Antara kenangan terakhir bulan Ramadan yang paling terkesan di hati Che Kak...
ialah saat diberi rezeki untuk bersolat di Raudhah.
Ketika itu, rombongan sudah bersiap untuk berangkat pulang ke Malaysia.
Che Kak masih belum berpeluang masuk ke Raudhah.
Dalam bilik hotel, Che Kak solat Taubat dan solat Hajat.
Mohon bersungguh-sungguh dengan Allah
“Ya Allah, izinkan aku sekali sahaja, solat di taman syurga-Mu...”
Dan Allah... Maha Mendengar.
Saat-saat terakhir sebelum pintu ditutup,
Che Kak diberi ruang…
menyelinap masuk ke kawasan Raudhah.
Namun ujian datang juga.
Tiba-tiba, beberapa kumpulan wanita berebut masuk,
Langkah, tolak, pijak…
Che Kak yang kecil ni, telah rebah.
Tak mampu buat apa — hanya mampu
menjerit dalam hati:
"Allahu Akbar… Allahu Akbar…"
Sakitnya Ya Allah...
Ditelan, ditahan.
Namun, dalam hiruk-pikuk itu,
mak guard Arab sempat tarik tangan Che Kak.
Dapat bangun… terus melangkah masuk.
Air mata terus berjurai, tanpa henti.
Masya Allah…
Tiba-tiba muncul seorang gadis sangat cantik,
memeluk dan mencium pipi Che Kak.
Tak kenal. Tak tahu dari mana.
Tapi pelukan tu... rasa sejuk, tenang, terharu.
Nampak sahaja karpet hijau,
terus angkat takbir.
Mulanya tiada ruang langsung.
Tapi Allah bukakan ruang, walau sempit.
Cukup untuk Che Kak bersujud.
4 rakaat, 2 salam.
Dan satu hati yang tak henti bersyukur.
Pulang ke hotel,
semua orang dah sibuk masukkan beg ke dalam bas.
Sampai rumah...
orang dah nak solat raya,
Che Kak? Demam terus tidur.
Baju raya pun tak sempat pakai untuk gambar famili. 😂
Tapi hati ni tetap bahagia.
Sebab Allah makbulkan doa kecil yang paling besar nilainya.
Semoga Allah izinkan kita kembali ke sana.
Dan kali ini, semoga lebih ramai yang dapat rasa nikmat sujud di taman syurga-Nya. 🤲
Comments
Post a Comment