Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

Takluk: Lahad Datu – Filem, Pengorbanan & Secebis Sejarah

🎬 Takluk: Lahad Datu – Bukan Sekadar Filem, Tapi Secebis Sejarah Yang Menyentuh Jiwa 🇲🇾 Teruja sangat bila dapat tengok filem Takluk: Lahad Datu semalam. Mission accomplished! ✅ Walaupun cerita ni memang best giler dan penuh aksi, Che Kak tak ada niat nak bagi rating bintang-bintang bagai. Che Kak bukan juri filem pun. Hehe. Tengok sekadar nak menghayati dan menghargai sejarah. Dan filem ni memang layak dipanggil sebagai kisah perjuangan yang patut dikenang. Tanggal 3.3.2013, ramai ingat sebagai detik hitam insiden pencerobohan di Lahad Datu. Tapi bagi Che Kak, tarikh tu juga bermakna – hari pertama lapor diri ke PKMJ Pasir Puteh, sedang hamil lima bulan Kakak Aimi. Bila tengok balik babak demi babak dalam filem ni, terasa macam kembali ke masa tu. Sebak dan bangga bercampur. Filem ni memang tak mengecewakan langsung. Lakonan mantap, aksi real, skrip tak klise. Antara babak yang paling menyentuh: Taktikal sniper & spotter 👀 Edar rokok nak tahu jumlah pengganas 🚬 Sedih tinggalk...

Joe Kwan Mati Bukan Sebab Peluru, Tapi Mulut Ayahnya

Pernah tengok filem The New Police Story lakonan Jackie Chan? Filem ni memang tak pernah mengecewakan. Ulang tayang berjuta kali pun tak jemu. Tapi kali ini, Che Kak nak tulis dari sudut yang lebih dalam — kisah tragik Joe Kwan. Joe Kwan, watak lakonan Daniel Wu, bukan mati sebab peluru polis bertubi-tubi. Dia mati sebab luka yang bapanya tanam sejak kecil. Sejahat-jahat Joe Kwan dalam cerita ni, jahat lagi mulut dan tangan ayahnya. Sejak kecil lagi, dipukul sambil tangan digari, dihina kononnya untuk mendidik. Si ayah — seorang pegawai polis — bangga dengan ketegasan, tapi tak pernah tahu cara nak sentuh hati anak dengan kasih. Ibunya pula… hanya pandai pujuk dengan duit. Joe membesar tanpa belaian kasih, hanya dengan rasa dendam. Dendam kepada ayah, tapi dilepaskan kepada seluruh pasukan polis. Sebab tu dia sanggup merancang rompakan hanya untuk mempermainkan dan menjatuhkan maruah polis. Tapi dia tak bergerak sendiri. Joe ada geng. Bila hati dah hitam dan ada yang menyokong, dendam ...

Marah Satu Hal, Sayang Tetap Jalan

Bergaduh dengan anak dara pun, tapi bila dia ngendeng nak makan sambal ikan bilis, maknya pun cair juga. Siap jugalah sambal bilis campur petai, walaupun muncung mak ni panjang sedepa. Konon merajuk la dengan anak remaja. Tapi tu lah, geram macam mana sekalipun, hati mak ni tak pernah sanggup nak marah lama-lama. Kita pun pernah jadi remaja dulu. Kalau kita tak jadi kawan dia sekarang, takut nanti dia tersalah langkah… yang akhirnya buat air mata kita laju macam air paip pecah. Perangai pun menurun dari kita, gamaknya. Tak sanggup nak marah lama-lama. Waktu kita malas tahap tepu, dialah yang tolong masak nasi, tumbuk sambal belacan, goreng telur mata. Walaupun rasa panas pedal, dia jugalah yang kita minta tolong picit kaki dan kepala. Kadang hangin juga tengok dia marah adik, tapi dia juga yang rajin puji masakan maknya. Sampai kembang setaman bunga raya bila dia kata “Sedapnya mak masak!” Ingatkan nak sweet dan manja… Rupanya ada barang dalam cart Shopee. Gosok-gosok lengan mak ni rup...

SPM Bukan Segalanya, Tapi Permulaan Segalanya

Semua pakat duk upload sijil SPM dalam sistem hrmis. Che kak pun baru upload juga tadi.  Entah bila kali terakhir tengok fail sijil. Maklum la masa nak minta kerja je sibuk jaga sijil termasuk la sijil darjah 6 pun tak terkecuali. Dah dapat kerja,  simpan fail di atas para sampai berhabuk dan tunggu pewaris pusaka kemas-kemas untuk simpan dalam peti besi nanti. Che kak ambil peperiksaan SPM masa umur 18 tahun. Lewat setahun sebab masuk kelas peralihan. Dulu ada kelas peralihan untuk sekolah agama Arab. 21 subjek bukan mudah untuk dipelajari. Bersekolah di Kuantan lepas tu pindah sekolah di Melor, Kota Bharu. Lepas tu pindah ke Sibu. Kenangan zaman sekolah adalah kenangan yang indah sekali. Sekolah kayu bukan halangan untuk cipta memori dengan kawan pelbagai kaum. Belajar apa itu toleransi. Sekolah baru dalam proses pembinaan tak sempat che kak nak rasmi. Che kak bukan pelajar cemerlang.  Bukan juga pelajar yang rajin study. Waktu prep lepas Isyak suka tidur kepala atas me...

