Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2025

Siri 18: Bersihkan Rumah

Alhamdulillah, selesai juga kerja-kerja paip hari ini. Lebih RM1000 juga habis, termasuk beli enjin air baru. Tu pun belum campur kos upah lagi. Kalau masuk upah, tak tahulah berapa jumlahnya 😅. Nasib baik free.  Tangki air asalnya di atas stor. Minta tukang rumah tolong turunkan ke bawah. Lebih mudah nak urus dan selenggara nanti. Kerja baiki lampu dapur masih ada sikit lagi belum siap. Insya Allah esok settle. Hari ini juga sempat alihkan kipas siling dalam bilik sebab kedudukan asalnya terlalu rendah. Dalam ramai-ramai keluarga, che kak je yang rendah,  yang lain semua tinggi-tinggi belaka 😆 Lepas solat Zohor tadi, ambil peluang cuci rumah. Ada sikit lagi bahagian ruang tamu belum sempat basuh. Esok kita sambung. Penat ya rabbiii… pinggang dan belakang pun dah rasa sakit. Mujur ada ramai rakyat jelata yang sudi tolong. Kalau buat sorang-sorang, 4 hari 4 malam belum tentu siap! Esok harapnya semua kerja pembersihan siap termasuk stor luar. Tukang rumah pun dah janji nak bu...

Siri 17: Dah duduk rumah baru ke belum?

Che kak dah lupa siri yang ke berapa ni. Malas nak scroll fb.  Kawan-kawan tanya dah duduk rumah baru ke ni? Che kak kata belum lagi. Masih dalam fasa mengemas dan tambah baik pulih ikut selera sendiri. Hari ini pun suami che kak siapkan kerja-kerja paip dan nasib baik pandai buat sendiri. Kalau siap hari ini, boleh la nak basuh rumah petang ini. Tapi che kak takde mood lagi. Sebab perut sakit rasanya terminum susu masam farm fresh yang expirednya lambat lagi. Dah siap semuanya nanti baru fikir nak deco dan letak perabot apa nanti.  Simple simple je sebab nak konsep minimalis dan tak nak serabut serta susah nak kemas nanti. Setiap sen yang dikeluarkan untuk kerja kerja rumah ni direkodkan dalam buku tunai supaya tak tergaru kepala eh ke mana duit aku pergi. Selesai fasa ini, nanti che kak cerita pula proses nak daftar jadikan 'Rumah Penginapan Abe Long' dan kenapa pilih nama abe long nanti che kak cerita lain hari. #MyFirstHouseBuyingExperience

Keberkatan dalam Pencarian

 Tazkirah Pagi Penceramah:  USTAZ MUA'AZ BIN HASSAN Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Dakwah, JAHEAIK  24hb Ogos 2025 (Ahad) 📌 Intipati Tazkirah Pagi ni Tajuk: Keberkatan dalam Pencarian 1. Tanda Keberkatan dalam Hidup Orang yang banyak menghabiskan masa untuk memberi manfaat kepada orang lain. 2. Keberkatan dalam Mencari Ilmu Menjaga tutur kata dan adab terhadap guru. 3. Keberkatan dalam Amalan Seharian Mengamalkan apa yang dipelajari. 4. Keberkatan dalam Pekerjaan Waktu bekerja semua sama (8 jam sehari), tetapi ada yang mampu siapkan tugasan dengan baik, ada pula yang tidak. Bezanya adalah keberkatan masa. Antara punca hilang keberkatan: banyak membuang masa ketika waktu bekerja dengan melayari media sosial (TikTok, Shopee, movie dan lain-lain). 📖 Maksud Keberkatan Sesuatu yang berkekalan dan memberi manfaat dalam amalan seharian. 🌿 Teguran dalam Hidup Kadang-kadang Allah hadirkan seseorang untuk menegur kita. Terima teguran dengan hati terbuka. ⚖️ 2 Sebab Re...

