Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2024

ANNUAL DINNER ARABIAN NIGHT PKMJ KOTA BHARU 2024

Semalam berkesempatan hadir program Anual Dinner yang merupakan acara tahunan. Di samping majlis perpisahan untuk puan kaunselor yang telah ke JKMN dan puan boss yang akan bertukar ke lain jabatan. Che kak pergi atas keizinan encik suami dan kena tahu jaga batasan terutama dari segi pakaian. Pakaian tema Arabic Night apa la yang che kak mampu sediakan. Jubah hitam yang dibeli di TikTok tanpa bling-bling berkilauan.  Kain tudung pula lagi la che kak tak reti nak fikirkan. Sudahnya....  "bang, pinjam kain serban". Terpukau melihat kaum lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi pekerja kontrak kebersihan. Betul-betul bergaya mengalahkan orang Arab Iran.  Lepas ni che kak tulis siapa yang menerima anugerah King dan Queen dan entah berapa modal yang mereka telah laburkan. Ucapan puan PKMJ dan kaunselor tiada air mata yang menjadi peneman. Dah nama majlis pun anual dinner bukan majlis perpisahan.  Walaupun sekejap je dapat bersama dengan dua orang insan ini tapi rasa macam dah...

Puan Boss & Cafe Pink

Hari ini takde selera. Entah mengapa. Bekal nasi goreng di bawa pulang ke rumah semula. Royak ke tok laki sejaroh ni ambo tak lalu make nasi hari ni walaupun bekal telah dibawa.  Hari ini berkesempatan keluar makan bersama puan boss yang tercinta (mohon jangan loya).  Sebelum masuk, che kak cek kereta. Segan pula kalau bersepah dan ada bau yang tidak enak walaupun pewangi dah ada. Pusing satu bandar nak cari makan sebab kedai tutup mungkin sebab cuti raya. Singgah cafe yang tersohor walaupun kali pertama tahu nama. Ramai 'orang luar' yang bawa ibubapa makan bersama. Mungkin cipta kenangan bersama keluarga. Order nescafe macam biasa. Tapi katanya nescafe dan milo tiada. Fahamlah che kak bahawa boikot masih dilaksana. Namun ada baiknya diganti dengan minuman sama sejenis walaupun lain jenama. Hairan bin ajaib macamana depa  ambil order boleh ingat semua  tanpa menulis sebagai tanda. Sedap juga makan nasi himpit sambal kelapa. Tapi sikit sangat kena timbal dengan roti b...

Resepi Nasi Ayam Power Tanpa Pewarna, Tanpa Gagal

Resepi Nasi Ayam Kesukaan Che Kak 1. Nasi: Beras (4 cawan) – cuci bersih Bahan-bahan dimasukkan terus dalam rice cooker: Butter  Bawang putih – diketuk/cincang Halia – diketuk Daun pandan Minyak bijan Kiub pati ayam Air rebusan ayam – guna untuk masak nasi Nota: Tak perlu pewarna kuning – warna asli lebih menyelerakan. Bau wangi menusuk hidung! 2. Sup ayam: Ayam (boleh letak kaki ayam untuk lebih umph) Bawang besar – hiris Bawang putih dan halia – diketuk Akar ketumbar Kiub pati ayam Akhir sekali: Tabur daun sup dan daun bawang sebelum tutup api. 3. Ayam: Rebus dulu dalam sup tadi Kemudian gaul dengan bahan perapan: Kicap manis Kicap masin Sos tiram Minyak bijan Serbuk rempah Madu (kalau tak terlupa 😄) Gaul rata, perap sekejap Goreng sekejap je – sebab dah masak dalam sup Kuah kicap ayam ni jangan dibuang! – kuah inilah yang menyedapkan nasi. 4. Sambal: Lada merah besar Tomato Bawang putih Air rebusan ayam Cuka, garam, gula Blend semua, lepas tu masak sekejap atas api 5. Sayur-say...

