Natural Che Kak vs. Gincu

Gincu Setahun Sekali"

Zaman kanak-kanak dulu, che kak hanya dapat pakai gincu setahun sekali saja iaitu time raya. Bila mak sapu gincu kat bibir, terus rasa macam puteri kayangan. Tapi nak senyum pun takut, mulut muncung semacam. Bukan sebab marah, tapi sebab nak jaga-jaga. Takut gincu hilang dari bibir. 

Nak makan kuih raya pun rasa sayang – bukan sebab tak sedap, tapi takut kesan gincu tinggal kat gelas atau tisu. Kalau tertanggal, alamatnya tunggu tahun depan la baru dapat genyeh balik.

Ayah pula memang tegas. “Budak-budak tak payah berlipstik bagai.” Maka gincu hanya kekal sebagai impian raya.

Masuk alam remaja, che kak sendiri pun segan nak pakai. Rasa pelik. Tak biasa. Nak pakai ke sekolah? Jangan harap. Nanti satu kelas dok tengok bibir macam spotlight.



Bila dah kahwin, dapat pula suami yang tak benarkan pakai gincu di luar rumah. Katanya, biar solekan tu jadi rahsia isteri untuk suami, bukan tontonan umum. Kadang-kadang bila bibir kering, pucat semacam, pelembap bibir sajalah jadi penyelamat. Itupun kena sapu curi-curi, takut dia kata "tu pun kira gincu jugak!"

Hari akad nikah, che kak bangga pakai gincu merah menyala. Bukan sebarang gincu – free punya, mak tiri che kak yang bagi. Tengah berseri-seri tunggu suami masuk bilik pengantin untuk serah mas kahwin dan cincin, tiba-tiba dia tegur, “Merah beno bibir tu...”

Merohnyooo pipi che kak masa tu. Malu yak amat. Cepat-cepat ambil tisu, sapu balik. Nasib baik bukan gincu mahal dari mak andam. Kalau tak, hangus duit.

Walaupun begitu, che kak tetap ada simpan 2-3 batang gincu. Bukan nak menunjuk, tapi untuk melawa depan suami. Sekali sekala, bagi la kelainan. Nak dia ingat, isteri dia pun tahu bersolek kalau nak.

Tapi dia kata juga, dia paling suka tengok wajah natural che kak. Hmmm... natural katanya? Waktu bangun tidur la paling natural. Rambut serabai, mata sembap, bibir pucat... tapi itulah katanya "paling cantik." (Che kak syak dia takut kalau che kak mula belajar mekap betul-betul, nanti jadi macam pelakon opera. Tak kenal bini sendiri.)

Che kak ada juga pesan kat dia: “Walau perempuan lain cantik mekap macam bidadari, jangan puji depan che kak. Simpan pujian tu dalam hati.” Sebab kalau che kak pakai mekap, konfem orang terkejut. Bukan sebab cantik sangat, tapi sebab terlebih genyeh! 😆


#statuslayanboring
#statustengahgantungkuali
#statusibunakupsemangat
#statustiadakenamengenadengangosipartis




Comments