Kisah Spageti Pada Hari Cuti

Baru nak tarik selimut lepas subuh tadi. Afnan suruh masak spageti. Walaupun terasa malas nak bangun tapi tak sampai hati. Tadaaaa siap juga sebab kita nak jadi ibu mithali. Alang-alang bancuh nescafe. Sekali air panas belum panas lagi. Berketul-ketul serbuk nescafe. Panaskan bancuhan air dalam kuali. Sebab malas nak ambil kendi. Harap-harap tak terasa pedas cili. Bawa pula anak dara untuk ujian komputer hari ini. Nanti dapat lesen boleh pergi kedai eco sendiri. Setiap kali pergi amaun dalam bank semakin kurang baki. Banyak lagi kerja rumah menanti. Tengoklah mood macamana kot tak jadi. Maklumlah mak nak me time setiap hari.  Semalam demam terpaksa cuti. Ikutkan kerja memang banyak setiap hari. Pandai-pandailah nak atur urus masa kita setiap hari. Kita buat kerja kerana amanah yang diberi. Bukan kerana untuk tunjuk hebat sekali. 

Permudahkan Urusan Orang Lain

Teringat suatu ketika dulu, che kak ke sekolah anak untuk hantar borang permohonan. Masa tu tengah mengandung, menapak naik tangga ke pejabat pentadbiran. Sekali terlupa nak sertakan salinan surat beranak anak. Dalam hati dah terbayang penatnya nak turun balik, pergi kedai fotostat, kemudian naik semula tangga ke sekolah. Tapi, Allah permudahkan. Kerani sekolah tanya, “Ada bawa surat beranak original tak?” Nasib baik ada. Dia senyum dan kata, “Takpe, saya tolong fotostatkan. Kesian mak buyung.” Masa tu, hati ni sangat tersentuh. Seolah-olah dia tahu apa yang che kak rasa. Sejak itu, che kak tanamkan dalam diri cuba untuk selalu permudahkan urusan orang lain. Kalau klien tersalah tulis sikit-sikit dalam borang, kita tolong betulkan. Kalau tertinggal gambar passport, kita tolong snap dengan kamera phone. Kalau bawa dokumen original tapi tak sempat fotostat, kita tolong buatkan sekadar mana mampu. Sebab kita pun manusia. Kadang-kadang, kita juga pernah berada di tempat orang yang memerluk...

Bahagia Itu Milik Ma Juga

 Seronok tengok ma gembira dengan aktiviti beliau sekarang. Sebagai anak, Che Kak rasa tak mampu nak balas jasa dan pengorbanan Ma selama ini. Kadang-kadang, terkeluar juga tegasnya seorang "Kak Long kawasan" bukan kerana marah, tapi kerana mahu ma kuat dan tidak terpengaruh dengan anasir negatif. Ma sejak dulu memang hidup susah. Sepanjang bergelar isteri, beliau banyak berkorban, berniaga, menjahit, buat apa sahaja untuk tambah rezeki keluarga. Ingatkan bila ayah nak bersara, ma akan dapat merasa hidup senang. Tapi jodoh mereka terhenti. Walaupun kita tahu jodoh di tangan Tuhan, asbabnya tetap kerana orang ketiga.  Tak mengapa… biarlah mereka berbahagia dengan cara mereka. Ma bawa diri ke Johor. Lepas itu balik kampung untuk jaga orang tua. Kadang Che Kak geram sebab orang sekeliling memperlakukan ma macam tiada nilai. Mentanglah ma tiada siapa, mudah benar diperlakukan seperti hamba. Ma jaga arwah nenek seorang diri. Tapi bila orang lain sekadar datang melawat, hulur beras...

Siri 16: Urusan Utiliti & Baik Pulih

Beberapa hari ni tak sempat sambung cerita  #MyFirstHouseBuyingExperience . Masih dalam proses baik pulih ruang dalam dan luar rumah. Hari ni sempat tengok pekerja gaul simen  dan turap lantai luar. Tak sangka luas juga kawasan rumah bila dah dibuang pagar. Hari ni juga ambil peluang beli lampu baru untuk ganti yang lama. Nasib baik suami pandai pasang sendiri, jimat kos upah.  Sempat juga beli cat untuk rumah yang kami duduk sekarang. Bila pagar lama dah dibuka, makin jelas nampak rupa rumah yang agak suram. Lepas cat nanti, harap-harap naiklah serinya. Che kak gurau, “Cantik la nanti rumah abang.” Suami terus balas, “Takdok doh ayat rumoh 'kito', awo dio ado rumoh sendiri doh.” 🥹 Urusan utiliti pun perlahan-lahan selesai: Akaun TNB tuan rumah lama kena terminate dulu sebelum boleh tukar nama. Deposit meter air dan tukar nama dengan AKSB dah setel Khamis baru ni. RM105 semua sekali. (Lambat sikit sebab staf bercuti sakit, tapi alhamdulillah selesai juga). Alhamdulillah,...