Sehari Jadi Surirumah Sepenuh Masa

🌸 Sehari Jadi Surirumah Sepenuh Masa Hari ni che kak ambil cuti. Cuti rehat banyak lagi tak guna, jadi ambil peluang jadi surirumah sepenuh masa. Walaupun niatnya nak luang masa dengan anak-anak, masing-masing bawa diri juga. Nak tidur siang pun tak boleh, ada je anak yang datang menempel sebelah. Kadang-kadang bergaduh sesama sendiri. Che kak tengok je — besar kecik besar kecik sambil urut dada. 😌 Best ke jadi surirumah sepenuh masa? Kalau anak buat perangai, boleh jadi singa juga kita ni. Tapi itulah kenangan terindah — sementara anak-anak masih kecil, masih belum ada dosa. Bila kita dah tua nanti, itulah keletah yang akan kita rindu. Hari ni baru lepas masak ayam gulai dan ayam goreng celup tepung — menu feveret anak-anak. Rasa macam nak buat roti jala, tapi tengoklah kalau rajin. Kalau tak, cicah roti gardenia je lah ya. 🤭 Petang ni nak balut buku sekolah anak. Hari Ahad ni kena hantar semula sebelum cuti sekolah bermula. Pelik juga, pembalut buku tu cepat sangat rosak. Tak past...

Tanda Mati Itu Comel, Bila Hidup Penuh Amalan

Sedap sungguh jepuk pise Jire sebeloh jong kame Sedap sengoti gulai aye Ado kuih muih dan bihun pelengkap hidange Mareng kutip sepuluh ya sore Wi sumbange atas raso keikhlase Hasilnya perut kekenyange Jamu bele bele dengar tazkirah bulane Setiap minggu solat hajat mitok ngan Tuhe Baco Yasin tamboh amale Ore jate jadi tok ime Gilir-gilir biar raso sikit sore Dengar tazkiroh setiap hujung bule Tamboh ilmu untuk pelengkap amale  Hati manusio takdok ilmu mudoh jadi hite Bahkan mudoh jadi pengikut sete Ustaz royak bekale untuk mati keno berime Lepas tu keno beramal soleh iaitu beribadat untuk Tuhe Keno rajin solat jemaah dan  baco qur'e Nok mati pun ado tando come Dale kubur duk sore-sore Baco Quran jadi peneme Hok wojib jange tinggal semaye Keno azab kubur sebab malaikat mari tte

Dulu Lain, Sekarang Pun Lain, Tapi Che Kak Tetap Che Kak

Semalam ke Pasir Puteh dan Jerteh sebab ada urusan peribadi. Singgah makan nasi ayam penyet dan order bahagian paha dan air nescafe. Nasi ayam penyet sedap dan murah serta sup panas-panas dengan sambal cili pedas berapi.  Rindu sangat-sangat dengan geng makan yang hobinya makan tengahari.  Apa khabar mereka sekarang ini? Walaupun ada wasap tapi tak berkesempatan juga nak tanya khabar setiap hari. Sejak kerja di Kota Bharu dah rasa macam orang kaya walaupun sama je gaji. Dulu sempat kumpul minyak masak paket sebab balik kerja singgah PKT. Sekarang ni minyak masak botol kena beli di Lotus dan kena tolak dengan troli. Dulu parking free. Pejabat lama masih ada laman yang boleh letak depoh mini. Nasib baik kerja di KB ni boleh claim parking setiap hujung bulan dan lebih jimat bayar pas bulanan daripada bayar hari-hari. Jem tanpa roti itu perkara biasa setiap hari. Tapi setakat ni pergi kerja tak lewat lagi kerana orang semuanya rushing keluar mencari rezeki.  Bezanya jalan ke ...

Antara Kabus, Jalan Raya dan Hati Seorang Ibu

Perjalanan, Rindu dan Sekawan Gajah Sehari dua ni, tak sempat nak menulis di muka buku. Entah apa yang sibuk pun tak tahu. Kadang-kadang bila ada masa lapang, otak pula beku. Tapi bila tak tulis, rasa rugi pula. Banyak momen kecil yang berlaku yang layak dikenang. Pagi semalam, hantar anakanda balik ke Kedah. Balik terus hari yang sama. Tak bermalam. Bukan tak mahu berehat, tapi banyak kerja yang sedang menunggu. Jumpa anak saudara sekejap pun rasa rindu terubat walau sekelumit. . Perjalanan jauh, berbelas jam lamanya, tapi suami tetap steady memandu. Che kak ni  bab memandu jauh terus pass baton. Mujurlah dia jenis tenang, tak banyak bunyi, dan masih boleh senyum bila matahari tegak atas kepala. Alhamdulillah, perjalanan pergi balik dipermudahkan. Yang paling tak disangka, kami sempat saksikan sekawan gajah melintas jalan. Bukan seekor dua tapi betul-betul sekawan, berjalan penuh bergaya. Kami berhenti, sabar menunggu. Mereka pun makhluk Allah, yang ada hak di muka bumi ini. Tiada...

