Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2021

APA YANG BEST MOVIE KUNG FU PANDA 3

Tengah syok layan Kung Fu Panda 3. Sedap betul ceritanya. Tiba-tiba terlelap. Anak pun apa lagi, terus tukar channel. Yelah, maknya dah tidur. Tapi entah macam mana, mata ni terus automatik terbuka  dan keluar suara: "Umi nak tengok cerita ni..." Anak pandang dengan muka blur bercampur pelik.  Haha. Siapa pernah jadi macam ni? ๐Ÿ˜… Sebenarnya, walaupun cuma kartun, Kung Fu Panda ni banyak pengajaran hidup. Bukan sekadar lawak atau aksi comel si Po. Yang paling terkesan… ๐ŸŒŸ Kita bukan nak ubah orang jadi macam kita. ๐ŸŒŸ Dan kita pun bukan nak ubah diri kita jadi macam orang lain. ๐ŸŒŸ Kita kena cari potensi dalam diri sendiri. Dalam cerita tu, Po belajar yang dia tak perlu jadi macam Sifu, atau ikut gaya ayah panda dia. Dia cuma perlu jadi Po yang sebenar. Gunakan keunikan diri sendiri untuk bantu orang lain dan capai sesuatu yang besar. Kadang-kadang kita sibuk nak jadi macam orang lain yang nampak berjaya, yang nampak sempurna. Tapi sebenarnya, bila kita kenal dan terima diri sen...

MAKAN NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

 Hadoi mata dah nak melalikan diri sebab baru je lepas makan nasi dagang ikan tongkol bukan ikan tenggiri. Singgah beli sebelum masuk opis tadi. Tapi silap bayar harga gulai ayam sebab bungkus siap dan ambil dalam bekas siap tagging. Halalan toyyiban je la sebab mungkin silap sendiri.  Walaupun hari ni jadual bekerja dari rumah, tapi banyak keje kena hadap pc dan line kat kat rumah macam siput merayap kat tepi sawah padi. Bukan sebab nak tunjuk rajin ๐Ÿ˜ tapi masa dah semput ke hujung bulan banyak la keje hakiki menanti. Sambil tu jenguk kat grup sebelah, eh terbakar rentung dan terus klik oder kat forever 2u dan cek akaun duit dalam cimb dan nasib ada lagi baki.  Penangan selalu oos, terus sambar sonya refining gel mask, kita tepek kat muka sebelum tido terus glowing nanti. #chekakforever

Doa Dah Sampai, Tapi Mata Masih Tertutup

๐Ÿ’ก 1. Doa Tanpa Usaha Tidak Mencukupi “Dah doa tapi Allah tak makbulkan.” Kisah orang yang hanyut di laut tu ibarat manusia yang menunggu keajaiban tanpa mengenal bentuk bantuan yang Allah hantar. Kapal-kapal itulah bentuk pertolongan — kadang bantuan hadir dalam bentuk peluang, orang, nasihat, pekerjaan, malah ujian . ๐Ÿ‘️ 2. Ramai Yang Tak Nampak Pertolongan Allah “Kita yang tutup pintu hati kita… tak nak buka mata luas-luas.” S ikap tak bersyukur dan tidak menyedari nikmat kecil yang Allah beri . Kadang-kadang, bila bantuan itu tak datang dalam bentuk yang kita harapkan, kita anggap Allah tak makbulkan doa. ⚠️ 3. Ketagih Bantuan Sampai Lupa Usaha “Tak pergi kerja sebab selesa dengan RM450.” Ini teguran serius terhadap mentaliti selesa dalam kesusahan . Bantuan sepatutnya menjadi batu loncatan, bukan tempat bersandar selama-lamanya . ๐Ÿง  4. Miskin Harta Boleh Dibantu, Tapi Miskin Jiwa Itu Payah “Susah kalau diri sendiri yang selesa dengan kepompong miskin. ...