Tandas Dalam Rumah Tu Keperluan, Bukan Ikut Barat

Adoi la… ada pulak kata tandas dalam rumah ni bawa syaitan. Hari minggu ni Che Kak kena kerja menaip lebih masa pula. Baca tajuk pun dah geram. 😆 Sekarang ni kita duduk bukan zaman kena suluh pelita nak pi tandas tengah malam. Tak payah berlari-lari tengah malam hujan lebat, kilat sabung-menyabung, angin kuat.  Duduk saja dalam rumah, jalan dua tiga langkah dah sampai. Sekarang ni bukan setakat soal hujan lebat atau takut ular saja soal malu pun main peranan. Nak pergi tandas luar rumah, kena lalu depan jiran.  Memudahkan orang tua, kaum wanita, budak-budak dan orang sakit. Tak payah susah payah keluar jauh. Lebih selamat. Tandas luar rumah tu kalau malam-malam, takut jumpa bahaya. Orang jahat pun ramai sekarang ni. Kebersihan terjaga sebab sistem paip moden, air bersih sentiasa ada, najis terus ke tangki septik. Rumah nampak lengkap dan selesa kerana  rumah moden memang design siap tandas dalam. Rumah takde tandas dalam orang kira tak complete. Zaman dulu tandas jauh se...

Kerja atau Tak, Itu Pilihan Individu

 Aduhai, terkejut badak che kak baca status ini. Setiap wanita lain-lain cerita, lain-lain keperluan, lain-lain tujuan. Jangan la kita main pukul rata, pakai teka dan hukum orang 'bodo' ikut suka. Pilihan bekerja atau tidak bekerja adalah hak individu. Motif bekerja boleh jadi kerana tuntutan agama, keperluan ekonomi, sumbangan kepada masyarakat atau pembangunan diri. Pilihan untuk tidak bekerja juga  patut dihormati sebab ia satu bentuk pengorbanan dan fokus kepada rumah tangga. Setiap pilihan ada pengorbanan dan nilainya. Jangan mudah menghakimi. Hidup akan lebih tenang bila kita belajar menghormati jalan cerita orang lain.

Teguran Demi Penambahbaikan, Bukan Sindiran

Che Kak tulis ini bukan bermaksud Che Kak benci. Che Kak juga bukan ahli mana-mana parti politik untuk tahu semua perkara yang berlaku dalam arena politik. Che Kak menegur kerana ini adalah pendapat peribadi Che Kak berdasarkan pengalaman sendiri. Sebagai contoh, kita lihat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang kini telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan. Pengalaman Che Kak selama 4 tahun menjadi Penyelaras Unit OKU dan salah satu skop tugas ialah menyelaras PDK sangat membantu dan bermakna dalam perjalanan kerja Che Kak. PDK diwujudkan dalam komuniti untuk memastikan warga OKU tidak terpinggir dan mengelakkan mereka ditempatkan di institusi kebajikan. Para petugasnya dilantik sebagai sukarelawan secara kontrak, tetapi tetap menerima elaun yang agak tinggi. Setiap kali membuat lawatan naziran, kami akan memastikan dokumen pekerja PDK lengkap termasuk surat lantikan, surat kontrak, pendaftaran KWSP dan bayaran saguhati. Bagi aspek lain, Che Kak tak mahu ulas panjang. Cuma, jika...

