Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

Baru Jumpa, Dah Komplen? Silap Orang, Kak!

Silap Orang, Kak! – Bukan Semua Boleh Dibawang Kadang-kadang kita ni baru first time jumpa orang, dah tunjuk perangai. Belum kenal hati budi, dah sibuk komplen program. Alamak, che kak pun pelik. Program tu santai je pun. Bukan ada YB, bukan program rasmi yang kena angkat protokol bagai. Permaisuri Agong pun tak merungut, apatah lagi kita yang rakyat marhaen ni. Tapi yang jenis cepat sangat rasa nak betul je ni, pantang la che kak. Benda remeh temeh pun nak jadi isu. Padahal, isi program tu sangat bermanfaat — ilmu yang susah kita nak dapat kalau tak masuk kelas atau pergi belajar betul-betul. 😅 Nak Kenal Staff? Nak Nombor Telefon? Erm… Lepas siap komplen, terus minta nombor telefon che kak. Katanya kenal dengan staf-staf pejabat che kak. Hmm, sorry la ya… che kak tak main bagi nombor ikut suka. Bukan sombong, tapi che kak ada prinsip. Kau siapa, bukan isunya. Tapi che kak simpan privasi ni macam simpan resepi turun temurun — bukan semua layak dapat! Silap orang la kalau fikir c...

Tetamu : Nostalgia Zaman Arwah Mok

Masa kecil-kecil dulu, Che Kak selalu ikut arwah Mok (nenek) berjalan kaki menziarahi saudara-mara. Jauh juga kami menapak, kadang-kadang nak cepat sampai, arwah Mok ajak lalu jalan pintas celah sawah padi, meredah batas, langgar lumpur pun tak kisah. Apa yang paling Che Kak ingat, orang dulu-dulu tak pernah biar tetamu balik dengan perut kosong. Walau apa pun keadaan mereka, mesti depa akan hidangkan sekurang-kurangnya nasi, ikan goreng, budu dan ulam-ulaman yang dipetik keliling rumah. Makanan itu bukan soal mewah atau tidak. Tapi lauk ringkas dengan hati yang ikhlas, itu yang buat kita rasa sangat diraikan. Arwah Mok pula, pantang Che Kak menolak makanan dan dipaksa makan juga. Katanya, "Kesian tuan rumah, penat masak untuk kita." Lepas makan, walaupun tuan rumah larang, arwah Mok tetap suruh kami cuci pinggan sendiri. Katanya, jangan susahkan orang. Itulah didikan halus yang Che Kak kenang sampai hari ini. Tapi zaman sekarang, che kak akui che kak sendiri tak mampu nak ra...

Pandai Masak Bukan Syarat Jadi Isteri Sempurna

Pandai Masak Bukan Syarat Jadi Isteri Sempurna Kalau bakal isteri atau isteri tu pandai memasak itu memang satu bonus. Tapi... Nak cari isteri bukan nak cari tukang masak. Nak kahwin, bukan cari maid. Tak perlu la menyindir kalau mas kahwin atau hantaran mahal-mahal, tapi katanya isteri tak pandai masak. Kadang-kadang isteri tu pandai masak, cuma tak ikut tekak suami. Nak kena ikut cara mak dia la. Nak ikut resepi nenek moyang dia la. Nak kena potong bawang ikut gaya keluarga dia. Haaa, macam mana tu? Zaman sekarang ni, tak pandai masak bukan masalah besar. Belajar masak sangat senang. Scroll TikTok, YouTube, Facebook — semua ada. Nak belajar masakan kampung, masakan Korea, kek viral, semua boleh! Tak payah demand tinggi-tinggi bakal isteri atau menantu kena pandai masak. Asal boleh makan. Masak sekadar untuk tak mati kebuluran pun cukup. Che Kak sendiri dulu masa kahwin, langsung tak pandai masak. Mak ajar, tapi… malas lebih besar dari usaha. Hahaha. Tapi suami Che Kak pandai masak....

