Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Pengalaman Hamil Anak Sulung: Dugaan, Air Mata & Nikmat Tak Terkata

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua ibu-ibu hebat di luar sana. Che Kak doakan semoga semua ibu dan anak-anak sihat walafiat, diberi kekuatan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian. Hari ini, Che Kak nak kongsikan sedikit pengalaman sendiri yang takkan dilupa sampai bila-bila iaitu  mengandung anak sulung . 💍 Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ): Ujian Selepas Nikah Lepas dua minggu berkahwin, Che Kak dan suami terus hadapi ujian tinggal berjauhan. Che Kak kerja di Kuala Lumpur, suami pula di Melaka. Setiap minggu ulang-alik naik bas. Walaupun letih, itulah pengorbanan demi kasih sayang. 👶 “Liza, Kau Ni Mengandung…” Che Kak masih ingat, masa tu pergi kursus jabatan di Ipoh. Tumpang kereta Kak Marina yang bawa ibunya sekali. Dalam kereta, mak Kak Marina tiba-tiba cakap: “Liza, kau ni mengandung…” Masa tu belum tahu apa-apa pun. Tapi lepas balik, Che Kak buat UPT, keputusannya  positif! Dan yang peliknya, lepas tahu mengandung, automatik alahan datang...

Komplikasi diabetes semasa hamil

Assalamualaikum..  Selamat petang kepada pembaca blog Kak Za.. Harap-harap sudi-sudilah menjenguk blog Kak Za ye..  Ada kisah benar nak Kak Za kongsikan kat sini..  10 tahun lalu, Kak Za ada handle satu kes kemasukan baby ke rumah kebajikan.. Masa tu Kak Za kerja di JKMWPKL..   Dapat ’borang’ dari hospital dan terus Kak Za ke hospital tersebut. Kes kanak-kanak tak boleh tangguh-tangguh tau..  Pada mulanya Kak Za hairan kenapa parent dia tak nak jaga dia.. Apabila Kak Za lihat baby tersebut, menitis air mata Kak Za.. Sebak... Dan hampir-hampir   menangis..  Namun Kak Za kuatkan hati dan perasaan keibuan.. Nama, latarbelakang, kaum, sosial dan ekonomi keluarga terpaksa Kak Za rahsiakan atas  sebab prinsip kerja sosial.. Ibunya mengidap kencing manis kronik dan darah tinggi.. Gambar google Hello Doktor Nak tahu apa yang terjadi pada baby tu? Tuhan Maha Kuasa.. Pasti ada hikmah disebalik kejadian tu yang kita ta...