Bila Menantu Jadi Tulang Belakang, Anak Sendiri Lepas Tangan

Di sebalik dinding rumah kampung yang usang, ada seorang wanita bernama Zu (bukan nama sebenar) yang menjalani kehidupan jauh lebih berat daripada usia mudanya. Dia bukan selebriti, bukan tokoh masyarakat, hanya wanita biasa yang memikul beban luar biasa. Zu tinggal bersama mentuanya. Bapa mentua terlantar lumpuh akibat strok. Dari urusan mandikan, tukar lampin, suap makan, sapu ubat, hingga mengemas rumah semuanya diurus oleh Zu seorang diri. Apa yang lebih memilukan, suaminya sendiri, anak kandung kepada bapa mentua tidak mahu terlibat. “Penat kerja,” katanya. Tapi penat isteri yang menjaga orang tua mereka siang malam, tidak pernah menjadi soal. Lebih menyayat hati, mulut si bapa mentua masih tajam seperti dulu. Seringkali menyumpah seranah jika Zu lambat mengurus. Namun bila anak-anak lain balik kampung sekali-sekala, merekalah yang dipuji. Padahal mereka datang hanya untuk makan, berswafoto, dan keluar membeli-belah. Urusan menjaga ayah? Langsung tidak disentuh. Mereka tak pernah ...

Iman Tak Dapat Diwarisi: Amanah Besar Sebagai Ibu Bapa

๐Ÿ•Œ 1. Jangan Cepat Menghukum Anak Orang Lain Menggelar anak orang sebagai "setan" hanya kerana mereka tersasar adalah sikap yang tidak patut. Kita tidak tahu ujian yang sedang dilalui ibu bapanya. Bahkan, anak yang "nakal" hari ini, mungkin lebih baik daripada kita di masa hadapan. “Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa.” Benar sekali. Setinggi mana pun ilmu dan amal seorang ibu bapa, anak tetap makhluk berbeza yang punya pilihan sendiri. Yang boleh kita buat hanyalah usaha, doa, dan istiqamah dalam mendidik. ๐Ÿ‘ช 2. Didikan Anak Adalah Tanggungjawab Bersama Bukan hanya ibu. Bukan hanya ayah. Kedua-duanya mesti berganding bahu dari segi akhlak, solat, pergaulan, kebersihan, keselamatan, dan cara berfikir.  ๐ŸŒŸ Didik melalui teladan. Anak-anak lebih mudah meniru daripada mendengar nasihat. Kalau nak anak jujur, ibu bapa kena jujur. Kalau nak anak hormat guru, ibu bapa kena hormat guru juga. ๐Ÿ’ฐ 3. Jaga Sumber Rezeki Rezeki yang halal bukan sekadar untuk...

Kita Tetap Raya Gaya Kita

  ๐ŸŒ™ Walaupun Raya Kali Ni Suram, Kita Tetap Raya Gaya Kita ๐ŸŒ™ Raya kali ni mungkin tak semeriah tahun-tahun lepas. Tapi che kak tetap nak raikan ikut cara sendiri. ๐Ÿ“ธ Baju raya? Tetap beli/ tempah jugak. Walaupun sekadar nak OOTD depan rumah je. Raya tetap raya, kenangan tetap nak cipta. ๐Ÿช๐Ÿฐ Kuih raya, kek, ketupat, lemang, tapai, rendang semua che kak sediakan jugak. Mana sempat buat sendiri, kita buat. Mana tak reti dan malas (che kak la tu ๐Ÿ˜), kita tempah je. Yang penting: Kita ada pilihan. Kalau rasa mahal, jangan beli. Kalau rasa tak berbaloi, jangan tempah. Takde sapa paksa. Jangan banding-banding harga dengan peniaga lain macam kita tau susah senang depa masak tu. Nak masak ketupat pun che kak dah rasa macam nak jeluok. Ya Rabbi, renyah nau nau. Anak bertuah pun tak reti nak tolong, asyik lesap je time dapur berasap. ๐Ÿ˜ Kalau rasa berbaloi, che kak tempah je. Bayar, terima, makan, habis. Kalau tak rasa berbaloi, duk diam-diam. Tak payah komen pedas. Kita semu...

