Syukur, Ujian & Harapan: Langkah Baru 2024

Alhamdulillah, sentiasa bersyukur dengan rezeki dan ujian sepanjang tahun 2023.

Kunci rasa bahagia ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.

Setiap ujian dan kejadian, pasti ada hikmah. Allah takkan jadikan sesuatu itu sia-sia.

Bersangka baik dengan Allah, itulah petua untuk hati tenang dan redha.

Masuk tahun baru, pastilah bertambah usia.

Remaja, dewasa, bahkan warga tua semuanya meniti masa.

Azam setiap tahun, pasti ada.

Renew azam yang sama je, macam biasa.

Nak kurus, tapi makan tak hengat dunia.

Orang kata, rezeki jangan ditolak, hargailah orang yang masakkan untuk kita.


Amal ibadah?
Masih terumbang-ambing di lautan yang bergelora.
Tak tahu nak bawa bekal apa nanti, bila jasad dah menyatu dengan tanah, dan badan tiada lagi nyawa.

Dah tahu ilmu agama kurang, kena rajin belajar dengan alim ulama’. Jangan pula bermusuh dengan mereka. Bukan senang nak menjadi penyambung lidah Nabi di zaman penuh pancaroba.

Pejam celik, pejam celikanak-anak pun dah jadi remaja. Dah makin hilang manja dengan kita.
Semoga anak-anak dilindungi Allah di mana jua berada.

Semoga Allah beri rezeki yang halal dan berkat,
kerana itulah yang akan menjadi darah daging,
dan moga dijauhkan dari api neraka.

Semoga kebaikan seperti amal ibadah, sedekah, dan bacaan al-Quran, dilakukan dengan ikhlas kerana kita ini hambaNya.

Jangan bersangka buruk dengan Allah,
"Kenapa aku tak kaya walaupun dah rajin solat tahajjud dan dhuha?"
Ingat! Kita buat semua itu kerana syukur, bukan sebab ikut tips jutawan segera.

Tahun baru ini, semoga ukhuwah sesama manusia lebih terjaga, tanpa sengketa.
Penat dah nak jaga hati semua orang, sampai diri sendiri pun rasa nak gila.

Walaupun kita tahu betapa berdosanya fitnah, mengumpat dan mengadu domba, itulah juga yang jadi penyedap bicara bila berkumpul sesama kita. 🥴😅

Sikit-sikit nak viral aib orang, ingatlah, kita punya aib sendiri pun, kalau terbuka, tak tahu nak letak muka di mana.

Sekian, ucapan pembuka tahun 2024.
Moga kita semua sentiasa dalam rahmat, redha dan lindungan-Nya. 🤲🏼


Comments