RESEPI KEROPEH AYAM MASAK TAUCU DAN KACANG PANJANG

 Lama tak masak menu keropeh ayam masak taucu. Biasanya kalau beli ayam dua ekor, che kak asingkan keropeh ayam. Masak taucu ni sedap guna bahagian keropeh. Keropeh ayam ni macam leher, hati, sayap, pedal, kaki. Sukatan bahan-bahan pun che kak agak-agak je. Ikut rasa nak letak banyak mana bahan dia. 6 ulas bawang merah,  4 ulas bawang putih,  Segenggam cili padi,  3 inci lengkuas,   3 inci halia,  4 batang serai. Semua bahan di blend. Nak extra pedas lebihkan cili.  Panaskan minyak masak, tumiskan bahan blend tadi. Kacau-kacau supaya tak hangit. Dah pecah minyak, letak keropeh ayam yang telah dicincang. Agak-agak dah hampir masak, letak taucu halus dalam 3 atau 4 sudu makan.  Tak kisah taucu jenama apa pun. Asalkan namanya taucu. Tambah air sikit je. Taucu ni dah masin. Kena beringat la bab garam tu. Nak letak gula dan bahan perasa lain pun terpulanglah. Dah masak, letak kacang panjang yang dah dihiris lebih kurang 1 inci. Nak letak banyak ma...

Rutin Harian: Sekadar Hidup atau Benar-Benar Menghidupkan?

Kerja. Balik. Main telefon. Tidur. Macam biasa. Ulang-ulang. Begitulah rutin harian ramai dari kita termasuklah che kak sendiri. Nampak macam hidup ni mudah. Tapi bila kita fikir dalam-dalam, kita mula tertanya: "Apa sebenarnya yang aku kejar setiap hari?" Subuh: Permulaan yang Menentukan Sebelum pergi kerja, apa kita buat? Solat. Tapi bukan sekadar solat wajib. Cuba solat sunat Subuh. Rasa dia lain macam. Hari rasa panjang, hati rasa lapang. Lepas solat, che kak terus siapkan baju anak-anak ke sekolah dan baju sendiri. Ada hari anak-anak tolong iron baju sendiri. Tapi tabiat che kak sejak zaman sekolah tak pernah berubah. Malas nak iron malam-malam atau untuk seminggu terus. 😅 Sakitnya Jadi Supermak Dulu masa anak masih kecil, nak iron baju pun rasa nak menangis. Penat. Lenguh. Sampai satu hari, che kak minta pada suami nak beli iron wap mahal. Alhamdulillah, suami belikan. Sejak tu, kerja jadi mudah. Tak takut lagi baju hangit kena iron panas. Syukur zaman sekarang banyak ...

Cermin Mata Pecah, Tapi Jiwa Masih Kental

Catatan Seorang Ibu: Tentang Luka, Semangat, dan Jalan Raya Berlubang Sehari dua ni, hati ni rasa tak tentu arah. Teringat sangat kat anak sulung kami, Abang Aiman. Selalu kalau masuk cuti semester, memang dia akan ambil peluang bekerja sambilan. Katanya nak cari pengalaman, cari duit poket sendiri, dan kalau ada lebih, reward diri sikit.  Kami sebagai ibu bapa tak pernah halang pun. Biar dia belajar sendiri apa itu dunia sebenar. Hidup bukan setakat hafal buku teks atau jawab soalan objektif. Kadang-kadang, pengalaman kat luar tu lagi ‘real’ dari dalam dewan kuliah. Tapi Allah nak uji. Jam 2 pagi tu, che kak terjaga. Tak tahu kenapa, tapi rasa hati ni lain macam. Cek telefon, tak ada mesej kecemasan. Jadi sambung tidur balik. Tapi tak lama lepas tu, telefon berbunyi. Seram juga bila dapat tahu, Abang Aiman kemalangan motosikal di Terengganu. Syukur alhamdulillah, walaupun luka seluruh badan dan tiga jahitan di siku, tiada patah atau kecederaan serius. Tapi hati seorang ibu, mana b...

