Apa khabar?
Lamanya kita tak jumpa. Hari ni Kak Za
nak ambil kesempatan nak cerita pengalaman masa Kejohanan Special
Olympics kali Ke 3 di Kuala Terengganu selama 5 hari bermula 24hb hingga 28hb
Mei 2014. Sepanjang 12 tahun berkhidmat dengan
JKM, Kak Za tak pernah terlibat dengan sukan
Jabatan atau Special Olympics.
Sebenarnya
kejohanan ni sebagai menggantikan
sukan yang sama pada tahun 2013 di Kuantan, Pahang tetapi terpaksa ditunda
akibat jerebu yang melanda Kuantan dan hampir seluruh Malaysia pada ketika itu.
Kiranya rezeki Kak Za juga dapat join. Kak Za ditugaskan sebagai L/O bagi
Kontinjen Negeri Kelantan. Ada 4 orang Penyelaras OKU yang terlibat iaitu Liza
Pasir Mas, Mazidah Jeli, En. Man Tanah Merah dan Kak Za. Yang lain-lain tu
terdiri daripada jurulatih, petugas dan penyelia PDK, warga JKM Negeri, guru
sekolah Pendidikan Khas dan atlet. Tak silap Kak Za semuanya 82 orang kontijen
Negeri Kelantan.
Macam-macam
karenah atlet ni. Tapi, semuanya happy dan bersemangat nak bersukan. Dua hari sebelum bertolak, Kak Za dan petugas PDK, ‘memborong’ keperluan untuk atlet dan diri sendiri. Banyak juga la lari bajet bulanan.
Special
Olympic menawarkan penyertaan daripada peserta OKU kategori masalah
pembelajaran. Special Olympic ini berbeza dengan sukan Paralimpik yang mana ia
membabitkan acara sukan biasa seperti olahraga, balapan, bocci (seakan boling
padang) bola sepak, renang dan bowling. Uniknya Special Olympic ini
memperlihatkan peserta atau atlet dilatih dan diaturkan mengikut divisyen dan atlet
dikumpulkan mengikut keupayaan sama dalam satu-satu acara. Misalnya, dalam
acara 100 meter, atlet itu kita akan dikumpulkan di kalangan mereka yang
berupaya lari dalam lingkungan masa 15 saat, justeru, mereka akan bertanding
hanya dalam kumpulan atlet yang boleh lari dalam lingkungan masa 15 saat saja.
(Faham tak? Kalau tak faham, abaikan. Bukannya masuk periksa).
Kejohanan
ni anjuran Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM). Manakala
Special Olympics Malaysia (SOM) akan memberikan kerjasama dari segi teknikal,
terutamanya yang melibatkan peraturan-peraturan sukan dan permainan yang
ditetapkan oleh Special Olympics.
Jumlah
sukan yang telah dipertandingkan adalah 6 iaitu Bocce, Bolasepak 11 Sebelah
Unified Team, Bowling, Equestrian, Olahraga dan Renang.
Tak silap Kak Za seramai 1,200 orang atlet Special Olympics dari 15 kontinjen negeri yang menyertai sukan tersebut. 400 pegawai dan jurulatih, 400 pegawai teknikal sukan, 200 urusetia dan 300 sukarelawan juga turut membantu melicinkan sukan tersebut.
Semua
kontinjen menginap di asrama Universiti Teknologi Mara Kampus Kuala Terengganu,
Chendering. Rasa macam student pulak. Duk ramai-ramai kat asrama.
Bilik air dan bilik tidur memang bersih
dan selesa. ESP wajib
minum dulu sebab kena aktif kat padang walaupun tak main. Hehe. Untuk tambah tenaga.
Hari
pertama, belum ada lagi acara dipertandingkan tapi diadakan divisioning dulu. Walaupun
sekadar divisioning, tapi penting juga tau. Katanya markah dah diambilkira. Kak Za pergi kat divisioning renang. Tu dioooo..
Kak Za tak pernah tengok acara renang secara live. Tapi kebanyakkannya, pakaian
menutup aurat. Tak de yang pakai bikini dan seluar dalam sahaja. Kak
Za segan nak ambil gambar atlet renang ni. Ambil gambar kolam renang je la.
Atlet
Kelantan yang masuk acara renang ni ada 4 orang.
Renang pula menawarkan 4 acara sahaja
iaitu:
- 50 meter gaya bebas
- 100 meter gaya bebas
- 4 X 50 meter gaya bebas dan
- 4 X 100 meter gaya bebas.
Hari
kedua Kak Za pergi tengok kat tempat sukan Equestrian. Sukan ni pula menawarkan dua acara iaitu Dressage dan
Gymkhanna. Ka Za tak tahu nak terangkan apa maksudnya. Tapi,
atlet dan jurulatih Kelantan memang rasa frust sangat. Sebab rupa-rupanya apa
yang diorang berlatih selama ni, memang salah dan tak ikut peraturan acara. Salah
satunya pakaian memang kena ikut standard yang telah ditetapkan. Tapi takpe. Ini kali pertama
join dengan acara ni.