Bantuan Bukan Ubat Tidur

Sekali-sekala turun kampung nak siasat permohonan bantuan ni memanglah kadang-kadang rasa geram. Sedap betul tidur sampai matahari terpacak, susah sangat ke nak bangun awal cari rezeki? Tunggu cukup masa, duit bantuan masuk dalam akaun. Lepas tu ulang balik rutin yang sama. Dah biasa hidup susah, patutnya usaha lebih sikit. Kalau kerja sendiri pun, tengahari baru nak keluar. Seminggu kerja sehari dua je pastu komplen tak cukup duit. Janganlah guna alasan “kami B40, wajib kena dibantu” tapi usaha sendiri zero. Rumah pula bersepah, kotor, langsung takde inisiatif nak kemas. Kalau diri sendiri selesa hidup dalam persekitaran kotor, macam mana rezeki nak masuk? Isteri muda, sihat, produktif asyik tambah anak je. Lepas tu guna alasan “anak rezeki”. Memang betul anak tu rezeki, tapi kalau asyik tambah anak sampai tak cukup nak bagi makan, pakai, belajar tu bukan rezeki, tu kesian namanya. Bantuan ni bukan tiket untuk duduk goyang kaki. Bantuan ni sepatutnya modal untuk kita bangkit, bukan ub...

Bila Ibu Membuka Aib Anak di Media Sosial

 Terbaca kisah artis injuksi ibunya. Che Kak tak nak campur urusan mereka. Cuma terfikir… Anak kecil pun kita tak sanggup pukul, apatah lagi anak yang dah besar dan ada hidup sendiri. Tergamakkah kita, sebagai ibu, buka aib anak di media sosial? Tergamakkah kita melabel anak derhaka hanya kerana dia tak mampu ikut kehendak kita? Melahirkan itu memang sakit. Besarkan anak itu memang susah. Tapi itu amanah, bukan hutang yang kita tuntut sampai mati. Dalam budaya kita, ibu memang dimuliakan. Tapi itu tak bermakna ibu bebas bertindak tanpa memikirkan kesan. Dalam Islam, kedudukan ibu tinggi  namun amanah menjaga maruah, keadilan, dan kasih sayang tetap wajib dijaga. Kalau anak balas jasa tanpa diminta syukur Alhamdulillah. Kalau dia tak mampu, doa kita tetap sampai. Kasih ibu tak patut bersyarat. Kalau kita sanggup memaafkan kawan, kenapa hati keras pada darah daging sendiri? Ibu itu pendidik dan pembimbing  bukan penghukum di khalayak. Kadang, diam dan doa jauh lebih mujarab...

Wajarkah Guru PASTI berstatus Sukarelawan?

SALAHKAH che kak nak kongsi pandangan tentang guru PASTI? Guru PASTI ni bukan sekadar ajar anak kita kenal huruf dan nombor. Mereka yang bentuk akhlak, aqidah, sahsiah. Pendek kata, mereka buat kerja mulia dan kerja profesional. Sebab tu che kak rasa, kalau kita masih panggil mereka “sukarelawan” semata-mata untuk elak bayar gaji minimum, macam tak kena. Kita patut iktiraf mereka sebagai pekerja sebenar. Bila jadi pekerja, mereka dapat gaji tetap, KWSP, PERKESO dan manfaat lain. Bila kebajikan terjaga, mereka rasa dihargai, semangat pun berkobar-kobar. Kita pula dapat guru yang kekal lama, berpengalaman dan bermotivasi tinggi macam di KEMAS, TASKI ABIM atau sekolah swasta. Guru yang terjamin kebajikan akan mengajar dengan sepenuh hati. Anak-anak kita pun dapat pendidikan yang lebih berkualiti. PASTI pun akan terus dihormati sebagai institusi pendidikan Islam yang profesional dan berwibawa. Ini bukan sekadar soal undang-undang. Ini soal maruah dakwah, masa depan anak-anak kita dan marta...

