Kerja Dengan Ilmu, Kawan Dengan Hati

21 Tahun Bersama JKM – Bukan Tentang Jadi Otai, Tapi Terus Belajar


Hari ni, che kak saja nak tulis sedikit refleksi sempena 21 tahun bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bukan nak cerita hebat diri atau nak rasa otai, jauh sekali. Sungguh, che kak tak rasa pun macam orang lama. Rasa-rasa baru je lapor diri di JKMWPKL. 


Dalam tempoh 21 tahun ni, satu perkara che kak belajar: kita tak boleh berhenti belajar. Di JKM, perubahan sentiasa berlaku. Garis panduan, SOP, ISO, akta semuanya sentiasa dikemaskini. Jadi ayat “zaman saya dulu…” memang tak relevan dah. Kita bukan lahir zaman Hang Tuah nak guna ayat tu selalu.


๐Ÿ“Œ Kerja Takkan Habis, Tapi Boleh Dibincang

Kerja ni memang takkan pernah selesai. Kalau mampu, kita buatlah. Kalau tak mampu, bincang elok-elok dengan ketua. Setakat ni, che kak bersyukur sangat sebab dapat bekerja di bawah bos dan ex-bos yang memahami. Mereka kenal kelebihan dan kelemahan che kak. Alhamdulillah, markah SKT pun tak pernah menyedihkan. Tapi, jangan main-main dengan markah ni sebab ia melibatkan masa depan kita.

Gambar hiasan sahaja


๐Ÿ•˜ 9 Jam di Pejabat, 3 Jam Dengan Keluarga, Selebihnya Zzzzz…

Kalau ikut kiraan, kita habiskan hampir separuh hari di pejabat. Masa dengan keluarga, berapa jam je? Jadi jangan hairan kalau kita penat, letih, emosi pun tak tentu. Termasuklah diri kita sendiri. Tipulah kalau kata tak pernah terasa hati, tak pernah geram, tak pernah kecil hati.


Tapi di hujung hari, kita kena muhasabah diri. Kita tak boleh ubah perangai orang, tapi kita boleh ubah cara kita melihat dan menerima sesuatu. Kadang-kadang kita kecewa sebab kita letak harapan terlalu tinggi pada orang sekeliling.


๐Ÿงก Rakan Sekerja, Tolong Jangan Bergaduh

Hormatilah rakan sekerja walaupun kita tak sependapat, tak sefahaman, tak sefesyen. Bergaduh sebab kerja memang tak berbaloi langsung. Sebab hari esok, kita tetap akan jumpa muka yang sama juga. Malah, rakan sekerja ni lah yang selalunya datang dulu bila kita susah.


Contoh paling dekat tayar kereta che kak pancit, dan rakan sekerja yang datang tolong tukar. Bayangkan kalau masa tu tengah bermasam muka? Takkan nak suruh tow truck pula.


๐Ÿ‘ฅ Kawan Tak Perlu Ramai, Asal Ada Yang Ngam

Berkawan di pejabat ni terpulanglah pada keselesaan masing-masing. Tak rapat tak bermakna kita sombong. Kadang-kadang kita lebih selesa dengan yang faham ‘frekuensi’ kita. Yang penting, jangan menyalahgunakan kuasa yang ada. Ingat, kuasa tu sementara. Bila kita bersara, berpindah, atau pergi buat selamanya kuasa tu takkan ada makna pun.


๐ŸŽ‰ Penutup: Bukan Tentang Tahun, Tapi Tentang Nilai

21 tahun ni bukan sekadar angka. Tapi ia tentang pengalaman yang membentuk jiwa, tentang kesilapan yang mendewasakan, dan tentang rakan-rakan yang menyokong sepanjang perjalanan.


Kalau ada yang baru di JKM, che kak cuma nak pesan satu: jangan takut belajar. Jangan malu bertanya. Hormati orang sekeliling. Jaga amanah. Jangan lupa jaga diri.

Comments