Nikmat Makan Bukan Pada Harga, Tapi Pada Selera dan Syukur

Pah tak po la deh. Keno stop doh la sebab partner jeling doh tu. Sekali sekalo buleh make hok sedap-sedap kito bersyukur. Sekali sekalo buleh make hok simple simple pun kito bersyukur. Sekali sekalo buleh make  walaupun menu bodo jah pun kito tetap bersyukur. Selagi tak mati kelaparan bersyukurlah. Jange sedih sapa kito royak bilo kito nok kayo. Bilo kayo belum tentu kito raso bahagio dengan makane yang terhidang. Walaupun kito kayo belum tentu kito raso berselero dengan hidange mewoh. Walaupun kito nok kayo sebab nok make ude ketam besar poho pun belum tentu hati kito gembira. Pointnya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada. Sentiasalah bersyukur dengan kurniaan nikmat bersama orang yang tersayang walaupun sekadar nasi dengan budu sajo. Jange mengeluh dengan rezeki yang ado. Make lah selagi tekok sero nok make. Dei takdok nikmat sero nok make sebab sakit ko, famili jauh ko, lauk unto golek depe mato pun sero takdok selero doh nok make.

TAKDE KAWAN

 "umi, kesian dia sorang² takde kawan". Pandai psiko umi deh nok suruh beli pulok. Nok royak suruh beli pulok takut keno maroh🤣

NASI AIR SIMPLE

 Tak tahu nak masak apa hari ni. Tinggg haaa masak nasi air je la. Nasi air bodo je la. Buat dengan apa yang ada je. Basuh beras letak air lebih sikit ketuk halia sikit. Rebus isi ayam bersama halia yang diketuk.Angkat isi ayam. Biarkan sejuk dahulu sementara nak koyak² isi ayam tu. Tumis bawang dan kakah kasar bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, cabe. Lepas tu masukkan dalam air rebusan ayam tadi. Letak kiub pati ayam, garam, gula. Lepas siap tabur daun sup. Goreng ikan bilis, goreng bawang merah. Tadi bawang merah hangus sebab jiran tiba² jenguk sebab dia pelik tengok che kak dah beberapa hari tak pi kerja. Takut che kak atau sape² yang sakit. Maklum la suami takde kat rumah. Alhamdulillah dapat jiran baik yang bertanya khabar. Bawang putih dicincang. Goreng dalam minyak. Dah garing angkat. Tutup api dapur sebelum hangus. Nanti dia akan masak lagi dalam minyak panas tu . Jadi la minyak bawang putih. Sedap tau. Rebus telur masin. Untuk extra lauk, ka...

Jauh Bukan Isunya… Tapi Takde Teman Bergaduh 😝

 Ish ish ish apabila berjauhan bukan isu sebab takde orang tolong buat kerja rumah.  Isu buat kerja rumah, hantar anak sekolah, urus itu ini boleh di urus dengan sebaik mungkin. Lagipun anak² dah boleh diharapkan untuk bantu kita. Kalau che kak rajin, che kak buat. Kalau malas che kak biarkan je dulu. Cari me time. Me time che kak simple je. Menulis dan pi kedai dua hengget.  gambar dari facebook Cumanya rasa sunyi sebab takde teman bergaduh😝. Duk jauh² tak tergamak nak bergaduh. Bak kata suami che kak "abang relo panah peda dengan awok daripada panah tido sore".

Antara Jabatan dan Hati Seorang Isteri

  Di Sebalik Gila Seorang Isteri"  “Buke abang hok gilo, sayo hok gilo dulu lagi…” Itulah ayat yang selalu bermain dalam benak seorang isteri. Lucu bagi yang tak tahu, tapi bagi dia  itulah kenyataan paling jujur tentang hati dan perasaan yang lama dipendam. Che kak, wanita biasa. Isteri kepada seorang penjawat awam. Seorang ibu kepada tujuh orang anak yang semuanya masih bersekolah. Hidupnya tidak mewah, tapi cukup. Tapi bila badai datang hidup yang tenang mula berkocak. Suaminya dipindahkan. Bukan jauh sangat, tapi cukup untuk meruntuh semangat. Che kak tahu, suaminya diam  bukan kerana reda, tapi kerana terlalu koyak untuk berkata. Dia simpan segalanya dalam diam. Sedangkan che kak, yang memang "peseng dia", meluah di Facebook. Itulah tempat dia bercerita. Tempat dia melepaskan rindu, marah, keliru, kecewa. Namun, langit tidak selamanya cerah. Luahan itu sampai ke telinga yang tak sepatutnya. Katanya, ia menjatuhkan imej jabatan. Che kak akur. Dia padam semua wala...