Bagaimana masyarakat menilai dan menghargai golongan yang mengangkat martabat agama

Belajar agama ni penat weh… sama je penat macam belajar subjek lain. Hafal Quran lagi la, nak jaga 30 juzuk tu bukan boleh main ingat masa lapang. Tapi demi nak tegakkan Islam, penat tu tolak tepi. Masalahnya sekarang kalau bukan kita yang hargai ustaz, ustazah, imam, guru Quran, siapa lagi? Kelas muzik, kelas tambahan bayar beratus tak berkira. Tapi bila nak bayar guru Quran, mula lah keluar skrip “Alaa… dia kan buat amal jariah, kena ikhlas.” Padahal mereka dah korbankan masa untuk ajar anak-anak kita. Artis jemputan? Boleh bayar puluh ribu, siap bentang karpet merah. Imam jemputan tarawih? Duit sumbangan pun rasa sayang nak keluarkan. Hello… nak hafal 30 juzuk tu bukan macam hafal lirik lagu TikTok. Mereka pun manusia kena makan, bayar bil, isi minyak, beli beras. Jangan dok sibuk nak test ikhlas orang. Ikhlas mereka, Allah yang nilai. Ikhlas kita nak martabatkan orang yang bawa kita ke syurga tu, Allah pun tengok. Sekarang ni gejala sosial dah macam barah. Kalau kita tak sokong pej...

Wajarkah Guru PASTI Menerima Kadar Elaun Yang Rendah

Secara peribadi, dari dulu lagi Che Kak memang tak bersetuju dengan kadar elaun guru PASTI yang sangat rendah. Jangan guna alasan atas nama sukarelawan untuk menutup kelemahan ini. Sudah tiba masanya pihak berkenaan memartabatkan guru PASTI, terutama dari segi elaun. Para guru juga manusia biasa yang perlu hidup, membayar bil, menyara keluarga dan menampung kos yang semakin tinggi. Kelangsungan hidup itu bukan pilihan, tetapi keperluan. PASTI bukan lagi institusi picisan. Ia telah lama beroperasi dan menjadi pilihan utama pendidikan awal kanak-kanak bagi ramai ibu bapa. Maka wajar guru PASTI diberikan penghargaan sewajarnya, setimpal dengan jasa dan pengorbanan. Kalau para exco dan Lembaga Pengarah boleh dibayar elaun yang tinggi, tidak ada sebab guru PASTI yang berada di barisan hadapan mendidik anak-anak ini diabaikan. Mereka juga berhak untuk hidup selesa, sambil terus menabur bakti demi masa depan generasi muda. Elaun yang wajar bukan sekadar soal wang, tetapi soal penghargaan dan ...

Rendang Nyet Berapi

Kalu tanyo che kak, meme che kak royak sedap jah. Lagi-lagi hok free, memang senyum sampai ke telinga. Che kak teringin benar nak rasa rendang KA tu. Tapi nak beli online? Hmmm… line rumah kalah siput babi. Laju lagi siput babi jogging. Sudahnya, nak jaga emosi, che kak tak join ‘battle’. Doa je dalam hati, moga Allah bagi peluang rasa walau sekali. Hari ni, tiba-tiba Allah hadirkan seorang staf bernama Arsyad. Elok je dia letak Rendang Nyet Berapi atas meja pantry. Masya Allah, doa termakbul! Apa lagi… rasa la. Alhamdulillah, sedap sungguh! Pedas dia ngam-ngam ikut tekak che kak yang memang tak tahan pedas. Lagi padu bila cicah ketupat. Tapi sebab ramai nak rasa, mampu la rasa secoet je. Nak makan banyak? Haaa… yang tu, beli sendiri lah. Allah bagi rasa free ni tanda Dia sentiasa dengar doa kita… 😄

Drama Buli Kolej: Realiti vs Skrip TV

Sekali sekala scroll TikTok, Facebook, lalu lagi drama kolej pasal budak kena buli. Plot sama je. Mangsa naif. Pembuli ada geng. Kawan mangsa jenis, “Sayang kau, tapi sorry sis… aku takut.” Senang pancing emosi penonton. Kita marah, kita kesian, kita tunggu hero datang. Masalahnya, bila penonton muda tengok, otak mereka kadang terprogram ikut skrip tu. Mangsa rasa kena tunggu orang lain selamatkan. Pembuli fikir, “Wah, best jugak bila orang takut aku.” Hello… buli ni bukan props untuk buat babak sedih-sedih. Kalau nak buat cerita buli, buat betul-betul. Tunjuk jalan cerita,  Apa jadi bila mangsa report. Cikgu cekap ambil tindakan, bukan tutup fail. Ibu bapa turun sekolah, bukan tunggu di hospital. Kawan-kawan rekod bukti, bukan lari sembunyi belakang tiang. Pembuli kena tanggung akibat  bukan insaf lepas lagu sedih. Kalau  jadi penulis skrip selitkan lima benda ni: 1. Guru & Pentadbir Sekolah  peka, tegas, dan tahu prosedur. Tak ada kes “sapu bawah karpet”. 2. Ra...

