KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Alhamdulillah. Home sweet home.

Sampai rumah lebih kurang pukul 3.00 pagi. Sekejap lagi nak gi opeh, keno noreh getah. 😴

Banyok getoh tunggu tuan die. Tapi sebelum noreh, moh kita update fesbuk dulu. 😅


Throwback Konvensyen Sukarelawan JKM 2022 - Raya Haji Edition!


Masa lepas raya haji haritu...


 "Kak, HQ minta hantar laporan profail calon sukarelawan.

Hok lelaki negeri pilih Cikgu Yuganu, hok pompuan negeri pilih Kak Ton dari KB. Tapi keno hantar hari ni jugok tu."


“Haa... Mmm okey la.” 🙄

Nasib baik tak sambung cuti raya. Kalau tak, tak sempat siap! 😅


Bila dapat borang profail dalam bentuk PDF, Che Kak pun cuba la convert ke Word.

Sekali… tak boleh daaa. 😅 Depa bagi borang 'scan atas scan'. Hampeh betul!

Terpaksa la taip balik satu-satu. Takkan nak tulis tangan je, tulisan pun gaya cakar harimau. 😆


Nasib baik Cikgu Yuganu ada kat Pasir Puteh. Senang la nak mintak maklumat. Kalau dia outstation, mau kena kejar wasap, call semua.


Alhamdulillah, siap jugak profail. Kita buat sungguh-sungguh, macam diri sendiri yang dicalonkan. 💪


Perjalanan ke Melaka


Hari Sabtu, kami bertolak ke Melaka:


4 orang sukarelawan (2 dari Pasir Puteh, 2 dari KB)


En Pijoe dari JKMN Kelantan


En Fizie dari PKMJ Pasir Mas


Puan Ratna dari KB

Pilot pulak dari PKMJ KB & Pasir Mas. Semua sporting, seronok kenal depa. 💃


Sebelum konvoi gerak jauh, singgah rumah Cikgu Yuganu dulu makan laksa & laksam. Terbaik!

Lepas tu lalu LPT – rasa macam takde penghujung. Teringat lagu "It's A Long Road" – ala lagu Rambo tu. 😆


Sampai Melaka jam 9 malam. Bukit Katil dah nampak ‘katil’ dah!

Tidur kat King’s Hotel – selesa, Che Kak recommend.

Cuma tu lah, bunyi motor bersimpang siur waktu tahajjud. 🙄


Makan, Mimpi & Misi


Lepas check in, sempat makan kat kedai dekat hotel.

Pijoe kata 300 meter je... Jalan kaki la konon. Balik naik kereta 😆

Mi goreng dia boleh share 2 orang, banyak betul! Che Kak makan bubur nasi je. Terkenang memori Ma buat nasi air dulu. 😢


Tapi tu lah… malam takleh tido. Ulang alik ke tandas. Mungkin sebab sambal tu pedas sangat. Perut Che Kak terkejut, mungkin. 😣


Konvensyen & Ceramah


Esok pagi, sarapan dulu – roti canai & capati. Tapi tak berani sentuh kuah kari atau sambal nasi lemak. 😅

Berebut Kak Ton & Cikgu Yuganu nak belanja makan. Rezeki! 😄


Jam 10.00 pagi bermulalah program Konvensyen Sukarelawan JKM 2022.

Duduk dengar ceramah – tapi Che Kak takleh fokus, perut tak habis-habis meragam.


Pendek cerita, 2 hari penuh dengan pengisian kat Bayou Lagoon Park Resort.

Sebelum majlis penutup, sempat rakam video dengan Timbalan YB Menteri (Kak Lah).

Alhamdulillah, suara sukarelawan JKM didengar di peringkat atasan. Syukur!


Okey la, nanti Che Kak sambung lagi.

Sekarang nak gi noreh dulu. Kerja hakiki tunggu. 😅


#KonvensyenSukarelawanJKM2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

#ThrowbackRayaHaji

#SukarelawanHatiKental







































Comments