JERAYAWARA BANTUAN TIDAK PRODUKTIF

 Hari ni berkesempatan join jerayawara berkaitan bantuan. Walaupun dah tak jadi penyelaras bantuan tapi tetap kena ambil tahu sebab bantuan adalah hardcore jabatan. Kalau orang tanya nak tak jadi penyelaras bantuan balik? Nehe nehe nehe. Cukuplah 15 tahun che kak jadi penyelaras bantuan walaupun dah beberapa kali tukar nama unit. Tapi konsepnya tetap sama. Semakin mencabar sekarang ni isu² bantuan dan pengurusannya.  Tapi kalau ada sesiapa minta tolong, dengan hati yang lapang che kak sudi tolong. Seronok je buat kerja² bantuan ni.  Che kak jarang benar bercerita tentang kerja. Hati tisu etek. Takut kalau orang komen atau buat aduan kat fb personal ni. Hehe. Jangan sesekali tanya pasal kerja kat fb personal ni. Gi tanya kat saluran yang telah disediakan. Sekarang ni che kak masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan unit lain. Eh che kak suka je dengan unit baru ni ha. Tapi tulah otak dah berkarat nak belajar dari awal. So, memang slow la sikit nak buat kerja² pengu...

Mak Tetap Mak – Tak Kira Zaman Mana Pun

"Dulu Lain, Sekarang Lain — Tapi Jangan Lupa Asal Kita" Teknologi makin canggih, tapi jangan biar hati dan jiwa kita jadi tumpul. Dulu... Nak basuh baju kena timba air telaga. Gosok baju dengan seterika berat gila, pakai bara arang. Masak kena jaga api, salah kawal, nasi hangit. Nak mandi air panas? Rebus dulu. Nak air sejuk? Tunggu hujan turun. Kalau hujan, berlari-lari angkat kain jemuran. Peti ais? Mewah sangat tu. Tunggu ais longgok dari lori dulu. Kalau nak pergi mana-mana? Tunggu bas sejam, dua jam. Kalau bernasib baik ada prebet sapu lalu. Sekarang... Basuh baju? Masuk mesin basuh, boh sabun, tekan start. Sambil tunggu siap, tengok Netflix. Lepas tu terus masuk dryer, lipat elok-elok. Nak lebih mudah, hantar dobi  siap wangi. Masak? Ada air fryer, chopper, microwave, pressure cooker, periuk nasi 2-in-1. Nak air panas? Dispenser je. Nak makan? Hello, Panda(lah), GrabFood, ShopeeFood — semua ada. Nak iron baju? Ada seterika wap. Tak larat juga? Beli je baju ironless. Nak...

Tekan Loceng, Tapi Bukan Nak Turun

Tersengih sorang bila tengok gambar loceng bas dulu² punya. Che kak ada kenangan berkenaan dengan loceng bas ni. Masa tu che kak dari Panching Timur, Kuantan nak pi asrama SMUA Al Ihsan. Sempat la bersekolah kat sana selama setahun di tingkatan peralihan. Dulu² sekolah arab kebanyakan ada kelas peralihan sebelum naik tingkatan 1. Kalau bijak terlajok buleh lompat kelas ke tingkatan 2. Berbalik cerita bas tadi. Ada seorang wanita naik bas. Lepas dia naik bas pun bergerak. Wanita tu gaya rambutnya macam artis rock². Berbaju mini kurung. Dulu kan rock menguasai alam duniawi masa tahun 80 an dan 90 an.  Dia ada cakap sesuatu kat che kak sambil lap muka hidung mulut dengan tisu. Agaknya berpeluh sebab tunggu bas lama sangat. Che kak pun gi tekan loceng walaupun rasa pelik eh baru naik bas takkan dah nak turun. Mencicit pemandu bas tekan brek. Gelabah si wanita tu. Eh bukan tekan loceng la. Rupanya dia suruh buka tingkap luas². Sebab dulu bas mana ada aircond. Bas guna angin semulajadi j...

HAPPY 20th ANIVERSARY

 Hari ni aniversary ke 20 tahun. Alhamdulillah. Bukan mudah nak kemudi rumahtangga yang akan menjadi kunci ke syurga. Banyak suka duka yang kami lalui sebagaimana pasangan lain juga. Tetap tak terlepas dengan ujian. Che kak bukanlah nak cerita kisah cinta  kami berdua. Nanti ada yang muntah hijau😝. Tahun lepas panjang dah che kak citer. Malas nak share memories fb, kang ada yang berbunyi "supo dio sore jah ado tok laki".🙄 Cintailah isteri dengan seikhlas hati walaupun nak ganti isteri yang telah menemui Pencipta. Jangan sesekali cakap aku kahwin kerana anak². Korang bukannya nak cari maid pengasuh anak². Betulkan niat kenapa nak kahwin lagi. Dah kenapa pi tulis cam ni che kak oi. Dah macam nak sindir artis pulak dah😆. Okeylah. Malas dah taip panjang² ni. Semoga ada harapan dan sinar untuk kami bersatu kembali. 14.5.2003 ~ 14.5.2023