Siri 15: Menyisih, Bukan Semua Wajar Disimpan

Hari ini berjaya juga selesai sisihkan barang-barang seperti baju, buku dan peralatan dapur. Baju-baju masih elok dan baru lagi, jadi kami asingkan untuk disedekahkan. Buku-buku pula si ulat buku anak kawan suami dah pilih mana yang nak disimpan. Pinggan mangkuk, periuk belanga pun masih elok. Sayang pula nak buang, jadi che kak simpan untuk kegunaan harian nanti. Daripada banyak-banyak barang, beg rotan yang paling che kak berkenan maklumlah, che kak memang minat barang jenis rotan. Mesin urut kaki pun masih elok. Ada juga peralatan, terutamanya tray buat biskut raya banyak pula tu. Che kak termenung nak bagi pada siapa, sebab che kak memang tak pandai dan tak berkerajinan nak buat biskut raya. Sekarang, tak sabar nak tunggu rumah siap dibaiki. Che kak nak letak perabot asas sahaja biar kemas, ringkas dan mudah jaga. Semua barang ni sebenarnya milik keluarga tuan rumah asal, yang dah serahkan kepada kami untuk uruskan ikut suka. Nak buang sayang, tapi nak bawa ke rumah baru, tak muat ...

Siri 14: Bajet Tambahan Selepas Membeli Rumah

Walaupun rumah sudah menjadi milik kita, tidak dinafikan akan ada modal tambahan yang perlu dikeluarkan untuk kerja-kerja baik pulih dan ubah suai mengikut citarasa sendiri. Selain itu, ada juga bahagian yang mungkin perlu dibaiki kerana sudah lama tidak diselenggara. Antara kos yang perlu kami sediakan  ialah: 1. Ubah Suai Struktur Pecahkan pagar tengah untuk akses lebih mudah tanpa perlu melalui pintu pagar utama. 2. Baik Pulih Kerosakan Ganti atau baiki bahagian rosak seperti siling, pintu dan komponen lain yang sudah uzur. 3. Ubah Suai Mengikut Citarasa Pasang cermin tingkap atau kemasan baharu yang lebih menarik dan sesuai dengan gaya yang diinginkan. 4. Kos Pembersihan Beli peralatan seperti penyapu, plastik sampah, sabun, dan bahan pencuci. Kos minyak kereta untuk ulang-alik ke pusat pembuangan sampah. Upah syarikat pembersihan sekiranya tiada masa untuk membersihkan sendiri. Kesimpulannya, walaupun urusan jual beli rumah sudah selesai, menyediakan bajet tambahan untuk baik ...

Siri 13: Sekadar Pura-Pura Pun Jadilah

Sambung cerita hari ini. Entah kenapa, hari ni rasa macam ralat sangat. Mungkin sebab banyak benda jadi tak seperti yang diharapkan. Tapi dalam banyak-banyak perkara, alhamdulillah… suami che kak berjaya juga selesaikan urusan setem hasil. Dapat jugalah sijil tu akhirnya. Tengah seronok, tiba-tiba hujan turun. Tapi sebab hari ni cuti dan tak nak buang masa macam tu je, che kak redah jugalah hujan tu  semata-mata nak selesaikan urusan di pejabat AKSB. Sampai je sana, kaunter kosong. Che kak tekan loceng yang disediakan. Keluar seorang staf. Che kak pun serahkan borang dan dokumen yang dah siap. Tapi dia tak tengok, dia kata "tinggal je, nanti kami telefon." Hah? Gitu je? Tak nak semak dulu ke? Entah lengkap, entah tak. Walaupun che kak dah yakin isi semua dengan lengkap, tetap rasa tak puas hati. Bukan nak marah, tapi rasa... eh, kenapa tak belek dulu walau sekadar pura-pura? Dah la kita ni dah ada stigma terhadap AKSB dari cerita orang dan pengalaman sendiri. Bila kita beruru...

