat. Kadang kita pun kena buat benda sama iaitu lepaskan beban emosi, orang toksik, atau benda yang melambatkan perjalanan kita.

5. Kalau Hujan, Cari Tempat Berteduh, Bukan Berhenti

Edie kena ribut, khemah melayang. Tapi dia tak give up. Jalan juga, akhirnya jumpa bangsal pemburu. Pemburu tu? Nampak ganas tapi rupanya baik. Siap bagi breakfast lagi!

Rezeki tak sangka-sangka, datang bila kita teruskan langkah.

6. Ingat Mak Kita Kat Rumah

Edie naik gunung sorang-sorang. Mentor dia risau dan keluar cari dia.

Kita pulak… mak kat kampung sorang-sorang, ada kita jenguk? Kalau musim Covid dulu, jangan balik kalau bergejala, tapi ambil tahu tu tetap tanggungjawab.

7. Slowly Tapi Sampai

Akhirnya… Edie sampai juga ke puncak gunung. Bukan sebab dia kuat. Tapi sebab dia tak berhenti. Dia teruskan walaupun perlahan.

Cerita Edie ni bukan cerita “drama heavy” penuh plot twist. Tapi dia cerita tentang kekuatan manusia yang biasa. Buat benda luar biasa.

 “Kita ni pun ada gunung sendiri. Tak kisah kecil ke besar, fizikal ke impian hidup. Soalannya: kita nak panjat ke tak?”

Simpan impian. Usaha. Cari mentor. Buang beban. Dan teruskan langkah walau perlahan.

Gunung kita masih jauh… tapi kalau terus mendaki, sampai juga.

#Edie

#ImpianTakBerakhir

#JiwaKentalUmurTakPenting












Comments