Pada 27 Januari 2021, Che Kak sempat mendengar satu tazkirah yang sangat menyentuh hati, disampaikan oleh Ustaz Syed dalam segmen Santai Bersama Ustaz Syed di Manis FM.
Tazkirah ini dikongsi semula di blog ini untuk panduan dan ikhtibar kita bersama.
Dalam tazkirah tersebut, Ustaz Syed menceritakan satu kisah Saidina Umar al-Khattab RA yang bertanya kepada para sahabat:
“Bagaimana kita nak kenal siapa orang yang warak?”
Sudah tentu kita, sebagaimana para sahabat, akan menjawab:
Orang yang rajin solat.
Suka bersedekah.
Rajin berpuasa.
Namun, Saidina Umar membalas dengan satu pandangan yang sangat mendalam:
"Orang baik pun solat. Orang baik dan orang jahat pun bersedekah. Orang jahat pun ada yang berpuasa."
![]() |
Gambar hiasan sahaja |
Lalu beliau menyatakan bahawa ukuran warak seseorang bukan terletak pada banyaknya ibadah semata-mata, tetapi:
“Apabila seseorang itu berurusan dengan dinar dan dirham (duit), maka dia jujur dan benar.”
Maksudnya?
Warak sebenar boleh dilihat apabila seseorang itu berurusan dengan harta dan wang:
Adakah dia amanah?
Adakah dia jujur?
Adakah dia menjaga hak orang lain?
Contohnya:
Dia pulangkan baki duit walau hanya beberapa sen.
Tak ambil duit tabung, walau diberi peluang.
Jaga amanah kewangan tanpa tergugat.
Bayar hutang bila berhutang.
Tak ambil kesempatan dalam urusan kewangan.
Selagi kita belum pernah ada urusan duit dengan seseorang, kita belum betul-betul kenal dia. Sebab itulah, Saidina Umar menekankan bahawa nilai warak seseorang terserlah bila dia diuji dengan urusan dunia yang nampak kecil – duit.
![]() |
Gambar hiasan sahaja |
Kesimpulan:
Nak tahu seseorang itu:
Jujur atau tidak?
Amanah atau tidak?
Warak atau tidak?
Ukurannya bukan pada ibadah semata-mata:
Bukan semata kerana solat malam.
Bukan kerana khatam Quran setiap minggu.
Bukan kerana aktif menulis tentang agama.
Tapi lihat bagaimana dia menguruskan duit yang bukan miliknya.
Semoga kita semua dapat muhasabah diri dan perbaiki amanah dalam urusan kewangan, walau sekecil mana pun nilainya.
Wallahu a’lam.
Comments
Post a Comment