Semalam tak tulis cerita bukan sebab takde masa tapi malas punya kuasa. Cerita biasa-biasa sahaja untuk tatapan masa tua. Janganlah ambil serius dengan apa yang che kak tulis di sosial media. Kalau tak suka boleh scroll laju atau unfriend sahaja. Petang semalam jaga kaunter bertiga. Syukur sangat-sangat klien yang berurusan di kaunter tak menyesakkan kepala. Insya Allah kami cuba tolong sedaya upaya. Sempat juga belajar cara fotokopi ic dengan seorang jejaka. Tak sangka 'darak' juga che kak rupanya.š Pejabat lama che kak jaga kaunter sebelah pagi dengan rakan sebaya. Kadang-kadang ada abe Kie tolong cover kalau che kak ada kerja. Tapi di pejabat baru che kak dapat jadual duty petang dan segan pula nak request ikut sendiri punya masa. Penat tau nak susun jadual bertugas supaya adil dan saksama. Baiklah en Zul che kak hargai atas penerangan yang diberikan dan che kak akan beri kerjasama. Balik lewat daripada biasa. Alhamdulillah sampai di rumah takdelah sampai sen...