"Kalau Otak Bijak, Che Kak Nak Belajar Semua Bahasa di Dunia!" Sekiranya che kak dikurniakan otak pintar , memang che kak nak belajar SEMUA bahasa & tulisan atas muka bumi ni dari Tulisan Rumi, Arab, Jawi, Hindi, Mesir Kuno , sampailah ke Bahasa Eskimo, Korea, Perancis dan Tamil . Che kak minat betul tengok huruf-huruf pelik yang cantik tu bergerak dalam filem dan dokumen sejarah. Che kak suka tengok filem The Mummy – boleh pula depa translate bahasa Mesir kuno dengan fasihnya. Tapi tak pula depa tukar jadi orang Mesir! 😜 Tengok tu... bahasa bukan untuk tukar bangsa , tapi untuk faham budaya dan komunikasi sesama manusia . 📌 Bahasa Jiwa Bangsa Setiap bangsa ada keunikan dalam bahasa dan tulisannya. Bila kita belajar bahasa mereka, kita sedang belajar cara mereka berfikir dan rasa . Kita belajar empati, adab, dan hormat . 📌 Jawi, Khat & Identiti Kita Che kak tertarik sangat dengan tulisan JAWI dan KHAT . Tulisan ini bukan sekadar seni, tapi sebahagian da...