Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2024

Amy Tetap Amy. Search Takkan Sama Tanpa Dia

Rock Tetap Rock, Tapi Amy Itu Jiwa Pergeseran antara anggota kumpulan rock ikonik nampaknya belum menunjukkan tanda akan berakhir. Sebagai peminat lagu-lagu rock sejak zaman remaja, Che Kak rasa nak bagi komen juga la. 😬 Che Kak bukan siapa-siapa dalam industri muzik, tapi sebagai peminat suara legend rock tanah air — Amy Search — tak boleh nak diam tengok isu ni makin kusut. Suara Amy tu mahal.  Aura dia tak dapat ditiru. Bukan nak rendahkan penyanyi lain, tapi bila orang lain cuba bawakan lagu Search, terasa tak sama. Aweera pun hebat, tapi tetap bukan Amy. Che Kak nak cakap dari hati peminat... Kalau Amy nak tukar nama kumpulan pun, Amy tetap Amy. Suara dia tetap mengisi ruang jiwa kami yang membesar dengan lagu “Isabella”, “Rozana” dan lain-lain. Sayang betul kalau nama Search tu jadi hak milik penyanyi lain. Ibarat macam rumah sendiri, yang dibina dari kosong — kutip duit sikit-sikit, beli paku, beli kayu, pasang bumbung… akhirnya dah jadi rumah impian. Tiba-tiba ada ‘bini ba...

Dari E-mel Putus Cinta ke Ijab Kabul 2003

Ini Abe Long vs Kak Long, Rasa nak peluk masa takut hantu pocong, Masa bergaduh rasa macam nak terjun lombong, Masa sayang rasa nak bagi hadiah tanah serelong. Awaatif si bongsu kami bertanya "umi dengan abi macamana buleh jumpa dan kahwin? Cuba umi cerita." Panjang pula nak cerita. Umi tulis je la ye untuk kamu baca. Apa yang che kak tulis ni  sekadar pengalaman yang telah kami lalui bersama. Kenal pada tahun 2000. Belajar di universiti yang sama. Tapi lain course.  Kawan suami merangkap coursemate che kak juga yang menjadi orang tengah. Cikgu Hasmadi namanya.  Nama je pasangan kekasih. Tapi kami bawa diri masing-masing. Tak berhubung sebab takde talian hayat macam zaman sekarang ni. Lagipun malu kat Persatuan Mahasiswa Islam yang kami join bersama. Hari demi hari teruskan hidup tanpa khabar berita. Tiba-tiba dapat email putus cinta. Allahu terasa sedih dan menangis. Rupanya sakit juga putus cinta.  Solat hajat dan istikharah mohon petunjuk. Kalau takde jodoh, jauhk...

Kursus, Kesyukuran & Kisah Sebuah Perjalanan

Setelah 2 hari di ILKEM, tak lengkap  hidup kalau tak tulis kisah che kak di hasliza.net. Menulis untuk kenangan dan memori.  Sebelum ini, che kak asyik duk layan rasa sedih dan kecil hati sehinggakan terlupa pada konsep rezeki.  Che kak asyik duk layan rasa kecewa sehinggakan lupa pada prinsip sendiri.  Pasti ada hikmah setiap apa yang berlaku tidak seperti yang kita kehendaki. Semasa di rumah, asyik duk layan perasaan, terlupa pula ada anak lelaki yang sedang bercuti. Terus masak lauk ayam masak sambal kesukaannya dan tak lupa juga nasi. Baru je nak sambung feeling, tetiba sakit mata tengok kain dalam raga yang dah meninggi. Terus lipat dan simpan baju dalam almari. Sambil layan jiwa, simpan kain baju dalam beg. Nak kemas beg pun kena ada task yang terperinci. Bukan semberono simpan. Takut tertinggal berus dan ubat gigi. Mak anak tujuh ni, memang takde can nak menyendiri.  Terus ambil kunci kereta untuk ambil anak sekolah balik petang hari. Teringat kat bonda,...