Menulis Bukan Untuk Popular — Tapi Untuk Jiwa

Gais, Che Kak nak cakap sikit. Bila Che Kak menulis, tak pernah pun niat nak minta like, pujian, apatah lagi perhatian. Cukuplah Che Kak enjoy dengan diri sendiri. Serius. Che Kak pun bermula dengan satu like — dari diri sendiri. Che Kak tahu, diri ini bukan influencer. Tak ada aura selebriti, tak reti tarik perhatian. Menulis hanyalah satu ruang peribadi, bukan pentas untuk "menang sorakan". Nama 'Che Kak' Bukan Sekadar Nama Nama pena Che Kak pun bukan saja-saja Che Kak guna. Walaupun ada orang panggil Along, Kak Long, Moklong, Kak Za, Kak Ja, Umi Ja... tapi Che Kak ada nostalgia tersendiri. Nama itu ada rasa sayang, ada kenangan, ada identiti yang Che Kak simpan diam-diam. Kalau Nak Like, Like. Kalau Tak, Tak Apa Kalau Che Kak lapar sangat dengan like, dah lama Che Kak paksa suami sendiri like. Tapi hakikatnya, rasanya dari 30 entri, adalah sekali dua dia tekan like. Dan Che Kak pun tak kisah. Cukuplah dia tak wasap suruh delete. Sebab kalau dia minta delete tu, fah...

TELUR MATA DAN KICAP BAWANG LADA

 Hari ni jamuan raya simple² je. Tapi meriah juga dengan pelbagai menu. Bajet share² dengan anak buah masing². Banyak makanan yang che kak tak mampu nak makan sebab banyak sangat. Perut tak leh nak support. Hehe. Malas pula nak masak malam ni sebab anak² tak nak makan. Kalau masak juga lauk nanti membazir pula. Che kak bagitau sape² nak makan, goreng telur je. Nasib baik semalam dah beli telur sepapan. Gred D. Itu je yang ada.  Kononnya malas dah nak makan. Tapi lapar la pula. Sambil terbayang² nyesalnya tak merasa semua menu raya  tadi.  Sudahnya goreng telur mata, letak bawang, lada, kicap. Angkat letak dalam piring. Pasni datang menyesal sebab kalori malam2 ni tak berapa nak jalan. #Eh eleh citer telur mata pun nak masuk fesebuk juga🙄

RM5 Demi Ketenangan Jiwa di Tengah Malam

 Antara kos masa, duit?  Dryer ada je kat rumah tapi lambat la siap. Tengah malam pun belum tentu siap kering semuanya.   Malas nak tengok kegelapan pohon buloh belakang rumah. Lagi la mood seram mai. Tu lah baca sangat citer seram sehari dua ni. Tak pasal kena bodoh ke UAI. Sendiri tengok citer hantu sendiri takut. So, kita gi kedai dobi bayar je la rm5 termasuk extra masa 6 minit, setengah jam nanti siap la keringnya.

Cuti Sakit Anak, Rezeki Gulai Ikan & Layanan Baik Klinik Kesihatan

Alhamdulillah... perut kenyang dengan nasi gulai ikan pagi ni. Lama dah tak beli. Rupanya sekarang dah RM4 sebungkus. Tapi memang berbaloi  gulainya sedap betul! 😋 Mata pun dah makin layu ni. Rasanya kejap lagi nak rehat sekejap. Hari ni cuti sebab si Kakak Aimi demam. Pukul 5 pagi tadi dah tersedar, terus bangun suap ubat. Katil penuh dengan anak-anak. Si Abe Aulia’ pun menyelit sama. Dah la makin tinggi  tak larat dah nak tolak kaki dia. 😅 Gambar Facebook Klinik Kesihatan Ketereh 7.30 pagi dah terpacak depan pintu Klinik Kesihatan Ketereh. Lepas cek suhu & ambil kad kuning saringan, terus ke ruang khas untuk pesakit demam semuanya disediakan di luar bangunan klinik. Alhamdulillah, staf semua baik-baik belaka. Layanan pun sangat mesra & profesional. Selesai jumpa doktor, test COVID, dapat MC & ubat... tengok-tengok dah pukul 8.30 pagi. Cepat sungguh urusan hari ni. Tak sangka. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kita semua. Yang penting, hargai petu...

