Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Shopee: Terklik Tanpa Sedar

Rasa nak tercabut jantung bila terperasan terbayar barang di shopee. Kemurunge sero. Entah masa mana terklik pun tak tahu la. Time tu che kak tengah sibuk entertain team audit En Bun. Mana la che kak sempat nak scroll shopee. Cepat-cepat suami che kak cancel order dan pm seller. Tapi seller tak respon.  Terus che kak delete cara bayaran tu. Tobak la hum dah nak save siap-siap no kad debit. RM500 lebih bohhh. Terklik bayar pula barang yang dijual secara bundle. Che kak nok wat gonamo banyok gitumo.😭😭 Semalam che kak tunggu juga dengan harapan order dicancelkan. Takde la tunggu macam tu je. Sambil layan movie seram. Hehe. Bertambah seram kalau duit melayang.  Alhamdulillah. Rezeki masih ada. Nasib baik shopee auto cancelled.

ADA APA PADA NAMA?

 Throwback "We, lamo name tag sayo ni. 22 tahun doh ni umur dio". Riak tahap dewo🤣.  Beberapa jam selepas itu, terus hilang dari radar. Ghaib tanpa jejak.  Penat peroh otok cuba mengingati  kronologi kehilangan name tag tu, tapi masih gagal untuk kembalikan memori itu. Buat kronologi kes laporan penguatkuasaan pusat jagaan pun tidak sesukar mencari name tag ghaib.  Akhirnya terpaksa berdamai dengan takdir. Terpaksa terima hakikat tiada yang kekal di dunia ini.  Saje je duk teringat nama ni sebab duk tengah fikir nak bagi nama 'rumah' yang baru, hajatnya. Terasa segan pula nak teruskan domain haslizaxxxxxx. Netkl dah bagi sebut harga untuk renew domain.😅 Teringin sangat nak hasliza.com tapi harganya sangat premium. Pesanan buat anak-anak, umi takde harta nak ditinggalkan. Cuma ada 2 buah 'rumah' yang kena renew setiap tahun. Nanti tolong bayar deh☺️