Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 3

Pagi semalam 28.2.2016, temujanji  Awaatif di Klinik Pediatrik, HRPZII.  Berdebar-debar juga la apa yang doktor nak cakap nanti..   Alhamdulillah.. Awaatif tak perlu jalani pembedahan. Ujian masa kat bilik Fluoroscopy awal bulan hari tu menunjukkan  dari pundi kencing ke buah pinggang Awaatif normal dan tiada masalah. Seperti biasa la, bahasa medik Kak Za tak pandai nak tulis dan bercerita.  Walaupun buah pinggang bengkak, ianya adalah semulajadi. Bukan disebabkan apa-apa penyakit.  Namun begitu, pemantauan tetap perlu. 6 bulan sekali, kena ultra sound. Nak tengok sama ada ianya masih bengkak atau kembali normal.  Doktor kata, jangka panjang ianya boleh kembali pulih atau akan jadi sakit buah pinÄ£gang. Sebab itu ianya masih memerlukan pemantauan doktor.  3 bulan sekali kena jumpa doktor juga dan sambung makan ubat Sulpha trimethoprim .  Satu rahmat Awaatif tidak memerlukan pembedahan. Walaupun masih bengkak, tapi sekurang-kur...

Pengalaman membuat kek pandan kukus cheese meleleh

Assalamualaikum.. Pukul 1.00 pagi. Anak-anak dah lama tidur. Tapi mata che kak ni segar begar lagi. Guano yang susah sangat nak tidur ni. Semalam wat kek pandan kukus cheese meleleh. First time buat kek. Ikut resepi facebook je. Sambil-sambil tu menuntut ilmu kaedah buatan kek dengan adik. Nasib baik ada whatsapp. Grup wasap 'anak2 sidek' banyak memberi manfaat dan merapatkan hubungan kami adik beradik.  Entah kenapa hati perasaan merenyam-renyam nak wat kek sendiri. Walhal tak minat masak dan malas yang menguasai diri  selama ini.. Hehehe.. Entah kena samput angin ape..  Bahan-bahan tu che kak beli kat kedai runcit berhampiran sekolah anak je.. Itupun terlupa beli soda bikarbonat.. Nasib baik kat kedai depan rumah ada stok.. Tadaaa... selepas solat isyak, terus ke dapur..  Bahan-bahan resepi kek pandan kukus cheese meleleh Anak-anak tak sempat makan sebab dah tidur. Itupun asyik tanya bila boleh dapat makan kek.  Alahai anak.. Umi ni b...

Cara membuat masker alfalfa shaklee dan khasiatnya

Minggu lepas Kak Za sempat menonton Phua Chu Kang. Apa yang menarik hati Kak Za ialah ipar dia (tak ingat nama) makan sandwich bersama alfalfa segar. Serta merta teringat alfalfa shaklee.  Sebelum pregnant tahun lepas, Kak Za ada beli tapi stop makan dulu sebab pregnant. Kak Za tetiba je rasa rajin nak buat masker. Semangat molek ter... Sebenarnya sepanjang tempoh pregnant dan berpantang, Kak Za jarang2 cuci muka. Punyalah malas tahap gaban. Maka 2 biji alfalfa telah ditumbuk halus. Kak Za letak dalam plastik, pastu tumbuk je guna alu lesung. Taruk air sikit asalkan boleh ditepek kat muka. Mula2 tu rasa nyaman dingin je. Sejuk je rasanya. Bau herba semerbak. Macam bau pudina gitteww..  Damai je rasa hati ini..   Selepas beberapa jam, hidung mula berair. Kahak pun rasa cair.  Oooo healing crisis.. Dia sedang mendetoxkan wajah Kak Za ni.. Hadoi.. Banyak mana la agaknya hama resdung duk merayap kat muka ni.. So,  ianya amat sesuai untuk pesakit resdung.. ...

Kisah Awaatif dan hydronefrosis - part 2

Awaatif sedang tidur.  Tenang je wajah Awaatif. Kadang kadang Kak Za rasa macam tak percaya je Awaatif sedang  sakit. Dia tak pernah menangis melainkan kalau Kak Za lambat dukung dia. Tak boleh nak berenggang. Semasa orang Wilayah Persekutuan sedang bercuti, Kak Za dapat call dari Klinik Pediatrik, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Nurse kata Awaatif dah dapat tarikh temujanji untuk ujian MDCT pada 4.2.2016 jam 8.30 pagi.  Apa maksud MDCT? Hehe maaf la Kak Za pun tak tahu apa maksud dia. Dah google tapi tak faham juga. Tapi, Awaatif kena admit ward 5 (wad pediatrik) sehari sebelum.. Maksudnya 3.2.2016 dah kena 'check in'. Sebelum pukul 2.00 petang dah kena ada kat hospital, kata nurse. Jam lebih kurang 12.00 tgh, Awaatif dah sampai kat wad 5. Wad pediatrik. Awaatif perlu diukur dan timbang berat. Berat Awaatif 4.6 kg.. Hurmmm patut la rasa lenguh dukung dia. Awaatif kena ambil sample air kencing terlebih dahulu.. Ada sejenis plastik yang ditampal kat k...