Teringat satu kisah seorang ahli ibadah yang akhirnya mati dalam kekufuran.
Hampir seluruh hidupnya dihabiskan untuk beribadah, namun di hujung nyawa tersasar juga.
Kenapa?
Dia tahu arak itu haram. Tapi dia minum juga.
Katanya, untuk “meningkatkan kemanisan dalam ibadah.”
Padahal ilmu sudah jelas arak itu memudharatkan dan haram.
Inilah akibat ibadah tanpa ilmu.
Niat suci tak cukup kalau cara salah.
Dalam dunia kita hari ini, kisah itu masih berlaku dalam bentuk lain.
Covid-19, misalnya.
Kita tahu ia memudaratkan.
Kita tahu bahayanya, bukan sekadar pada diri,
tapi pada keluarga, masyarakat, bahkan satu dunia.
Namun, ada juga yang degil dan selfish,
konon atas nama:
“Takutlah Allah, jangan takut virus.”
Tapi… takut pada Allah itu sepatutnya buat kita lebih bertanggungjawab.
Kerana Allah sendiri melarang kita dari mencampakkan diri dalam kebinasaan.
🌙 Ibadah tak semestinya di masjid.
Di rumah pun boleh:
– Solat tahajud,
– Solat jemaah dengan keluarga,
– Baca Quran,
– Ajar anak-anak ilmu agama,
– Berzikir,
– Bersihkan rumah sama-sama,
– Bercinta dengan pasangan, halal lagi berpahala.
Bagi agama lain, pasti ada juga cara untuk beribadah dan menenangkan jiwa dari rumah masing-masing.
Ini juga jihad.
Jihad melawan ego.
Jihad menahan diri demi keselamatan orang lain.
Jangan kerana kita degil, maka:
– Ada orang miskin tak boleh keluar cari rezeki.
– Ada frontliners tak sempat jumpa anak isteri.
– Ada isteri jadi balu, anak jadi yatim.
– Ada jenazah dibungkus plastik, tak dapat dicium buat kali terakhir.
Jangan kerana kita, orang lain yang terima akibatnya.
#StayAtHome
#BeribadahDenganIlmu
#JanganKeranaKita
#18-31Mac2020
Comments
Post a Comment