Cermin Mata Pecah, Tapi Jiwa Masih Kental

Catatan Seorang Ibu: Tentang Luka, Semangat, dan Jalan Raya Berlubang


Sehari dua ni, hati ni rasa tak tentu arah. Teringat sangat kat anak sulung kami, Abang Aiman. Selalu kalau masuk cuti semester, memang dia akan ambil peluang bekerja sambilan. Katanya nak cari pengalaman, cari duit poket sendiri, dan kalau ada lebih, reward diri sikit. 


Kami sebagai ibu bapa tak pernah halang pun. Biar dia belajar sendiri apa itu dunia sebenar. Hidup bukan setakat hafal buku teks atau jawab soalan objektif. Kadang-kadang, pengalaman kat luar tu lagi ‘real’ dari dalam dewan kuliah.


Tapi Allah nak uji.


Jam 2 pagi tu, che kak terjaga. Tak tahu kenapa, tapi rasa hati ni lain macam. Cek telefon, tak ada mesej kecemasan. Jadi sambung tidur balik. Tapi tak lama lepas tu, telefon berbunyi. Seram juga bila dapat tahu, Abang Aiman kemalangan motosikal di Terengganu.


Syukur alhamdulillah, walaupun luka seluruh badan dan tiga jahitan di siku, tiada patah atau kecederaan serius. Tapi hati seorang ibu, mana boleh tenang tengok anak dalam keadaan macam tu? Motor TZ kesayangannya yang dibeli hasil titik peluh kerja di kedai kasut bundle dulu pun remuk teruk. Sakit mata mak tengok, sebab tahu macam mana dia berjimat untuk beli motor tu cash tanpa hutang.


Cermin mata pecah. Tapi Allah hadirkan seorang ‘pakcik’ baik hati pinjamkan cermin mata dia. Dua orang kawan baik Aiman pula setia meneman sampai kami sampai di hospital. Dalam dunia hari ni, kawan yang sanggup duduk sekali masa kita luka dan jatuh tu memang rare sangat.


Keluarga ipar dan mentua yang sepatutnya bertolak ke KL pagi tu pun tak jadi gerak. Hati masing-masing risau nak tinggalkan cucu sulung. Kami semua ‘berkampung’ kat Terengganu pagi tu, uruskan apa yang perlu, dan bawa balik Aiman ke rumah untuk berehat dan sembuh.


Abi dia macam biasa. Bila anak-anak sakit, semua kerja lain terus tolak tepi. Fokus penuh untuk anak sulung ni.



Abang Aiman


Che kak percaya, Aiman ni kuat. Dia tahu sebagai lelaki, dia ada tanggungjawab besar. Mungkin luka kat badan tu ambil masa untuk sembuh. 


Abang Aiman, umi nak abang tahu motor boleh dibaiki, tapi semangat tak boleh diganti.


Nak teruskan kerja lepas ni atau berhenti rehat kejap, itu keputusan abang Aiman. Tapi jangan putus asa. Allah uji sebab Dia tahu abang mampu.


Dan kepada pihak berwajib JKR, tolonglah baiki jalan-jalan yang ‘makan jasa’ tu. Jangan tunggu ada nyawa melayang baru nak tampal lubang.


Sebagai ibu, che kak takkan berhenti berdoa. Moga Abang Aiman dan semua anak-anak  di luar sana terus kuat hadapi hidup. Lekuk dan lubang dalam perjalanan tu memang akan ada, tapi jangan sampai hilang arah dan tujuan.


Sebab setiap luka itu akan sembuh 

dan setiap ujian itu adalah jalan untuk kita jadi lebih tabah, lebih bijak, dan lebih menghargai hidup.

#BulanlepaskeKedahsebabteringatkatabangAhyad




Comments