Masa kecil-kecil dulu, Che Kak selalu ikut arwah Mok (nenek) berjalan kaki menziarahi saudara-mara. Jauh juga kami menapak, kadang-kadang nak cepat sampai, arwah Mok ajak lalu jalan pintas celah sawah padi, meredah batas, langgar lumpur pun tak kisah.
Apa yang paling Che Kak ingat, orang dulu-dulu tak pernah biar tetamu balik dengan perut kosong. Walau apa pun keadaan mereka, mesti depa akan hidangkan sekurang-kurangnya nasi, ikan goreng, budu dan ulam-ulaman yang dipetik keliling rumah.
Makanan itu bukan soal mewah atau tidak. Tapi lauk ringkas dengan hati yang ikhlas, itu yang buat kita rasa sangat diraikan. Arwah Mok pula, pantang Che Kak menolak makanan dan dipaksa makan juga. Katanya, "Kesian tuan rumah, penat masak untuk kita."
Lepas makan, walaupun tuan rumah larang, arwah Mok tetap suruh kami cuci pinggan sendiri. Katanya, jangan susahkan orang. Itulah didikan halus yang Che Kak kenang sampai hari ini.
Tapi zaman sekarang, che kak akui che kak sendiri tak mampu nak rai tetamu seperti layanan orang dulu-dulu.
Walhal dalam Islam sendiri ajar adab menerima tetamu dan kita sebagai tetamu juga tak terlepas dari adab-adab bertandang ke rumah orang.
Zaman Dah Berubah…
Tapi jujur Che Kak akui, zaman sekarang ni Che Kak sendiri tak mampu nak layan tetamu macam orang dulu-dulu. Kadang-kadang bila penat balik kerja, anak bagitau kawan dia datang, Che Kak terus ‘berkurung’ dalam bilik.
Moga kita dapat semai kembali budaya meraikan tetamu bukan kerana adat semata-mata, tapi kerana itulah ajaran agama dan akhlak yang sepatutnya kita wariskan.
Comments
Post a Comment