Islam Pun Ajar Bab Jamban – Kenapa Kita Pandang Ringan?

🚽 Cerita Tandas Tak Semestinya Kotor – Kadang Ada Nilai! 💎 Che kak tahu, bila che kak share pasal cuci jamban, mesti ada yang berkata:  "Itupun nak cerita kat orang?" "Orang lain tak cuci jamban ke?" Tapi che kak nak tanya balik: Kenapa cerita pasal jamban rasa macam memalukan? Padahal Islam ajar bab tandas ni dengan sangat teliti. 😩 Tandas Masjid, Tolonglah... Che kak geli tekak bila tengok tandas masjid kotor. Masjid tu rumah ibadah. Jangan biar tandas jadi tempat paling azab kat situ. Che kak harap sangat jawatankuasa masjid ambil berat bab ni. 💼 Teringat Lawatan Ke Rumah Mat Salleh Kes guardian ad litem dulu... Rumah mat salleh. Nilai rumah tu berjuta. Masuk rumah, che kak minta izin tengok sekeliling. Tanya satu bilik tu... ingatkan bilik tidur. Rupanya tandas! Tapi sumpah boleh tidur dalam tu. Bersih. Wangi. Rasa macam spa! Gambar ehsan facebook 🧕🏻 Islam & Kebersihan Kita orang Islam. Walaupun rumah kita kecil, tandas sempit… Tapi kebersihan itu seba...

MICKEY MOUSE

 "Aatif beli kat umi sebab Aatif tahu umi suko miki mouse".

Anniversary ke-20: Antara Tol, Minyak & Doa yang Sama

 Tak lama lagi aniversary ke 20. Harap dapatlah berita gembira. Dah tua² ni malas dah nak hadap ujian pjj. Hidup nak tenang² je.  Nak besarkan anak² bersama² je. Banyak cabaran nak besarkan anak² sekarang ni. Kita kerja ni pun nak happy² je. Cari rezeki untuk keluarga. Tapi kalau rezeki terpaksa berkongsi dengan tauke minyak dan tol, dah banyak kena cut.  Ni che kak duk bercerita ni ada la yang membawang nanti.  Selama kami tak pjj pun, hampir setiap minggu suami che kak outstation juga. Dah biasa  kena tinggal juga pun. Lagi la dulu cabaran nak urus anak² yang masih kecil.  Sekarang ni syukurlah anak² dah besar dan boleh diharapkan. Tapi tu lah, cabaran menjaga dan mendidik anak remaja ni lain pula. Tetap juga perlu perhatian dari seorang bapa.  Eh orang lain pun pjj juga. Takde pun nak bising² macam che kak. Hahaha.  Setiap orang ada cabaran dan ujiannya. Che kak bercerita ni bukanlah bermaksud che kak mengeluh atau tak redha. Sekadar untuk memo...

Kerja Bukan Sekadar Cari Duit, Tapi Tanggungjawab & Ibadah

Bekerja Bukan Sekadar Cari Rezeki, Tapi Tanggungjawab dan Ibadah Sempena cuti Hari Pekerja ni, Che Kak terasa nak menaip panjang sikit. Bukan nak kupas ciri-ciri pekerja cemerlang atau kongsi tips naik gaji. Che Kak pun bukan pekerja contoh sangat 😅 tapi sekadar nak kongsi sedikit pengalaman sendiri, buat kenangan dan mungkin… buat modal makcik membawang nanti 🤭 Dah 20 tahun 4 bulan Che Kak berkhidmat sebagai penjawat awam. Kalau ikut umur sekarang, lambat lagi nak pencen (kalau panjang umur). Sebelum tu, pernah rasa kerja kilang selama 3 bulan, dan jadi cikgu Taski ABIM selama 2 tahun. Semua tu kenangan yang mahal. Melawat anakanda Aiman di UnisZa Kenapa Bekerja? Mula-mula dulu, dah tentu kerja sebab nak sara diri sendiri. Nak ada pendapatan, nak berdikari. Bila dah berumahtangga, keutamaan berubah kerja demi keluarga. Demi anak-anak, demi kelangsungan hidup yang lebih baik. Lama-lama, baru sedar bahawa kerja ni bukan sekadar rutin harian. Ia juga ibadah. Tuntutan agama. Tanggungja...