Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

MAJLIS SAMBUTAN HIJRATUL RASUL PERINGKAT NEGERI KELANTAN 1444H

 Alhamdulillah Kenangan yang mahal Ya Allah teruja betul apabila anakanda Abang Aiman menerima Anugerah Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan Kategori SMU (A) Bantuan YIK sempena Majlis  Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan 1444H. Tak tahu la nak tulis apa. Tulis lebih-lebih takut jatuh riak. Tapi macam biasa la kalau tak tulis, rasa tak lengkap di muka buku che kak. Che kak hanya tumpang rezeki anakanda. Rezeki seorang ibu yang menahan sakit selama 14 jam demi melahirkan seketul Abang Aiman. Segala usaha penat lelah Abang Aiman mengejar ilmu dan kejayaan telah Allah balas.  Bukan sedikit usahanya untuk capai kejayaan dalam pelajaran. Banyak yang dia korbankan. Paling utama pengorbannnya ialah melepaskan peluang belajar di Sek Men Sains di Pengkalan Chepa selepas upsr tahun dulu. Hancur hati dia dulu. Tapi sebab 'anak baik' dia redha dan menjadikannya sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dengan cemerlang. Terharu sangat walaupun Abang Aiman hanya se...

Sukarelawan Bukan Seorang – Kita Pasukan!

# KonvensyenSukarelawanJKM2022: Dari Ketua Komandan ke Bayou Lagoon Bila che kak selak balik galeri telefon, tengok gambar-gambar sebelum, semasa dan selepas Konvensyen Sukarelawan JKM 2022... terus rasa, eh eh, banyak lagi tak sempat che kak tulis ni. Sayang betul kalau tak simpan kenangan ni. Kena juga abadikan dalam tulisan, sekurang-kurangnya kat fesbuk atau blog. Tadi masa belek fail sijil—konon nak cari surat beranak—eh eh, jumpa balik sijil lantikan sebagai Ketua Komandan Briged Kebajikan Perdana (BKP)! Perghhh rasa macam panglima zaman silam sekejap. ðŸĪŠ Orang lama mesti kenal BKP sebelum ditukar nama jadi Sukarelawan JKM. Nama "Ketua Komandan" tu memang bunyi gah, tapi kerja tetap sama—koordinasi, kepimpinan, dan semangat gotong royong. Sama je macam Penyelaras Unit Komuniti sekarang. Kerja Sukarela: Antara Pengorbanan dan Kepercayaan Buat kerja sukarela ni bukan kerja main-main. Memang memerlukan pengorbanan fizikal, mental, emosi, kewangan, malah sokongan keluarga p...

HARI TERAKHIR KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM MELAKA

 Episod Terakhir: Kenangan Manis Konvensyen Sukarelawan JKM di Melaka Akhirnya sampai ke hujung cerita. Hari terakhir di Melaka, masing-masing dah tak sabar nak balik. Tapi tetap gigihkan diri tunggu majlis penutup walaupun jadual asal jam 12 tengahari ditunda ke jam 2.30 petang. Dalam hati tu rasa nak ‘chow’ awal je ðŸĪŠ. Tapi kita datang bukan sebarang orang, kita bawa artis wehh — Cikgu Yuganu, Sukarelawan Cemerlang Kebangsaan 2022. Takut nanti MC panggil naik pentas, artis dah hilang. Haaa jenuh kang kena buat Surat Tunjuk Sebab 😅 Lunch Tak Berselera, Tapi Kita Makan Juga Masa lunch, tekak ni tak berapa nak berselera. Bukan tak bersyukur, che kak ni makan je apa ada. Cuma perut tu dah lebih kepada "nok ko suasano jah" 😆. Nampak kolam hotel pun tengok dari jauh je. Nak ambil gambar dari balkoni tingkat 3A pun tak jadi sebab gayat giler ðŸĪĒ. Lif, Surau dan Kisah Seram Ringan Sementara tunggu majlis penutup, che kak turun solat di surau tingkat 1. Check-out dah pukul 1, jadi ...

APA YANG PENTING KERJASAMA

 Alhamdulillah kenyang tengahari ni makan sup keting kat kedai pohon ceri. Paling lega sebab laporan untuk meeting keselamatan esok dah siap. Apabila sama-sama tolong menolong cepat la siap. Sekecil-kecil pertolongan walaupun hanya sekadar tolong snap gambar mesin fotostat pun dah rasa sangat bahagia. Apatah lagi boss dan kawan-kawan yang lain turut sama beri kerjasama yang terbaik. ðŸĨ°ðŸĨ°ðŸĨ°

KISAH KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

Cerita Tengah Malam di Bayou Lagoon: Antara Gastrik, Ceramah & Cerita Hantu Baru lepas telan Panadol 2 biji. Korang ingat che kak ada masa nak sakit kepala? 😆. Ngantuk tapi tak jenero nak tido. Badan penat, kepala berat, tapi hati masih ligat nak menaip sambung kisah konvensyen hari tu. Walaupun masing-masing sampai rumah jam 3, 4 pagi, komitmen tetap jalan macam biasa. Tugas hakiki tetap menanti. Belum sempat buka beg, wasap opis dah minta laporan itu ini. Pedih ulu hati dibuatnya. ðŸ˜Ģ Ceramah dan Gastrik: Kombinasi Paling Tidak Serasi Sejujurnya, che kak tak berapa nak hadam isi ceramah masa program tu. Bukan sebab penceramah tak best, tapi sebab gastrik datang menyerang. Nasib baik ada 7E berdekatan. Adik cashier yang comel tu cadangkan ubat gastrik yang… sedap pula rasanya. Warna dan rasa macam ubat batuk, ada rasa herba sikit. Cepat pulak berkesan. Alhamdulillah. Nasib baik juga roomate che kak bawa minyak angin. Wah, nikmat sungguh rasa bila disapu kat tengkuk. Menuju umur re...

KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Alhamdulillah. Home sweet home. Sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi. Sekejap lagi nak gi opeh, keno noreh getah. ðŸ˜ī Banyok getoh tunggu tuan die. Tapi sebelum noreh, moh kita update fesbuk dulu. 😅 Throwback Konvensyen Sukarelawan JKM 2022 - Raya Haji Edition! Masa lepas raya haji haritu...  "Kak, HQ minta hantar laporan profail calon sukarelawan. Hok lelaki negeri pilih Cikgu Yuganu, hok pompuan negeri pilih Kak Ton dari KB. Tapi keno hantar hari ni jugok tu." “Haa... Mmm okey la.” 🙄 Nasib baik tak sambung cuti raya. Kalau tak, tak sempat siap! 😅 Bila dapat borang profail dalam bentuk PDF, Che Kak pun cuba la convert ke Word. Sekali… tak boleh daaa. 😅 Depa bagi borang 'scan atas scan'. Hampeh betul! Terpaksa la taip balik satu-satu. Takkan nak tulis tangan je, tulisan pun gaya cakar harimau. 😆 Nasib baik Cikgu Yuganu ada kat Pasir Puteh. Senang la nak mintak maklumat. Kalau dia outstation, mau kena kejar wasap, call semua. Alhamdulillah, siap jugak profail...