Simpan Luka, Jangan Tayang Sengketa

Lawak Tak Kelakar Bila Sahabat Bergaduh Menyampah betul bila tengok isu kumpulan Sepahtu yang tak sudah-sudah. Macam budak-budak bergaduh, tapi budak-budak pun pandai dah minta maaf dan main semula sama-sama. Ni tak. Dah besar panjang, matang kononnya... tapi perangai macam tak move on. Katanya kumpulan lawak. Tapi hal dalaman pun nak dijadikan drama luar. Kalau betul ada krisis, ada salah faham, simpanlah sendiri. Tak payah tunjuk-tunjuk sangat kat media sosial. Bergaduh dalam diam tu lebih baik dari tayang dan layang depan orang ramai. Bukan dapat simpati pun, yang ada makin nampak tak matang. Kalau ada kawan yang buat salah, betul... kita pun manusia biasa, ada rasa marah. Tapi jangan lupa, kita ni pun bukan maksum. Tak lekang daripada salah silap. Sikit-sikit buka cerita sana sini.  Cuba fikir balik, bila kita terjatuh atau ditimpa musibah, silap-silap orang yang kita buruk-burukkan tu lah yang hulurkan tangan dulu. Tayar pancit kat tengah hutan, entah-entah dialah satu-satunya...

PENSIL WARNA LUNA DAN AWAATIF

Pensil Warna Luna & Kisah Seorang Ibu Yang Lemah Hati “Ummi… Awaatif nak masuk pertandingan mewarna. Nak pensil warna Luna...” Haish, dengar je nama "Luna", Che Kak terus automatik rasa nak menolak. Pensil warna mahal, biasanya bukan tahan lama pun — bukan sebab rosak, tapi sebab ‘hilang ghaib’ dalam masa dua hari 🙈 🖍️ Nak Beli ke Tak? Hati ibu mula berperang. Malas nak beli, tapi kesian pula... Warna Luna tu memang la cantik, terang dan hasilnya kemas kalau pandai guna. Nak sokong minat anak, belilah juga akhirnya. Tapi sebelum keluar dari kedai, berjela la “kata-kata hikmah” keluar dari mulut Che Kak. Kononnya nasihat... sebenarnya lebih kepada membebel dan sedikit ugutan 😅 💭 Terkenang Zaman Sekolah Dulu Zaman Che Kak dulu… alat tulis jaga macam harta karun. Pensil warna tu pakai sampai kontot, bekas pensil pun penuh nama dan conteng tapi masih tahan bertahun. Nak minta beli baru? Fikir 70 kali dulu. Kadang takut nak buka mulut sebab tahu mak ayah bukannya mampu san...

SUKARELAWAN KHIDMAT BANTU DI RUMAH

Semalam ada perjumpaan dengan sukarelawan KBDR. Kemaskini rekod untuk dokumentasi. Bukan tak boleh buat sendiri. Tapi che kak nak sukarelawan ada rasa cakna dan bertanggungjawab dengan dokumen masing-masing. Dah macam kelas tuisyen pula gayanya.😂 Bak kata seorang sukarelawan baik pege cok (cangkuk) la dari fail. 🤣 So far okey sangat diorang sebab bagi kerjasama yang sangat baik. Tambahan pula che kak ada anak buah yang sangat komited. Jadi, kerja-kerja semakan fail tu berjalan dengan sangat lancar. Apabila terlihat fail arwah Abe Ain tiba-tiba rasa sebak. Baru sahaja menemui Pencipta kita pada minggu lepas. Arwah sangat komited dengan kerja sukarelawan. Ringan tulang, sentiasa senyum walaupun tak cakap banyak.  Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.  Minggu lepas juga semasa mesyuarat unit, Encik Amin ada bertanyakan  semua Penyelaras Unit  beban tugas lain selain daripada unit komuniti. Semuanya ada 2 , 3 portfolio lain. Terkejut...

Syukur di Jalan Ini

Balik dari meeting unit komuniti. Kenyang perut makan nasi ayam free.  Ambil peluang muhasabah diri sendiri. Banyaknya nikmat Allah dah bagi.  Sekali sekala dapat memandu tanpa anxiety, makan roti kopi, sambil dengar lagu rock cocok pendrive tanpa CD, lepas tu istighfar termalu sendiri bila orang lalu tepi. Hidup ini nak tenang dan happy-happy. Cari bahagia cara sendiri. Musuh jangan di cari. Ada kawan baik hormat sama sendiri. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada diri. Ada kerja cukup bulan dapat gaji. Panjang umur merasa pencen sendiri. Kalau tak suka boleh berhenti awal tanam cili. Berkat rezeki bukan sekadar baca waqiah setiap hari. Prinsip kerja sosial juga perlu difahami. Kalau tak faham lagi gi kursus di ISM Sungai Besi. Kita kerja kebajikan bukan askar berkawat kasut kilat berkiwi. Kita ni hanya tumpang asnaf punya rezeki. Santuni mereka dengan penuh empati. Pandanglah warga emas macam emak sendiri. Ada sebab la tu kenapa mereka isi borang mohon BWE.