11 Tahun 6 Bulan, Bukan Pejabat Pok Kito

Petang semalam paksa rela juga vacum dan basuh kereta. Kesian kat kereta dah lama tak mandi buih berbusa😝. Sekadar cari semangat yang hampir padam. Anxiety datang tanpa kira masa. Pejam celik pejam celik genap 11 tahun 6 bulan che kak bertugas di PKMJ Pasir Puteh, melebihi tempoh subsidi😂. Macam bekerja dengan pejabat bapak kita pula😆. Esok che kak akan lapor diri di JKMN Kelantan sebelum bertugas ke pejabat baru iaitu di PKMJ Kota Bharu. Dekat je dengan rumah che kak. Tapi nak kena hadap jem tanpa roti dan kaya. Cadangnya nak mohon pertangguhan sehingga akhir bulan ini. Belum puas nak bersama dengan rakan-rakan sepejabat. Lagipun ada tugasan yang belum siap sepenuhnya.  Bukan biasyer biasyer pertukaran kali ini. Tempat kerja che kak sendiri 5 orang yang terlibat dengan pertukaran. Baha, che kak, Bro Din, Zaidi PU dan Sasa Penyelaras Bencana. Namun syukur alhamdulillah masih dalam negeri yang sama. Kalau pindah negeri lain, haru juga la jawabnya. Apa yang berlaku sebelum dan har...

Masalah Negara: Nak Makan Apa Rehat Ni?

Hari ini che kak dan suami berkesempatan jumpa cikgu bagi membincangkan perihal anak-anak. Pelajar sekolah anak che kak tak ramai. Jadi cikgu-cikgu termasuk makcik kantin kenal dan tahu setiap perangai pelajar sekolah.  Kita sebagai ibubapa kena berlapang dada sekiranya ada aduan dan laporan berkaitan anak kita. Itu maksudnya pihak sekolah cakna dan prihatin dengan anak-anak kita. Dah 5 orang anak che kak bersekolah di sekolah menengah agama arab berdekatan dengan rumah. Che kak dan suami nak sangat tengok anak-anak membesar di depan mata. Sebab itu pilih sekolah ini di samping untuk seimbang ilmu agama dan akademik. Tadi sempat la dengar makcik kantin cerita pasal Afnan. Afnan ada kawan baik seramai 3 orang. Makcik kantin kata 3 serangkai. Sentiasa bersama ke mana sahaja. Setiap sudut dan penjuru sekolah pasti mereka bertiga sentiasa bersama.  Bahkan nak beli makanan pada waktu rehat pun asyik berbincang nak makan apa.  Sampai sudah makanan habis dan hampir waktu masuk k...

Ukuran Warak Bukan Sekadar Ibadah – Renungan dari Tazkirah Ustaz Syed di Manis FM

Pada 27 Januari 2021, Che Kak sempat mendengar satu tazkirah yang sangat menyentuh hati, disampaikan oleh Ustaz Syed dalam segmen Santai Bersama Ustaz Syed di Manis FM.  Tazkirah ini dikongsi semula di blog ini untuk panduan dan ikhtibar kita bersama. Dalam tazkirah tersebut, Ustaz Syed menceritakan satu kisah Saidina Umar al-Khattab RA yang bertanya kepada para sahabat: “Bagaimana kita nak kenal siapa orang yang warak?” Sudah tentu kita, sebagaimana para sahabat, akan menjawab: Orang yang rajin solat. Suka bersedekah. Rajin berpuasa. Namun, Saidina Umar membalas dengan satu pandangan yang sangat mendalam: "Orang baik pun solat. Orang baik dan orang jahat pun bersedekah. Orang jahat pun ada yang berpuasa." Gambar hiasan sahaja Lalu beliau menyatakan bahawa ukuran warak seseorang bukan terletak pada banyaknya ibadah semata-mata, tetapi:  “Apabila seseorang itu berurusan dengan dinar dan dirham (duit), maka dia jujur dan benar.” Maksudnya? Warak sebenar boleh dilihat apabila se...

Bila Agama Jadi Topeng: Influencer ‘Islamik’

Dari dulu lagi che kak tak bersetuju dengan gelaran PU, DAI dikekalkan kepada peserta program bersifat keagamaan. Walhal mereka hanya peserta program tv yang hanya bersifat keagamaan sahaja. Bukan akademi yang melayakkan mereka boleh digelar pendakwah bertauliah.  Perbuatan segelintir mereka tak melambangkan imej agama Islam yang sebenar.  Kemunculan influencer-influencer yang membawa imej Islamik yang  pandai berkata-kata dengan membawa ayat-ayat Al Quran sepatah dua dah membuatkan mereka dijulang. Seolah olah mereka terlalu suci tanpa dosa.  Jangan berselindung di sebalik agama untuk menutup kesalahan yang tak boleh dikompromi. Bahkan ada  yang sanggup buat jenayah seksual dan penyalahgunaan amanah kutipan dana derma orang awam. Apabila melibatkan golongan mereka, semua agamawan diam. Sembunyi di dalam gua. Seolah-olah mereka semua buta dengan isu. Jangan normalisasikan pesalah yang berselindung topeng agama. Tapi apabila ada kes isteri yang menuntut cerai ter...