Masa nak tidur malam tu, memang rasa sakit satu badan. api Kak Za telan Ostematrix dulu sebelum tidur. Katanya boleh lenakan tidur dan Insya Allah
bangun tidur dengan rasa segar dan sihat.
Kessokkannya, Kak Za bersama dengan atlet olahraga pula bagi acara balapan. Olahraga ni ada 2 jenis iaitu balapan dan
padang. Balapan ni acara lumba lari.
Olahraga pula
menawarkan 7 acara iaitu:
- 100 meter pecut
- 200 meter pecut
- 400 meter larian
- 4 X 100 meter berganti-ganti
- 4 X 200 meter berganri-ganti
- Lompat Jauh
- Lontar Peluru dan
- Lompat Jauh Berdiri (khas untuk atlet 'lower ability')
Fuh!
Meremang bulu roma Kak Za tengok diorang berlari.
Banyak
juga atlet Kelantan kutip pingat emas, perak dan gangsa. Berbaloi duduk
berpanas. Tapi kan Kak Za heran betul. Dah la cuaca panas. Tambah dengan bahang
panas trek. Tapi atlet tetap sabar dan bersemangat nak habiskan acara tu. Ada la sorang atlet dari negeri mana ntah yang
merajuk tak nak lari. Jenuh juga la pengiring dia memujuk dia. Dah berbatal
penyertaan dia.
Ada lagi yang menarik perhatian Kak Za. Terkejut betul tengok ada atlet berbadan besar
boleh menang. Bukan setakat kalah, tapi jauh ketinggalan atlet yang slim. Macamana atlet ni boleh mempunyai stamina dan
kalahkan atlet lain. Siapa sangka kan.. Kak Za tanya la atlet ni. macamana
boleh lari laju. Katanya minum 100 Plus jer.
Kak
Za tumpang sedih dan bersimpati dengan seorang atlet Kelantan. Dia memang lari laju. Kiranya beberapa cm lagi nak sampai ke garisan penamat. Tiba-tiba pula
dia jatuh tersungkur. Elok je nak dapat juara, terus jadi nombor terakhir.
Kesian tau tengok dia. Dah la sakit. Sedih pulak dia.
Kak Za terus insaf dan belajar
sesuatu. Walaupun kita dah hampir atau berjaya, tak mustahil kita boleh jatuh
tersungkur dalam kehidupan sebenar. Walaupun kita jauh ketinggalan, tak
mustahil kita akan mencapai kejayaan dalam kehidupan realiti.
Dah
selesai acara olahraga, baru perasan muka Kak Za jadi merah macam udang kena
bakar. Alamak! Sun burn. Huwaaa. Dah la tak sapu sun block. Keesokkanya
memang muka Kak Za hangus. Sebelum tidur, Kak Za sapu muka
dengan vitamin E. Katanya bagus untuk hilangkan sun burn kat wajah ni..Alhamdulillah
sehingga hari ini, dah semakin beransur hilang sun burn itu.
Acara
bowling Kak Za tak pergi tengok. Tapi sempat singgah semasa divisoning hari kedua
tu. Best la duduk kat tempat sejuk ber air cond.
Sementara
itu dalam sukan Bowling pula, juga 7 kategori dipertandingkan. Sama dengan
acara Bocce:
- Individu Lelaki
- Individu Perempuan
- Berpasangan Lelaki
- Berpasangan Perempuan
- Berpasangan Campuran
- Berpasukan Lelaki dan
- Berpasukan Perempuan
Hebat
betul atlet tunggal dari Jajahan Tumpat. Semua dia sapu emas. 3 emas! Acara
individu, berpasangan dan berkumpulan lelaki. Tak sia-sia la jurulatih abe Isey
(kami kami abe Isey Pos) dari PKMJ Pasir Mas. Sebab masa tu, Kak Za nampak
jurulatih tegur dia. Dia selalu kasi lempar bola bowling masuk longkang. Banyak
juga diorang wat balik pingat. Walaupun OKU Masalah pembelajaran, tapi dia
boleh berdikari tanpa cikgu pengiring. Tapi kami tolong ‘tengok-tengokkan’
dia.
Hari
keempat, Kak Za tak pergi kat acara olahraga
(padang). Tukar dengan Puan Mazidah Penyelaras Jeli pulak. Beliau bertugas kat sana pula. Sebab Kak Za nak tengok bola sepak. Soccer
time. Best tau tengok bola sepak SOM
ni. Lain daripada yang lain. Apa yang best tu. Ni haa. Kak Za copy paste je ayat Pegawai SOM. Jangan marah ye.
