Keberkatan Dalam Pekerjaan

Kerja Kita, Halal Tak Semestinya Berkat


Tahun lepas, che kak sempat dengar tazkirah daripada seorang ustaz. Tajuknya pasal keberkatan dalam pekerjaan. Tapi yang buat che kak tercuit hati — ustaz tu asyik ulang bagi contoh penjawat awam je.


Katanya, ada yang datang kerja tapi ghaib entah ke mana. Ada yang kerja main aci ligan dengan waktu pejabat. Memang tak berkat, katanya.


Awaitt...

Kerja penjawat awam je ke yang terancam dari segi keberkatan ni?


Habis tu, kontraktor, peniaga, kakitangan bank, pekerja swasta, artis, influencer, pendakwah, semua tu tak ada potensi kerja tak berkat ke?


Kesian kat penjawat awam yang kerja elok-elok, jujur, amanah. Kecik hati kitteeww tauuuu dengar contoh berat sebelah camtu.




Semua Kerja, Sama-Sama Kena Check “Berat” Kita


Bila cerita pasal keberkatan kerja, hakikatnya — semua sektor pun kena muhasabah. Tak kiralah kerja makan gaji ke, kerja sendiri ke, kerja bawah syarikat besar ke.


Kita sendiri lebih tahu, kerja kita ni berkat ke tak. Sebab berkat ni bukan orang lain yang tentukan — hati sendiri akan rasa.


Tanda-Tanda Kerja Kita Tak Berkat (Semua Boleh Kena)

1. Main waktu kerja.

Masuk punch card pukul 8, lepas tu ghaib ditelan bumi. Kalau ada urusan luar, maklumlah pada ketua. Penjawat awam pun tahu, lebih 4 jam kena isi borang.

2. Tak ada hasil kerja.

Duduk opis 8 pagi sampai 6 petang, tapi kerja tak jalan. Yang ni pun bukan berkat namanya. Orang nampak kita rajin datang, tapi output zero.

3. Salah guna harta pejabat.

Print kerja sekolah anak guna printer pejabat. Bawak balik A4 paper tak guna. Ambil pen, stapler macam harta sendiri. Hati-hati… yang kecil-kecil ni pun boleh jadi racun keberkatan.

4. Membazir kemudahan pejabat.

Aircond buka macam kat kutub. Lampu semua menyala, walaupun tinggal sorang. Print banyak-banyak walaupun salah ejaan. Itu semua termasuk dalam membazir — dan membazir itu bukan berkat.

5. Tuntutan palsu.

Bab claim ni kena jujur. Naik kereta orang, claim macam bawa sendiri. Tak layak, tapi pandai-pandai adjust. Jangan buat benda ni biasa — sebab bukan setakat tak berkat, boleh jatuh haram.

6. Minta ‘duit kopi’.

Buat kerja yang dah memang tanggungjawab, tapi masih minta “duit minyak”, “upah tepi”, atau “tanda terima kasih”. Kalau dah ada niat ambil habuan atas tugas, hati-hati… dosa jalan dulu sebelum gaji masuk.

Kerja Kita, Cerminan Diri Kita

Kadang-kadang rasa malu bila nak cerita bab berkat ni. Macam burung unta sorok kepala dalam tanah — sebab kita tahu sendiri khilaf kita kat mana. Tapi kita tak boleh terus biar. Kita kena baiki, walau sikit-sikit.

Biar Tak Banyak, Asal Berkat

Rezeki ni bukan sekadar berapa banyak kita dapat, tapi berapa tenang kita rasa. Biar gaji cukup-cukup makan, tapi tidur lena, hati senang, anak-anak pun membesar dengan rezeki bersih.

Jangan sampai:

Gaji halal,

Tapi cara kerja haram,

Maka berkat pun melayang entah ke mana.

Semoga kita semua, tak kira kerja apa — terus mencari rezeki yang halal, bersih, dan berkat.

Amin ya Rabb.


Comments