Bahasa Jiwa Bangsa, Tulisan Warisan Kita

"Kalau Otak Bijak, Che Kak Nak Belajar Semua Bahasa di Dunia!"

Sekiranya che kak dikurniakan otak pintar, memang che kak nak belajar SEMUA bahasa & tulisan atas muka bumi ni dari Tulisan Rumi, Arab, Jawi, Hindi, Mesir Kuno, sampailah ke Bahasa Eskimo, Korea, Perancis dan Tamil. Che kak minat betul tengok huruf-huruf pelik yang cantik tu bergerak dalam filem dan dokumen sejarah.

Che kak suka tengok filem The Mummy – boleh pula depa translate bahasa Mesir kuno dengan fasihnya. Tapi tak pula depa tukar jadi orang Mesir! 😜 Tengok tu... bahasa bukan untuk tukar bangsa, tapi untuk faham budaya dan komunikasi sesama manusia.


📌 Bahasa Jiwa Bangsa

Setiap bangsa ada keunikan dalam bahasa dan tulisannya. Bila kita belajar bahasa mereka, kita sedang belajar cara mereka berfikir dan rasa. Kita belajar empati, adab, dan hormat.


📌 Jawi, Khat & Identiti Kita

Che kak tertarik sangat dengan tulisan JAWI dan KHAT. Tulisan ini bukan sekadar seni, tapi sebahagian dari sejarah Melayu dan Islam. Malangnya, makin hari makin pupus.
Bukan semua orang suka. Tak apa. Kalau demo tok sir belajar, tok soh belajar. Tapi JANGAN halang ore lain nok belajar.



✅ Kesimpulan Che Kak:

Tak salah pun kalau kita belajar bahasa orang lain. Tapi sangat rugi kalau tulisan warisan sendiri kita tinggalkan.

#BahasaJiwaBangsa
#RinduTulisanKhat
#CheKakSayangJawi

Comments