Langkah Pertama di JKM: Kenangan Manis Penuh Cabaran 📅 16 Disember 2002 – Sebuah Permulaan Setiap orang ada titik mula dalam kerjaya mereka. Bagi Kak Za, tarikh 16 Disember 2002 menjadi sejarah peribadi — hari pertama bergelar warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL). Bukan sekadar permulaan kerja, tetapi juga permulaan kehidupan baharu di ibu kota. 🏢 Pejabat yang Disangka Hotel Melapor diri di Grand Season Avenue, Jalan Pahang, betul-betul depan Hospital Kuala Lumpur. Bila tengok bangunan, hati sempat tertanya: “Betul ke ini pejabat kerajaan?” — nampak macam hotel! Ditemani ayah, cik (mak tiri) dan menantu cik, kami sempat singgah sarapan tosei. First time makan, tapi terus jatuh cinta! Cik pula, orang Kelantan yang lama duduk Penang — sampai habis hampir 10 keping! 👥 Hari Lapor Diri Hari itu, tiga orang lapor diri — Kak Za, Kak Marina dan Burn. Kami disambut Pak Cik Kamal di pintu, dan menghadap Tuan Pengarah En. Pillay, seorang ya...