Rupanya Hati Ini Masih Milik Unit Bantuan

Rupanya Hati Ini Masih Milik Unit Bantuan Dulu la dulu… Waktu hati dah mula rasa jemu, Che Kak dah ‘jaga’ Unit Bantuan hampir 9 tahun. Hampir sedekad. Sampai satu tahap, dah rasa tepu. Otak rasa beku. Jiwa rasa statik. Bukan sebab tak suka bantu orang, tapi mungkin sebab terlalu lama duduk di satu tempat yang sama. Che Kak minta tukar. Jumpa ex-boss masa tu, minta elok-elok: "Boleh tak tukarkan saya ke unit lain?" Jawapan dia lembut… tapi pedih juga sikit: "Unit tu takde orang nak jaga." Masa tu, rasa macam hati jatuh tergolek dari meja. Tapi takpe, kita pendam. Kita diam. Lepas tu merajuk sorang-sorang. Akhirnya isi borang tukar ke pejabat lain. Bukan sebab kecewa sangat… tapi lebih kepada menyelamatkan diri daripada jadi kayu reput. Merasa juga pegang unit lain. Unit OKU. Cabaran lain, rentak kerja pun lain. Che Kak belajar banyak perkara baru. Tak lama lepas tu, semasa zaman PKP  eh! tiba-tiba berpatah balik ke Unit Bantuan. Kat situ, Allah sahaja yang tahu macam...

Bila Tok Ngulu Dipersalahkan, Siapa Sebenarnya Yang Faham?

Beberapa hari yang lalu semasa che kak bertugas di kaunter, ada seorang klien jabatan telah mengadu. Katanya 'tok ngulu' tok caro pun ke kawasan perumahannya semasa banjir beberapa minggu yang lalu. Aduhai besor kecik besor kecik tengok dia dan terfikir adakah di sini  kaunter aduan tentang tok ngulu?  Oleh sebab che kak dah hadir kursus / Bengkel I Am Customer Service Champion and Projecting Professional Image selama 3 hari beberapa tahun yang lalu, maka ala-ala koya professional maka khidmat nasihat telah diberi kepada klien itu. Bahkan bertambah 'koya' berprofesional sebab dah jadi mantan Penyelaras Aduan di Jajahan Pasir Mas dan Pasir Puteh selama 15 tahun nan lalu. Che kak nak klien itu balik dengan keadaan puas hati dengan jawapan setiap persoalan yang diutarakan itu. Che kak tanya, adakah seorang tok ngulu atau kita yang jadi tok ngulu ni mampu nak pergi semua kampung-kampung di bawah takluknya semasa banjir besar yang sedang berlaku? Lagipun adakah ianya menjadi...

Bekerja Kerana Gaji, Bertahan Kerana Hati

Hari ni 22 tahun aniversary. Tahniah kepada diri sendiri. Berjaya juga bersama JKM sehingga ke saat ini. Sesungguhnya che kak bekerja kerana gaji.🤪 Pengalaman hidup orang sangat bererti untuk dijadikan sandaran diri sendiri. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi. Kita rasa susah ada lagi orang yang lebih susah sehingga tiada duit nak beli beras apatah lagi nak mimpi beli beras basmathi. Bersyukur kerana kita punya rezeki lebih sikit dari orang lain dan jangan sesekali dengki. Sentiasa tambah rasa syukur kerana dahulu pergi kerja jalan kaki namun kini ada kereta walaupun kecil tapi free. 🤪 Bersyukur dengan pasangan kita walaupun tak romantik macam SRK kerana ada mereka yang menjadi mangsa KRT. Jangan sesekali menganiayai anak-anak dan ibubapa kerana dunia umpama roda yang berputar dan pasti akan dapat kifarah juga atas dosa kita selama ini.  Bersyukur kerana kita dapat kawan yang baik sentiasa di sisi dan andaikata tiada orang suka pada kita, terus angkat kaki. Musuh jangan di...