“Bolasepak
11 Sebelah Unified Team pula diadakan bagi menggantikan Bolasepak 5 Sebelah
sebelum ini kerana pertandingan ini akan menjadi medan pemilihan pemain-pemain
yang akan mewakili Malaysia pada 1st Special Olympics World Cup 11 A Side
Unified Team yang akan dianjurkan oleh Malaysia. Malaysia telah memenangi
pemilihan sebagai tuan rumah yang menggantikan Rio de Jeneiro yang menarik diri
dari tuan rumah tahun lalu.
Yang
menariknya, Bolasepak 11 Sebelah Unified Team ini, pasukan akan dianggotai oleh
seramai 9 orang atlet Special Olympics (atlet kurang upaya
intelek/intellectually disabled athletes) dan 7 orang pemain biasa yang
dipanggil 'partners'. Semasa permainan seramai 6 orang atlet Special Olympics
dan 5 orang partners akan bermain manakala penjaga gawang mestilah dikalangan
atlet Sepcial Olympics. Mereka akan bermain selama 60 minit iaitu 30 minit
setiap separuh masa.
Peraturan
permainan adalah mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh AFC dan FIFA.”
Maksudnya penjaga gol dan penyepak bola masuk
gol mesti OKU. Atlet normal yang ada dalam
team tu sekadar jadi ‘pilot’ je. Tapi kan, fullamak! Best tau tengok diorang main. Penjaga gol Kelantan meh meh
Apek dah. Cekap betul dia tangkap bola. Memang best. Separuh akhir menyaksikan perlawanan antara
Kelantan vs Melaka. Lokasi kat Padang Sekolah Menengah Agama Tok Jiring.
Duduk bertenggek kat tepi padang bawah pokok.
Panas pun panas la. Janji semangat bola. Final antara Kelantan vs WP
Kuala Lumpur. Tak sampai sejam tamat,
terus berkejar ke SMK Teknik pula. Duduk lagi bawah pokok. Tambah ‘aksesori’ tepi
longkang. Layan je beb. Atlet dah nampak penat atlet tapi semangat tetap power.
Atlet Kelantan main nampak hebat dah, tapi pemain WPKL tak kurang hebat juga. Tapikan, kalau final di buat kat stadium lagi best kan.
Asyik cerita pasal acara, lupa nak cerita tentang perasmian pembukaan SOM. 25hb
Mei 2014 jam 8.00 malam ada perasmian. Perasmian tak lain tak bukan mesti lah oleh
Dato’ Menteri Pembangunan Wanita keluarga dan Masyarakat. Waduh waduh! Asyik
sekali tengok maskot-maskot. Pakaian kontinjen tak kalah beb. Ceria dengan
warna warni. Bukan senang tau nak handle atlet OKU ni. Tabik sama pengiring
kontinjen masing-masing. Macam-macam
maskot ada. Ada seladang, nuri, gajah, dan banyak lagi la.
Maskot Kelantan pula
Wira. Lambang semangat kesukanan
katakanya. Kami kontinjen Kelantan pakai baju TRW sumbangan daripada Tan
Sri Annuar Musa. Ada beg galas TWR lagi. Mahal tau kalau nak beli
sendiri. Sesi terakhir dapat bergambar
dengan menteri. Sungguh meriah.
Apabila
ada pembukaan perasmian, ada pula perasmian penutup. Kali ni Perasmi oleh
Menteri Besar Terengganu yang baru. Ada makan-makan, hehe. Semasa makan tu, turut
diumumkan maskot terbaik. Kak Za lupa dah negeri mana. Perak kot. Yang maskot seladang. Sebenarnya, SOM sama sekali tak akan umumkan negeri
terbaik sebab matlamat dan tujuan SOM ini nak meraikan warga OKU dengan
penyertaan sukan.
Alaaa
tak kasi umum pun kitorang tahu jugak.. Hehe.
Hari
terakhir, 28hb Mei 2014. Tibalah masa untuk pulang. Yang mana wat balik pingat
senyum memanjang. Yang tak berjaya, jangan putus asa. Terima kasih JKMN Terengganu. Terima kasih
SOM. Terima kasih dan tahniah kepada Puan Roshayati Omar selaku Ketua Kontinjen
Kelantan dan teamnya. Kak Rohana, Kamarina, Jaswani. Terima kasih atas
komitmen yang diberikan. Bersusah payah dan bersemangat melatih atlet Pasir Puteh.
Frust
juga la tak jumpa dengan Puan Hajar. Orang kuat JKMM yang handle SOM ni.
Ingatkan dapat jumpa kawan lama (JKMWPKL) dulu. Tapi apa boleh buat. Kesihatan
tak mengizin beliau berada di sini.
SOM
ke 4, Jumpa lagi.
Comments
Post a Comment