Siri 12: Hari yang Tak Seperti Dirancang

Semalam terfikir nak ambil cuti ke atau cukup sekadar minta kebenaran keluar pejabat? Ingatkan urusan tukar nama akaun AKSB semudah tukar nama akaun TNB atau  cukai pintu MDK. Kebetulan pula, hari ni ada perjumpaan ibu bapa di sekolah. Jadi ambil cuti teruslah senang. Lagipun, che kak malas nak terkejar-kejar dalam waktu bekerja. Kebetulan juga, abang Aiman off hari ni. Ajak dia teman. Mula-mula kami ke AKSB. Tapi hampa borang tak lengkap sebab tak sertakan sijil setem untuk perjanjian. Petugas kaunter minta ke LHDN pula. Semalam suami dah cuba isi dalam sistem online, tapi tetap tak berjaya. Hari ni sampai ke LHDN, pegawai pun cakap benda sama  tetap kena buat dalam sistem. Ingatkan boleh isi manual. Alang-alang dah sampai, che kak minta betulkan ejaan nama dalam rekod. Dah lama salah, mungkin masa isi borang cukai secara manual dulu tulisan tak berapa jelas. Duduk termenung dalam LHDN. Che kak dah mula stress. Suami tengah berkursus, seboleh mungkin tak nak ganggu. Tapi bila...

Siri 11: Proses Selepas Dapat Kunci Rumah – Tukar Nama

Marathon menulis kisah beli rumah masih belum tamat. Che kak bukan nak menunjuk, jauh sekali nak riak. Tapi ini adalah catatan kenangan peribadi  diari hati seorang penulis blog yang suka berkongsi cerita. Mana tahu kisah che kak ni boleh bantu orang lain yang sedang lalui fasa yang sama. Alhamdulillah, nama dah ada dalam geran! Perasaan bila tengok nama sendiri dalam geran, memang rasa macam mimpi. Walaupun hakikatnya, hutang baru bermula dan panjang tempoh masanya. Dapat kunci rumah, satu fasa dah selesai tapi banyak lagi urusan menyusul lepas tu. Semalam che kak cuti, bukan semata-mata untuk rumah tapi juga kerana ada urusan dengan Ma. Bila ada peluang cuti, kita manfaatkan sepenuhnya untuk urusan keluarga dan urusan rumah. Urusan-urusan Selepas Dapat Kunci Rumah 1. Urusan TNB (Change of Tenancy – CoT) Suami che kak yang uruskan proses tukar nama untuk akaun TNB. Semuanya dibuat secara online, sangat mudah dan efisien. Bayaran dikenakan sebanyak RM713 termasuk deposit baru dan c...

Siri 10: Makluman Berkaitan Proses Jual Beli Rumah

Sebaik sahaja urusan bersama LHDN selesai, kami dikejutkan dengan berita pemergian tuan rumah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga isteri dan anak-anak tabah menerima ujian ini. Ketika menziarahi arwah, Che Kak agak serba salah untuk memaklumkan apa-apa berkaitan rumah, kerana merasakan masa dan suasananya kurang sesuai. Namun begitu, kami tetap memaklumkan perkembangan proses kepada anak arwah agar waris tahu kedudukan semasa urusan jual beli ini. Berita kematian juga telah dimaklumkan kepada Encik Dien. Sejujurnya, Che Kak pun tak tahu nak jelaskan secara tepat kepada isteri arwah tentang sejauh mana lagi proses ini akan berjalan. Che Kak dimaklumkan bahawa proses tidak akan terjejas kerana pertukaran nama hampir selesai. Cuma, apabila wang diterima daripada pihak bank nanti, pihak peguam akan tahan dahulu dan ia perlu melalui proses notis pusaka sebelum dilepaskan kepada pihak yang sepatutnya. Prosedur memang panjang, dan kadang-kadang su...