Maaf Saya Perlahan, Tapi Hati Saya Sedang Berjuang

"Buleh sangat bowok keto. Sajo jah tu," kata suamiku. Semalam che kak memandu kereta dari rumah ke Unisza, Terengganu.  Suami membonceng motorsikal warna biru. Motor tu nak bagi ke abang Aiman sebab kami tak nak anak susah jalan kaki ke kuliah macam dulu. Kami bertolak selepas solat Subuh dan solat berjemaah dulu.  Apa yang suami nampak adalah sebuah kereta kecil warna merah yang dipandu isterinya dengan kelajuan 80km/j sahaja walaupun tak laju. Hakikatnya che kak ada rasa anxiety apabila memandu sejak 6 tahun dulu. Nak pergi ke JKM Machang pun yang jaraknya hanya 23 km dari rumah pun che kak berhenti banyak kali untuk beri laluan kereta lain dulu.  Datang rasa takut secara tiba-tiba macam kereta tengah berputar-putar dan terbalik macam Fast and Furiuos walaupun realitinya tidak begitu. Demi anakanda abang Aiman terpaksa juga lawan rasa takut itu.  Che kak letak syarat jangan bawa anak-anak bukan kerana rasa terganggu. Tapi nak fokus memandu. Syukur alhamdulillah tak...

ABANG AHYAD CONVOCATION ALBUKHARY INTERNATIONAL UNIVERSITY

Hari ini majlis konvo abang Ahyad selepas tamat asasi. Umi tak dapat hadir untuk melihat sendiri. Namum impian umi nak tengok abang Ahyad naik pentas sekali lagi. Degree scroll beberapa tahun lagi. Umi bangga dengan kamu kerana telah berjaya sampai ke saat ini.  Hero tak ggaduh dari zaman tadika lagi.   Umi dan abi tetap yakin dengan kemampuan kamu untuk terus cemerlang selebarnya kamu mahu pergi. Semalam dia tayang rambut baru selepas gunting sebab nak nampak hensem hari ini. Namun kamu tetap hensem di mata umi.  Umi simpan di sini dulu untuk tatapan memori fb lain kali.

Petang Penuh Drama, Malam Bertemankan Nasi

Sebagai ibu mithali, che kak ke Lotus untuk membeli kiriman anak soleh dan solehah yang setia menanti di rumah kami. Panjang pula barisan di kaunter, terus che kak memberanikan diri untuk bayar secara layan diri. Aduh berat pula barang yang dibeli. Tak terdaya nak bimbitnya dan terus ambil troli.  Sampai kat kereta, alamak handphone pula tertinggal kat kaunter layan diri tadi. Tak tahu berapa kilo dah turun lemak badan sebab berjalan rata riti. Akhirnya dapat juga handphone selepas staf Lotus meminta pengesahan adakah benar ianya milik che kak selepas si dia dial nombor peribadi. Terima kasih daun keladi kerana tolong simpan dan masih ada rezeki. Alamak dah lewat petang tapi singgah juga untuk isi minyak kereta kerana takut esok tak sempat nak isi.  Spek mata berkabus dan tak nampak mana kaunter bayar dan lama pula che kak berdiri. Eh kenapa dia tak pandang che kak dan langsung tak peduli. Rupanya orang tengah ambil duit di mesin ATM di balik cermin kaca ayoyooo dah rupa macam...

9 Tahun Si Kecil yang Paling Bongsu

Coretan dari dunia syok sendiri Che kak menulis bukan sebab nak jadi siapa-siapa. Bukan sebab nak jadi penulis bestseller atau tular sana sini. Che kak menulis kerana ia terapi diri. Untuk kenangan, untuk memori. Untuk hati sendiri yang kadang-kadang rasa sunyi. Kalau ada yang sudi baca, Terima kasih daun keladi. Kalau rasa geli atau tak suka gaya che kak ni, Scroll je laju-laju… atau tekan saja butang unfollow yang Mark bagi. 😌 Hari ini, anak bongsu che kak genap 9 tahun. Masih kekal jawatan rasmi sebagai yang paling bongsu dalam keluarga. Che kak hadiahkan dia lagu Biasan Tokki, tapi si kecil minta lagu Frozen pula. "Let it gooo, let it goooo..." katanya dengan gaya penuh drama. 😅 Tak apa, dunia anak-anak penuh warna-warni. Semoga dia membesar dengan penuh kasih sayang, jadi anak soleh, dan kekal dalam pelukan doa umi dan abi. Nota kaki: Che kak memang dalam dunia syok sendiri. Tapi siapa kata tak boleh bahagia dalam dunia tu, kan? 😉

