21 Tahun Bersama JKM – Bukan Tentang Jadi Otai, Tapi Terus Belajar Hari ni, che kak saja nak tulis sedikit refleksi sempena 21 tahun bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bukan nak cerita hebat diri atau nak rasa otai, jauh sekali. Sungguh, che kak tak rasa pun macam orang lama. Rasa-rasa baru je lapor diri di JKMWPKL. Dalam tempoh 21 tahun ni, satu perkara che kak belajar: kita tak boleh berhenti belajar. Di JKM, perubahan sentiasa berlaku. Garis panduan, SOP, ISO, akta semuanya sentiasa dikemaskini. Jadi ayat “zaman saya dulu…” memang tak relevan dah. Kita bukan lahir zaman Hang Tuah nak guna ayat tu selalu. 📌 Kerja Takkan Habis, Tapi Boleh Dibincang Kerja ni memang takkan pernah selesai. Kalau mampu, kita buatlah. Kalau tak mampu, bincang elok-elok dengan ketua. Setakat ni, che kak bersyukur sangat sebab dapat bekerja di bawah bos dan ex-bos yang memahami. Mereka kenal kelebihan dan kelemahan che kak. Alhamdulillah, markah SKT pun tak pernah menyedihkan. Tapi, jangan mai...