Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

Rezeki Seorang Bongsu, Pengorbanan Seorang Sulung

Takde rezeki nak peluk cium sokmo abang Aiman masa kecil.  Apabila dapat tinggal bersama, tak berkesempatan pula nak bermanja sebab adik ramai.  Maknye asik beranak je. Anak-anak terpaksa la berdikari bila maknya sibuk dengan urusan baby. Rezeki Awaatif sebab dia berjaya mempertahankan gelaran bongsu yang paling lama.  Oleh sebab bongsu lama, maka dia la yang jadi baby walaupun dah umur 8 tahun.  Alhamdulillah, semoga Abang Aiman tetap menyayangi adik-adik kerana adik-adik juga penghuni rahim umi. #chekakjugaanaksulung #suamikuanaksulung #aimansulungkami #permatahatikami #aiman#ahyad#aulia'#aqilah#afnan#aimi#awaatif

Keberkatan Dalam Pekerjaan

Kerja Kita, Halal Tak Semestinya Berkat Tahun lepas, che kak sempat dengar tazkirah daripada seorang ustaz. Tajuknya pasal keberkatan dalam pekerjaan. Tapi yang buat che kak tercuit hati — ustaz tu asyik ulang bagi contoh penjawat awam je. Katanya, ada yang datang kerja tapi ghaib entah ke mana. Ada yang kerja main aci ligan dengan waktu pejabat. Memang tak berkat, katanya. Awaitt... Kerja penjawat awam je ke yang terancam dari segi keberkatan ni? Habis tu, kontraktor, peniaga, kakitangan bank, pekerja swasta, artis, influencer, pendakwah, semua tu tak ada potensi kerja tak berkat ke? Kesian kat penjawat awam yang kerja elok-elok, jujur, amanah. Kecik hati kitteeww tauuuu dengar contoh berat sebelah camtu. Semua Kerja, Sama-Sama Kena Check “Berat” Kita Bila cerita pasal keberkatan kerja, hakikatnya — semua sektor pun kena muhasabah. Tak kiralah kerja makan gaji ke, kerja sendiri ke, kerja bawah syarikat besar ke. Kita sendiri lebih tahu, kerja kita ni berkat ke tak. Sebab berkat ni buk...