Antara Kabus, Jalan Raya dan Hati Seorang Ibu

Perjalanan, Rindu dan Sekawan Gajah

Sehari dua ni, tak sempat nak menulis di muka buku.

Entah apa yang sibuk pun tak tahu.

Kadang-kadang bila ada masa lapang, otak pula beku.

Tapi bila tak tulis, rasa rugi pula. Banyak momen kecil yang berlaku yang layak dikenang.


Pagi semalam, hantar anakanda balik ke Kedah.

Balik terus hari yang sama. Tak bermalam.

Bukan tak mahu berehat, tapi banyak kerja yang sedang menunggu.

Jumpa anak saudara sekejap pun rasa rindu terubat walau sekelumit.

.



Perjalanan jauh, berbelas jam lamanya, tapi suami tetap steady memandu.

Che kak ni bab memandu jauh terus pass baton.

Mujurlah dia jenis tenang, tak banyak bunyi, dan masih boleh senyum bila matahari tegak atas kepala.

Alhamdulillah, perjalanan pergi balik dipermudahkan.

Yang paling tak disangka, kami sempat saksikan sekawan gajah melintas jalan.

Bukan seekor dua tapi betul-betul sekawan, berjalan penuh bergaya.

Kami berhenti, sabar menunggu.





Mereka pun makhluk Allah, yang ada hak di muka bumi ini.

Tiada siapa minta mereka keluar dari hutan, kita yang semakin menghimpit kawasan mereka.

Hujan pula turun tak berhenti lebat, dan kabus tebal menyelubungi lebuh raya.

Sekejap nampak, sekejap tak.

Lampu tinggi pun tak membantu banyak.

Tapi kami teruskan juga sambil mulut tak berhenti membaca doa.

Kerana hanya pada Allah, tempat kami berlindung dan bergantung.


Perjalanan ini biasa-biasa saja.

Tapi dalam biasa tu, ada rindu yang terubat.

Ada keindahan yang menginsafkan.

Dan ada nikmat yang tak patut dilupakan:

keselamatan, sabar, dan sedikit masa yang masih berbaki bersama orang yang kita sayang.






Comments