Detik Terakhir di Tanah Haram: Antara Sakit, Air Mata & Doa yang Dimakbulkan

Antara kenangan terakhir bulan Ramadan yang paling terkesan di hati Che Kak... ialah saat diberi rezeki untuk bersolat di Raudhah. Ketika itu, rombongan sudah bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia. Che Kak masih belum berpeluang masuk ke Raudhah. Dalam bilik hotel, Che Kak solat Taubat dan solat Hajat. Mohon bersungguh-sungguh dengan Allah  “Ya Allah, izinkan aku sekali sahaja, solat di taman syurga-Mu...” Dan Allah... Maha Mendengar. Saat-saat terakhir sebelum pintu ditutup, Che Kak diberi ruang… menyelinap masuk ke kawasan Raudhah. Namun ujian datang juga. Tiba-tiba, beberapa kumpulan wanita berebut masuk, Langkah, tolak, pijak… Che Kak yang kecil ni, telah rebah. Tak mampu buat apa — hanya mampu menjerit dalam hati: "Allahu Akbar… Allahu Akbar…" Sakitnya Ya Allah... Ditelan, ditahan. Namun, dalam hiruk-pikuk itu, mak guard Arab sempat tarik tangan Che Kak. Dapat bangun… terus melangkah masuk. Air mata terus berjurai, tanpa henti. Masya Allah… Tiba-tiba muncul seorang ...

HARI RAYA AIDILFITRI PKP 3.0 2021

 Hari ni che kak cuti (12.5.2021) Bantu kerajaan berjimat cermat. Ye laaa, duk membazir je bayar elektrik bilik che kak๐Ÿ˜‚. Memang tak buat keje dah pun๐Ÿคฃ.  Mood keje duk dalam lautan pasifik.  Memang macam tu la.  Akan ada hari2 lemau tahap gaban.  Lepas pulun settle bayaran bantuan bulanan, otomatik tak leh nak hipokrit tunjuk rajin dah. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ So, hari ni che kak pi beli daging sebab nak masak rendang esok.  Tadi che kak pi beli sekilo daging dengan harga rm35.  Singgah umah ma, nasib baik dekat je. Hantar duit raya dan duit orang tempah baju dan ketupat.  Kata Nabi, kena bayar hasil titik peluh orang sebelum kering peluhnya. Lebih kurang la kot terjemahannya. Nanti che kak google balik.  Kesian juga kat ma. Walaupun rumah che kak dekat je, takleh nak gi ziarah raya juga esok.  Alhamdulillah, sambil2 gi hantar ketupat kat kawan che kak, dapat rezeki kek.  Che kak memang teringin sangat nak makan kek buah dan kek puding karamel. Alha...

SAMBUTAN HARI RAYA PKP 3.0 13.5.2021

  Agenda pagi raya 13.5.2021 Mandi sunat aidilfitri✔️ Makan ✔️ Takbir raya✔️ Solat sunat aidilfitri✔️ Kutbah aidilfitri✔️ Salam raya✔️ Snap gambar raya✔️ Video call ✔️ Edit fesbuk๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Menu Nasi putih Pulut kuning Ketupat Gulai ayam Rendang  Kek buah Kek pisang Puding karamel Biskut raya Karipap mini Air teh o Air kopi Arman Hasliza Aiman Ahyad Aulia' Aqilah Afnan Aimi Awaatif

HAPPY ANIVERSARY KE 18

 Hari ni aniversary che kak yang ke 18. Alhamdulillah rezeki che kak dapat suami yang sangat baik. "Walau pun sentiasa perang dunia, tapi manisnya sebuah pendamaian". 14.5.2003 - 14.5.2021 Abang long vs kak long