Jangan Keji Makcik Kuih – Dia Pun Ada Anak Nak Sekolahkan

Semalam Abang Afnan nak makan kuih yang diperbuat daripada nasi sejuk, tepung dan perlu dikukus selepas diperam selama  dua atau tiga jam terlebih dahulu.  Selepas dikukus sedap dimakan bersama kelapa parut dan nasib baik ada stok dalam peti beku. Rasa malas sebab mata dah layu. Namun digagahkan juga kerana naluri seorang ibu. Gigih mencari resepi dalam muka buku. Tanya pakar kuih di Kuala Lumpur kerana membaca resepi tak sama dengan menuntut ilmu.  Tak pernah buat kuih tradisional kerana rasa renyah dan rela beli dengan makcik kuih serta sanggup tunggu. Namun malam-malam nak cari kat mana orang jual jadi terpaksa juga la masak walaupun rasa nak beradu. Seronok tengok anak makan dan cakap sedap walaupun ku rasa kurang dan tak cantik kerana rupa kuih macam getah buku. Bila anak dah tidur, tiba-tiba terasa tegak bulu roma kerana aku seorang penakut walaupun berada di dapurku. Kesimpulannya, kalau ada peniaga kuih, jangan dikeji orang mencari rezeki untuk anak-anak yang bers...

Sunday Blues, Lagu Tokki & Malas Tahap Dewata

Kononnya bawa balik buku dan borang untuk di key in masa hari cuti. Tapi malas tahap dewa tak ada ubat lagi. Rasa nak tidur menghantui diri. Mentang-mentang la tak dikira ot.🤪  Hari ni layan Sunday blues walaupun cuaca baik sekali. Baru taip 2 nama KIR terus berhenti. Rasa lemau walaupun dah sarapan pagi dan minum nescafe. Hantu apakah yang duk bersarang lagi? Apabila Bapak Bencana telah tick ✅ senarai PPS yang telah siap diisi. Tiba-tiba lamunanku tersentak bagaikan  terkena lontaran senyuman misteri. Terus sumbat telinga dan layan lagu Biasan Tokki berulang kali. Baru laju jari jemari ini menaip tanpa henti.  Lirik lagu 'aku yang bersalah janji takku endah'  memang tak leh tuju khas kepada tok laki. Mana ada bini nak ngaku salah sejak azali lagi.🤪

Roti Canai, Kopi 7E & Cerita Selepas PPS ditutup

Roti Canai, Kopi 7E & Cerita Hari Ini Hari ini bermula dengan rezeki yang sungguh menyelerakan, abe Jue tebar roti canai panas-panas untuk kami semua. Ada macam-macam jenis roti kosong, telur, sardin, pisang... lengkap pula dengan kuah gulai ayam yang disponsor oleh Piji. Bila dah dapat roti sepinggan, terus lupa pada ‘gu’ dan boss pun belum rasmi lagi masa tu. Kadang-kadang, bahagia itu ringkas saja, cuma roti dan kawan-kawan. Pagi ini juga che kak cuba kopi dari 7E. Hilir kei tu… walaupun duit OT belum masuk, tapi kopi tetap jadi pilihan. Kenyang perut, senang hati. Tapi tanggungjawab tetap berjalan. Mata dah mula layu, tapi kerja tak menunggu. Kenyang perut suka hati. Lepas tu tetap kena buat kerja walaupun mata dah lali. Kenyang perut suka hati. Lepas tu tetap kena buat kerja walaupun mata dah lali. Rasa lega apabila PPS dah tutup semuanya secara rasmi. Tapi banyak lagi kerja kena buat walaupun tak duty. Syukur, PPS dah ditutup secara rasmi, lega rasa di dada. Tapi jujurnya, be...