Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

JANGAN IRI HATI PADA GOLONGAN B40 DAN M40 DALAM PAKEJ PRIHATIN

Jangan la kita dengki dengan kumpulan B40 dan M40. Walaupun kumpulan B40 dan M40 bakal mendapat manfaat bantuan yang diumumkan PM semalam, namun mereka bukannya boleh jadi kaya raya taraf jutawan. Bantuan tersebut mampu memberi nafas lega sementara mereka hilang pendapatan dalam tempoh PKP ni. Golongan T20 sepatutnya bersyukur kerana mereka dah biasa hidup senang dan selesa. Selama ini mereka boleh bermewah dengan barang2 berjenama dan makan makanan yang sedap. Boleh melancong baik dalam negeri mahupun luar negeri. Kalau ada rezeki yang PM umumkan, alhamdulillah. Kalau tak tersenarai sebagai penerima, janganlah disimpan perasaan tak puas hati. Tak nak bantu meringankan beban golongan B40, duk diam2. Jangan dibising tuntut hak seolah2 dalam bank engkorang dah zero RM. Cek diri sendiri.  Duit korang ke mana perginya selama ini. Cek bawah garaj korang. Kereta apa korang pakai. Cek juga la beg dan pinggan mangkuk korang jenama apa. Lepas cek korang punya harta,...

STAY AT HOME SEMASA PKP

Orang yang nak berpolitik dan mempolitikkan isu covid19, biarkan je la. Dah memang kerja diorang. Memang bidang tugas diorang.  Tak best la kan hidup tanpa mempolitikkan semua isu walaupun melibatkan nyawa. Apa yang kita boleh buat, abaikan mereka. Tak payah layan dan memberi respon walaupun rasa geram dan nak marah.  Block aje la mereka dalam alam maya. Fokus sahaja kepada peranan dan tanggungjawab masing2. Tugas kita sebagai rakyat #stayathome. gambar google Buat la apa sahaja aktiviti dalam rumah. Kalau diorang post dalam fb, ig, segala aktiviti dalam rumah, biarkan aje lah.  Tak payah la kita nak komen, alaa nak menunjuk2 la, tak jaga hati perasaan orang la. Dah wall diorang. Asalkan diorang dah laksanakan tanggungjawab #stayathome. Kalau terputus sumber bekalan makanan akibat tiada wang belanja, rujuk la kepada YB kawasan masing2. Che kak percaya, YB2 akan membantu rakyatnya yang susah. Kepada ahli dermawan yang bermurah hati nak memberi sumb...

Beribadah Dengan Ilmu, Bukan Emosi

Teringat satu kisah  seorang ahli ibadah yang akhirnya mati dalam kekufuran. Hampir seluruh hidupnya dihabiskan untuk beribadah,  namun di hujung nyawa tersasar juga. Kenapa? Dia tahu arak itu haram. Tapi dia minum juga. Katanya, untuk “meningkatkan kemanisan dalam ibadah.” Padahal ilmu sudah jelas arak itu memudharatkan dan haram. Inilah akibat ibadah tanpa ilmu. Niat suci tak cukup kalau cara salah. Dalam dunia kita hari ini, kisah itu masih berlaku dalam bentuk lain. Covid-19, misalnya. Kita tahu ia memudaratkan. Kita tahu bahayanya, bukan sekadar pada diri, tapi pada keluarga, masyarakat, bahkan satu dunia. Namun, ada juga yang degil dan selfish, konon atas nama: “Takutlah Allah, jangan takut virus.” Tapi… takut pada Allah itu sepatutnya buat kita lebih bertanggungjawab. Kerana Allah sendiri melarang kita dari mencampakkan diri dalam kebinasaan. 🌙 Ibadah tak semestinya di masjid. Di rumah pun boleh: – Solat tahajud, – Solat jemaah dengan keluarga, – Baca Quran, – Ajar a...

Tawakal Tak Bermakna Tinggalkan Tanggungjawab

Throwback kisah lama. Antara kes yang pernah che kak handle sendiri — dan sampai sekarang masih segar dalam ingatan. Bukan sebab kes tu luar biasa, tapi sebab sakitnya rasa hati tengok betapa tertekannya seorang wanita bergelar isteri. Seorang isteri datang memohon bantuan segera. Katanya, tiada satu sen pun di tangan. Nak beli beras, minyak, telur, hatta sekampit tepung pun tak mampu. Rumah dah kosong dari makanan. Anak-anak kecil pun hanya mampu telan air liur tengok jiran makan. Bila ditanya, “Suami ke mana?” Jawabnya, “Suami keluar berdakwah.” Dan bila ditanya, “Tinggal duit tak?” Katanya, suami jawab, "Tawakkal saja pada Allah. Allah akan beri rezeki nanti." Ya lah kannn... Ulat dalam batu pun boleh hidup. Tapi isteri dan anak-anak tu bukan ulat. Mereka perlukan susu, nasi, dan tempat berteduh. Allah suruh bertawakkal selepas usaha. Tapi ni jenis serah bulat-bulat, lepas tangan. gambar ihsan google Che kak rasa nak bagi kaki je. Flying kick ala-ala John Rambo melawan...

Natural Che Kak vs. Gincu

Gincu Setahun Sekali" Zaman kanak-kanak dulu, che kak hanya dapat pakai gincu setahun sekali saja iaitu time raya. Bila mak sapu gincu kat bibir, terus rasa macam puteri kayangan. Tapi nak senyum pun takut, mulut muncung semacam. Bukan sebab marah, tapi sebab nak jaga-jaga. Takut gincu hilang dari bibir.  Nak makan kuih raya pun rasa sayang – bukan sebab tak sedap, tapi takut kesan gincu tinggal kat gelas atau tisu. Kalau tertanggal, alamatnya tunggu tahun depan la baru dapat genyeh balik. Ayah pula memang tegas. “Budak-budak tak payah berlipstik bagai.” Maka gincu hanya kekal sebagai impian raya. Masuk alam remaja, che kak sendiri pun segan nak pakai. Rasa pelik. Tak biasa. Nak pakai ke sekolah? Jangan harap. Nanti satu kelas dok tengok bibir macam spotlight. Bila dah kahwin, dapat pula suami yang tak benarkan pakai gincu di luar rumah. Katanya, biar solekan tu jadi rahsia isteri untuk suami, bukan tontonan umum. Kadang-kadang bila bibir kering, pucat semacam, pelembap bibir s...

Kerajaan Mungkin Bertukar, Tapi Tanggungjawab Kita Tetap Sama

Dalam kehidupan seharian, siapa pun yang menjadi Perdana Menteri atau parti mana pun yang memerintah, hakikatnya satu: kita semua tetap perlu bangun pagi dan bekerja mencari rezeki. Sebagai penjawat awam, tanggungjawab tetap digalas. Surat rasmi tetap bermula dengan frasa yang sama: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada..." Dan diari tetap berlogo: "Kerajaan Malaysia", bukan nama mana-mana parti. Begitu juga rakyat biasa. Kita tetap perlu bayar sewa, beli susu anak, jaga mak ayah, isi minyak motor, dan teruskan hidup. Hidup ini tak pernah tunggu sidang Parlimen selesai atau usul politik diluluskan. Takde pekdah kita bergaduh sakan di media sosial, bermasam muka di tempat kerja, atau putus saudara hanya kerana taksub pada parti tertentu.  Bila kita ditimpa musibah atau disiasat undang-undang kerana terlalu fanatik, percayalah pemimpin yang kita junjung itu belum tentu datang hulur tangan. Negara ini milik kita bersama. Tukar kerajaan adalah perkara biasa dalam...