Sebelum subuh semalam ( 7.1.2024), kami dikejutkan dengan berita kematian che (nenek suami). Arwah che umur 86 tahun dan perginya sebab sakit tua. Baik anak, cucu, cicit semuanya panggil dengan panggilan che. Bff che pun panggil gitu juga. Rezeki che juga dikebumikan di sebelah kubur suami yang dah 14 tahun menemui Pencipta semasa usia hampir 90 tahun. (Kalau tak silap). Kami panggil abah. Che kak sempat kenal 6 tahun sahaja. Sepanjang che kak jadi cucu menantu, tak pernah che kak tengok arwah sakit. Demam biasa tu adalah sekali sekala. Che seorang peramah. Memang tak kekok langsung apabila berbual-bual dengan arwah. Arwah suka pakai bedak sejuk dan celak mata. Sebulan dua yang lalu che tak sihat, anak-anak arwah jaga. Suka je tengok anak-anak che pakat-pakat jaga. Walaupun ada anak yang bekerja, tapi tetap sama-sama jaga dan tak lepas tangan pada surirumah sepenuh masa. Rezeki che kak juga dapat belajar dan membantu urus jenazah. Kali pertama c...